Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Sedih & pilu..cuba selamatkan anak tapi ditembak mati bersama anak

Dua Beranak ini Syahid ditembak dengan kejam oleh tentera rejim syiah Bashar laknatullah..Si ayah cuba melindungi dan menyelamatkan nyawa anak dengan mendukung anaknya membawa lari,tapi apakan daya ajal mereka berdua sudah tiba..Mereka mati dengan mulia…Mereka Syahid dijalan Allah Insya Allah…Ya Allah Selamatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dizalimi dan dibunuh di Bumi Syria… Ya Allah berikanlah pertolongan kepada mereka… …………………………… Yang ini juga kejam dan tidak berperikemanusiaan…Syahid ditembak di kepala..lagi kejam kanak-kanak ini syahid sebelum bantuan kecemasan tiba kepadanya…Tragedi ini berlaku kelmarin 21/3/2-12 di Rastan, Homs…

pinkturtle2

OUCHHH.... BEGINILAH BILA TANGAN TERMASUK KEDALAM MESIN PENCINCANG KERTAS

kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja berhati-hati bila mengendalikan apa-apa sahaja mesin Gambar di atasadalahtanganyang tanpa sengaja tersangkutdidalammesin pencincangkertaspejabat. Orang tu cubauntuk mengambilkertasyang terperangkapdalammesin pencincangdanjarinyatertarik ke dalam sekali.

Jemaah haji bakal guna kereta kabel ke gua Hira'

MAKKAH: Institut Penyelidikan Haji dan Umrah di Universiti Umm al-Qura menyiapkan kajian untuk memperkenal sistem kereta kabel bagi membawa jemaah ke gua bersejarah Hira’ dan al-Thur di Makkah.

Dekan institut, Abdul Aziz Saroji berkata, rancangan itu bertujuan memberi kemudahan kepada jemaah haji dan umrah, selain pengunjung ke bandar raya suci itu yang ingin melawat gua yang terletak di atas Jabal Nur dan al-Thur. Terdapat laluan 12 kereta kabel yang akan menghubungkan kawasan lembah ke gua di atas bukit itu.

Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan universiti berkenaan, Adnan Qutb berkata, projek yang dirancang itu dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun. Menara dan tiang-tiang yang besar setinggi puncak gunung akan dibina untuk projek berkenaan, lapor akhbar Al-Madinah kelmarin.

Saroji pula berkata, institut itu menjalankan penyelidikan ekoran permintaan jabatan bertanggungjawab yang mendapati lawatan sedia ada ke tempat itu masa kini sangat berisiko dari segi keselamata…

Benarkah rakyat meluat dengan PR - lihat gambar

Alhamdulillah..... majlis yang senantiasa dapat sambutan. rakyat berduyun-duyun datang menyertai solat hajat mendengar tazkirah dan seterusnya ceramah pemimpin.  kalau rakyat dah menyampah dengan PR tak mungkin seramai ini yang hadir!
Majlis Solat hajat & Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana Kota Bharu ini dimulakan dengan kuliah maghrib oleh YB Ust Nasuruddin Daud,seterusnya solat isyak dan solat hajat oleh puluhan ribu rakyat Kelantan dengan diimamkan YB Ust Muhammad Mustafa.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Perdana 'PUTRAJAYA BERMULA DISINI' oleh YB Tan Seng Giaw, Hj Muhammad Sabu, YAB Tok Guru Nik Aziz dan YB DS Anwar Ibrahim. Turut berucap YB Datuk Husam Musa.
solat hajat
ceramah perdana









Dirasuk 40 kali sehari

KOTA BHARU: “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.
Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua. Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.

“Sejak disihir, apabila ada ‘benda’ memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.
Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada ‘benda’ misteri yang akan memasuki tubuhnya.

Wanita Potong Zakar Perogol

MUMBAI: Seorang wanita India di pinggir bandar Delhi, memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya. Menurut laporan polis, wanita kematian suami yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bakhtawarpur, mempertahankan dirinya daripada diperkosa
.  Suami mangsa meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dia hidup bersendirian sejak itu. Wanita itu juga jarang keluar rumah.

Seorang anggota polis berkata, mangsa mendakwa, suspek, Jeevat, menyerbu masuk ke dalam rumahnya malam semalam dan cuba merogolnya,
Mangsa melawan dan apabila lelaki itu terjatuh, wanita itu meluru ke dapur dan mengambil pisau sambil menjerit meminta tolong sebelum memotong kemaluan penyerangnya.
Beberapa jiran meluru ke rumah mangsa dan seorang daripada mereka menelefon polis.

Jeevat dikejarkan ke hospital Maharaja Harischandra dan keadaannya disahkan stabil.

Bagaimanapun doktor berkata, mereka tidak dapat menyambung semula kemaluan lelaki itu. - Agensi

Pagar Parlimen Indonesia Diroboh Dalam Demonstrasi Pagar

Beginilah keadaan pagar Parlimen Indonesia yang musnah akibat perbuatan penunjuk perasaan. JAKARTA: Penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi di luar kawasan Parlimen Indonesia bagi membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi telah bertindak merobohkan sebahagian pagar kawasan itu petang Jumaat. Mereka merobohkan pagar sebelah kiri dan kanan pintu gerbang utama Parlimen Indonesia, ketika para wakil rakyat sedang bersidang untuk membuat keputusansama ada meluluskan atau menolak rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi sebanyak Rp1,500 (55 sen) mulai bulan depan. Kejadian itu memaksa anggota pasukan keselamatan membentuk sekatan bagi menghalang penunjuk perasaan daripada menyerbu masuk ke bangunan Parlimen. Beberapa kumpulan penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen sejak pagi ini, dalam tindakan demonstrasi secara besar-besaran hari ini bagi membantah rancangan kenaikan harga minyak itu. Polis menyediakan 22,000 an…

Kena rantai gara-gara ponteng sekolah

Angry dad in Cambodia chains his son, 13, to pole by his NECK after he skipped school to play computer games Motorbike taxi driver Sok Thoeun, 40, wanted to 'teach his son a lesson' after spotting him in an internet cafe in the northern Cambodian town of Battambang playing online games when he should have been in class.


BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam. Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam. Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa. "Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny. Menurutnya, mangsa turu…

Kenyataan Penuh Malique Tentang Pengharaman Lagu Bawaku Pergi

Bawaku Pergi - Zizan & Kaka


Baca luahan hati malique berhubung isu ini


Di bawah ialah kenyataan penuh Malique:- Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas. Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya. Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya…

Tangan kanak-kanak ini di gelek kerana mencuri?

Pernah lihat gambar di bawah?
Menurut sesetengah blog, kanak-kanak ini berusia 8 tahun dan  telah ditangkap kerana mencuri roti dan sebagai hukuman tangannya yang kecil di akan gelek.


Sedih lihat wajah ini.... mungkin benar dia mencuri kerana lapar?

Hukuman akan di mulakan...........

Lihat wajahnya yang basah dengan airmata.....

Sedang menahan kesakitan



dan ada sesetengah blog pula mengatakan ini adalah satu persembahan menunjukkan betapa kuatnya tangan kanak-kanak tu....yang mana satu? Apapun........ aku tak tergamak nak menatap wajah sayu kanak-kanak ini.

Kenapa Orang UMNO KEDAH tak suka UMI HAFILDA...?

Ini yang depa dok kata kat Kedah sekarang nie... depa mohon supaya pimpinan atasan memahami situasi politik di Kedah. Orang Kedah bukan suka dok cerita bab dalam kain nie.. depa nak tahu isu pemerintahan.. salah guna kuasa...apa yang boleh pemimpin nak beri kepada rakyat...itu antara yang mereka hendakkan...

Tetapi jika betina garik nie mai.. yang dia tahu cerita bab "DALAM KAIN SAHAJA" isu lain bukannya dia tahu... jadi kepada pihak yang dok bawak mai minah nie pikaiq la noo...
Kami puak PR lagi suka bawak mai laa sekerap mana pun... tak heran aihh.. yg nak dengaq pun orang UMNO jaa puak kami tak mau aihh dengaq cerita langau tuu

Kedahlanie

Video ngeri - lelaki tunjuk perasaan bakar diri akhirnya mati!

Seorang penduduk Tibet, Janphel Yeshi 27,  yang membakar dirinya berlari ke sebatang jalan di New Delhi bagi menyatakan bantahan terhadap Presiden China, Hu Jintao yang akan melawat India. 

Beberapa saksi berkata, dia yang memakai baju dan seluar panjang menjerit semasa api membakar tubuhnya.

Menurut seorang ahli perniagaan Tibet, Nyima Tashi, Yeshi kemudian terjatuh selepas dia berlari.

"Kami semua terkejut," katanya yang berusia 39 tahun.
"Salah seorang penyokong kami membaling sehelai kot ke arahnya sebagai usaha untuk memadamkan kebakaran.
"Polis kemudian menghantarnya ke hospital," tambahnya.
Tashi berkata, dia pernah melihat Yeshi menghadiri perhimpunan bagi menuntut kebebasan Tibet.
"Kami menentang penguasaan China ke atas Tibet, kekurangan kebebasan agama dan hak asasi," jelasnya.
Seorang pegawai polis berkata, 85 peratus tubuhnya melecur. 
Menurut Dr, R.K. Doshi di Unit Kecemasan Hospital Ram Manohar Lohia, beberapa kakitangan perubatan berusaha untu…

Payu dara bantu tambah umur lelaki?

Saya nak pesan kepada semua wanita - anak dara, isteri orang ataupun janda - andai ada lelaki yang merenung dada anda dengan pandangan yang luar biasa, anda hanya perlu berkata: “Saudara, janganlah percaya pada kajian itu ...”
Ini kerana, dia mungkin sudah ‘disampuk’ oleh laporan jurnal perubatan, New England Journal of Medicine bahawa lelaki yang merenung payu dara wanita (perlu disebut wanita kerana jenis yang tidak berjenis itu tidak terlibat dengan kajian ini) selama 10 minit, usianya bertambah sehingga enam tahun.
Pakar yang mengetuai kajian itu, Dr Karen Weatherby berkata, tempoh 10 minit merenung payu dara wanita kesannya dari segi kesihatan bagi lelaki, menyamai bersenam selama 30 minit di gimnasium. (Saya tertanya-tanya mengapa dipanggil payu dara walaupun yang ‘membawanya’ ke sana ke sini bukan semestinya anak dara sahaja.)

Dr Weatherby bersama kumpulan penyelidiknya dikatakan menjalankan kajian itu selama lima tahun, melibatkan 200 lelaki Eropah. Tempoh yang lama itu barang …

Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Mangkat

Assalamualaikum. Dengan perasaan dukacita adalah dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.

Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Kee…

GAMBAR TERKINI SULTAN KELANTAN BERSAMA TUAN GURU LIHAT BETAPA MESRANYA

Sumber gambar disini dan disini
Kemesraan antara KDYMM Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis pecah tanah pelabuhan di Tok Bali petang tadi ( 29/Mac/2012 ).Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri YB Datuk Sri Mustapa Mohamed dan pimpinan Kerajaan Kelantan. -sumber