Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Kalau nak kawin....pilih betul2 supaya tak menyesal!

Tips Memilih Pasangan Hidup

Manusia  tidak dapat memilih siapa yang patut jadi ibu dan bapanya. Tetapi manusia masih ada ruang dan peluang untuk memilih siapa bakal pasangan hidupnya.
Jika tidak boleh memilih, masakan ada pedoman agama dalam hal-hal yang harus dititik beratkan ketika pemilihan jodoh?
Nabi SAW sendiri ada memberitahu kriteria  atau petua dalam pemilihan pasangan hidup? Antara lain Nabi SAW bersabda: “Wanita itu dikahwini kerana dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yang kuat agamanya, tentu akan menenangkan kedua tanganmu.” – Riwayat Bukhari Muslim dan lain-lain.


Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir ketentuan Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar. Masakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya. Pemilihan bakal suami bagi seorang wanita adalah lebih kritikal sebenarnya.


Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata hingga melupakan pedoman syarak maka boleh m…

(Foto & Video) - Penyokong Liverpool boo penyokong MU di Stadium Bkt Jalil

Tuan tanah dan anak yang pergi menyaksikan perlawanan Malaysia Vs Liverpool baru2 ni bercerita....cerita je laaaa.....sebab meka pegiiii.....aku ni tak pegi...kan.....kan.....dan ceritanya itu ialah tentang INI.....saksikan!

Seorang penonton yang memakai  jersi no 10  pemain Manchester United tertera nama Rooney terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong kelab Liverpool sendirian semasa dalam sesi latihan pasukan tersebut di Stadium Bukit Jalil. Ahli-ahli kelab Liverpool menjerit-jerit mendesaknya supaya membuka baju yang dipakainya. Pada mulanya dia enggan.


Penyokong-penyokong kelab Liverpool mula bersorak dan menjerit meminta pemuda berjersi pasukan MU itu supaya membukanya. 
Seorang ahli kelab penyokong pasukan Liverpool cuba memujuknya membuka jersi yang dipakainya. Selepas mendengar jeritan 'buka, buka, buka' daripada ribuan penyokong Liverpool akhirnya dia terpaksa akur dengan desakan itu. Seorang wanita cuba memakaikannya dengan jersi pasukan Liverpool tetapi pemuda itu …

Air Kuning untuk PM ku di London

Lama tak update blog.....lepas 907 tu fb sangat meriah dengan gambar2 dan video2 rakaman semasa BERSIH di ibu kota....sampai nak update entri pun tak sempat....(heeee alasannnnnn).
Taaaaapiiiiiiii......cerita yang satu ni.....hangat dan luar biasa...makanya walaupun dah terlambat beberapa hari aku tetap akan masukkan juga...untuk kenang-kenangan hari tua....alahaiiii....cerita apa lagi kalau bukan cerita KUNING.....KUNING....KUNING....eheheeee

 Laporan Selatan Online
Jika semalam Najib dan Rosmah Mansor terpaksa melihat warna yang telah diharamkan pemakaiannya di Malaysia kerana ketika mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, baginda memakai gaun serba kuning bagi menyambut Najib dan Rosmah.. gambar kat atas.. gambar original tu.. bukan super impose..



Kalau nak lihat yang super impose sila lihat di (SINI)..artikel berkaitan dengan Najib masuk mengadap pula sila lihat di (SINI).

Setelah bertemu dengan Perdana Menteri Britain David Cameron di No 10, Downing Street. Najib dan dele…

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan

Cicak Tokek mendapat permintaan yang tinggi di pasaran

PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.
“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor …

KISAH BENAR: Catatan Seorang Peserta Cina: Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.

Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan


Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.

Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka.…

Dialah Seth Tan ku......

mengapa aku tidak boleh sesabar dia bila aku marah segala yang buruk-buruk aku keluarkan namun dia tetap sahaja sabar dan mahu aku disampingnya  bila aku marah dia malah menarik tubuhku dengan lebih rapat caranya seolah-olah dengan  begitu  kemarahanku akan semakin surut tapi aku tak suka aku tak suka bila aku sedang marah dia menenangkan aku dengan cara begitu seolah-olah mahu menguasai aku pelukan tidak mampu meredakan amarahku malah aku semakin benci seperti tiada jalan penyelesaian tapi jauh di lubuk hati aku kagum dengan hati kecilnya dia sentiasa memaafkan aku dia sentiasa menunggu aku datang menyalaminya dia tak pernah jemu mengucup dahiku seketika aku terfikir akan adakah lelaki yang begitu mulia sepertinya katanya sejahat apa pun abang abang tetap sayang keluarga kita kenapa aku tak mahu bersyukur di luar sana ada suami yang  memukul isteri memijak isteri menjual maruah isteri  malah membunuh isteri tapi aku...... tak pernah sekali pun di jentik patutnya aku bersyukur seperti mana kata suamiku abang sangat…

