Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium. Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium.Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya. Penulis ada dari petang sehingga malam di stadium darul aman..dianggarkan hampir 100,000 orang membanjiri stadium dan luar stadium. Kesesakan sehingga 10 KM ..menurut ustaz azhar..Ustaz Azhar Terlewat Sejam untuk memberi kuliah.sepatutnya selepas solat asar
Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman
ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.
Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.
Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.
Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.
"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.
Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.
"Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar.
Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.
Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.
"Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung dengan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus.
Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan.
Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi.
Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajak mereka bersama-sama ke Putrajaya.
Malam ini, pimpinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS. -HD
No comments:
Post a Comment