10.6.12

Pertikaian perkahwinan termahal di Malaysia RM400juta gagal diluar mahkamah



Penyelesaian luar mahkamah kes anak Taib gagal


Pertikaian perkahwinan sebanyak RM400 juta melibatkan anak Ketua Menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isterinya Shahnaz A Majid akan diteruskan di mahkamah syariah ekoran usaha mencari penyelesaian luar mahkamah gagal.


Perkara ini disahkan peguam Shahnaz, Rafie Mohd Shafie.




Rafie memberitahu Malaysiakini, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menetapkan 19 dan 25 Jun untuk mendengar tuntutan mutaah ekoran kegagalan mencari kata sepakat dalam masa yang ditetapkan ini.




Shahnaz merupakan kakak kepada ratu jazz Sheila Majid. Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir berkahwin 




pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan anak lelaki yang kini berusia 18 tahun.




Mereka berpisah secara sah pada 11 Mei tahun lalu selepas berkahwin 19 tahun apabila Mahmud Abu Bekir melafazkan talak. Hak penjagaan anak diberikan kepada Shahnaz.


Shahnaz menuntut mutaah sebanyak RM100 juga dan harta sepencarian sebanyak RM300 juta.



Sehubungan itu, Shahnaz mendakwa jumlah yang dituntut tersebut adalah demi keadilan untuk beliau memulakan kehidupan baru dan menutup rasa aib serta membolehkan beliau untuk hidup dengan taraf dan status yang pernah dilaluinya.




Selain itu, beliau turut menuntut supaya RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian, iaitu harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.




Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.




Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.




Semasa ditemui di luar mahkamah, Mohd Rafie memberitahu, permohonan mutaah dan harta sepencarian tersebut telah ditetapkan untuk menjalani rundingan secara sulh di Mahkamah Tinggi Syariah.



✿*~ jangan lupa klik iklan ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...