bila sikafir dan munafiq bersatu

Pada hari Sabtu yang lepas
aku menghadiri kem motivasi bagi murid tahun 6
aku tertarik dengan kata-kata salah seorang ustaz
anak-anak yang baik itu berasal dari ibubapa yang baik-baik juga
tapi
yang menjadi masalah
kita kawin dengan orang yang kita kenal dan kita cinta kekadang kita tak kisah pun latar belakang dia ada juga yang cinta melebihi segala-galanya biarpun tak berharta kita tetap cinta biarpun rupa tak secantik atau se kacak mana tetap juga cinta tak tau sembahyang pun kalau dah cinta tetap cinta dari mana asal usul keturunan pun tak peduli kerana hebatnya cinta kalau yang kita cintai tu mengidap penyakit genetik sekalipun cinta tetap diteruskan hebat tak cinta?
kurang harta boleh di cari tak cantik tak tampan boleh di make over tak tahu solat boleh belajar tapi bila masuk keturunan atau genetik ni susah sikitlah tak sikit tak banyak mesti ada tempiasnya contoh............ bila bapa berkahwin lain dan mengabaikan isteri pertama sikit sebanyak mesti ada anak lelaki yang turut mempunyai peran…

pelapik tilam terapiutik bio-ion contiago - saya puas hati !!!

Anda tak mempunyai masa untuk mengamalkan makanan sihat..
tapi badan selalu sakit2.. selalu kebas tangan... kebas kaki bila duduk lama... jangan dibiarkan berlarutan.. kerana itu adalah tanda2 awal kemungkinan anda mungkin akan mendapat strok, sakit buah pinggang atau sakit tulang belakang..
kebas2 itu adalah punca dari darah yang tidak dapat mengalir lancar.. sebab itulah anda sering berasa kebas.. sakit bahu.. dan sebagainya..
bila umur meningkat pula.. lutut mula lemah dan sakit2.. tolonglah jangan biarkan ianya berterusan kerana ia akan menelan kos yang besar jika hendak merawatnya.. dan sakitnya pula nanti tak tertanggung oleh anda sendiri..
mulalah menggunakan pelapik tilam terapiutik bio-ion contiago ini yang dapat menlancarkan aliran darah anda dengan baik.. segala kebas2 anda pasti hilang walaupun menggunakan satu malam sahaja..
pada yang mempunyai sakit sendi tulang atau serik sakit belakang atau bahu dan juga lutut amat berkesan menggunakan pelapik tilam istimewa ini.. pena…

Bila sakit, hiburkan hatimu dengan firman Allah..

Tiada sesuatupun bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka c...ita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.” (Al-Hadid:22-23)

Sakit itu tanda Allah sayang pada kita. Semakin berat penderitaan, semakin pahala dilipatgandakan.

Sahabat Abdullah bin Mas’ud ra. berkata: Saya menjenguk Rasulullah saw. sedangkan beliau sedang menahan sakit kerana demam, saya berkata: ”Wahai Rasulullah, sungguh engkau kelihatan sedang menahan rasa sakit yang berat?” Rasulullah saw. berkata: ”Benar, sesungguhnya saya sedang menahan sakit sebagaimana dua orang di antara kalian.” Abdullah berkata: Saya berkata: ”Hal itu kerana engkau menda…

Bila dah sakit baru nak beli......

klik - baca testimonials disini dahulu
klik sini juga

dan baca ini untuk mengetahui tahap kesihatan tuan tanah blog ni....

maka aku telah membeli....
bacalah penerangan yg agak panjang tu
jangan tertido sudah...ehehe


PELAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO

anda tak mempunyai masa untuk mengamalkan makanan sihat..
tapi badan selalu sakit2.. selalu kebas tangan... kebas kaki bila duduk lama... jangan dibiarkan berlarutan.. kerana itu adalah tanda2 awal kemungkinan anda mungkin akan mendapat strok, sakit buah pinggang atau sakit tulang belakang..
kebas2 itu adalah punca dari darah yang tidak dapat mengalir lancar.. sebab itulah anda sering berasa kebas.. sakit bahu.. dan sebagainya..
bila umur meningkat pula.. lutut mula lemah dan sakit2.. tolonglah jangan biarkan ianya berterusan kerana ia akan menelan kos yang besar jika hendak merawatnya.. dan sakitnya pula nanti tak tertanggung oleh anda sendiri..
mulalah menggunakan pelapik tilam contiago ini yang dapat menlancarkan aliran darah anda dengan…

Lagi kisah menyayat hati

Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.
Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:
"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"
Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ket…