Soalan :
Ustazah, apakah hukum melakukan proses rebonding rambut?
Jawapan :
Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut.
(Kamus Dewan: 1094). Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait
dengan rambut seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah
mengqaza‘ rambut,menyambung rambut dan mewarnainya. Rebonding
juga termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi hukumnya
perlu diperincikan.
Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk
Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk
kita mendalami realiti dan fakta proses rebonding itu sendiri.
Rebonding adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut si
Rebonding adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut si
pemiliknya agar rambut jatuh lebih lurus dan lebih indah. Proses rebonding
mempunyai dua peringkat iaitu:
Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan
Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan
protein rambut. Kemudian rambut dikepit seperti diseterika dengan alat
pelurus rambut bersuhu tinggi. Kedua, rambut disapukan dengan krim
tahap kedua untuk mengekalkankelurusan rambut.
Proses rebonding melibatkan proses kimia yang mengubah struktur protein
dalam rambut. Protein pembentuk rambut manusia dinamakan keratin, yang
terdiri dari unsur cystine iaitu sebatian asid amino yang memiliki unsur sulfida.
Ikatan disulfida -S-S- dari cystine inilah yang paling penting dalam menentukan
bentuk rambut kita. Rambut berbentuk lurus atau kerinting disebabkan keratin mengandungi ikatan disulfida yang membuat molekul mengekalkan bentuk-bentuk tertentu.
Dalam proses rebonding, sejenis krim khas disapu ke atas rambut bertujuan
untuk membuka/memutuskan ikatan disulfida itu, sehingga bentuk rambut
yang kerinting menjadi lurus.
Proses rebonding menghasilkan perubahan yang kekal pada rambut. Namun
rambut baru yang tumbuh dari akar rambut akan tetap mempunyai bentuk
rambut yang asli. Jadi, rebonding bukan pelurusan rambut biasa yang hanya menggunakan rawatan fizikal , tetapi juga menggunakan rawatan kimia yang
mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal. Inilah fakta (manath)
rebonding.
Menurut kajian kami, melakukan proses rebonding hukumnya adalah haram
kerana dua sebab iaitu mengubah ciptaan Allah dan menipu. Hukum
rebonding adalah haram kerana ia termasuk dalam proses mengubah
ciptaan Allah (taghyir khalqillah) yang telah diharamkan oleh nash-nash
syara’. Dalil keharamannya adalah keumuman firman Allah yang bermaksud:
“Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu
mereka benar-benar mengubahnya”. [TMQ an-Nisaa` (4): 119].
Ayat ini menunjukkan haramnya mengubah ciptaan Allah, kerana syaitan tidak
menyuruh manusia kecuali kepada perbuatan dosa.
Mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) didefinisikan sebagai proses
mengubah sifat sesuatu sehingga seakan-akan ia menjadi sesuatu yang
lain (tahawwul al-syai` ‘an shifatihi hatta yakuna ka`annahu syaiun akhar),
atau bermakna menghilangkan sesuatuyang asal itu sendiri (al-izalah).
[Hani bin Abdullah al-Jubair, Al-Dhawabit al-Syar’iyah li al-‘Amaliyat
al-Tajmiliyyah, halaman 9].
Dari definisi tersebut, dapat kita ketahui bahawa rebonding termasuk
dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah), kerana
rebonding telah mengubah struktur protein dalam rambut secara
kekal sehingga mengubah sifat atau bentuk rambut asli menjadi sifat
atau bentuk rambut yang lain. Dengan demikian, hukum rebonding
adalah haram.
Selain dalil di atas, keharaman rebonding juga didasarkan pada dalil Qiyas.
Dalam hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA, baginda bersabda:
“Allah melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu, yang mencabut
bulu kening dan yang minta dicabutkan bulu keningnya, serta wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan, mereka telah mengubah ciptaan
Allah.” [HR Bukhari].
Hadis ini telah mengharamkan beberapa perbuatan yang disebut di dalam nash,
iaitu mentatu, minta ditatu, mencabut atau minta dicabutkan bulu kening, dan merenggangkan gigi. Keharaman perbuatan-perbuatan itu sesungguhnya
didasarkan pada suatu illat (alasan penetapan hukum), iaitu untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah (thalabul husni bi taghyir khalqillah).
[Walid bin Rasyid Sa’idan, Al-Ifadah al-Syar’iyyah fi Ba’dh al-Masa`il
al-Thibbiyyah, halaman 62].
Dengan demikian, hukum rebonding adalah haram, kerana dapat diqiyaskan
dengan perbuatan-perbuatan haram tersebut, apabila ada kesamaan illat,
untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah.
Sebahagian ulama telah menyimpulkan adanya illat dalam hadis tersebut, sehingga mereka mengambil kesimpulan umum dengan jalan Qiyas, iaitu mengharamkan
segala perbuatan yang memenuhi dua unsurillat hukum, iaitu mengubah ciptaan
Allah dan untuk tujuan kecantikan.
Abu Ja’far Ath-Thabari berkata,”Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita tidak
boleh mengubah sesuatu dari apa saja yang Allah telah menciptakannya atas sifat
pada sesuatu itu dengan menambah atau mengurangi, untuk tujuan kecantikan, baik untuk suami mahupun untuk selain suami.” [Imam Syaukani, Nailul Authar, 10/156; Ibnu Hajar, Fathul Bari, 17/41; Tuhfatul Ahwadzi, 7/91].
Hukum rebonding adalah haram kerana ia juga termasuk dalam penipuan. Muawiyah berkata:"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan." [Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.]
Oleh kerana proses rebonding mengubah bentuk rambut daripada satu bentuk menjadi bentuk yang berbeza daripada bentuk asal, maka ia dianggap sebagai penipuan.
Adapun meluruskan atau mengerintingkan rambut tanpa rawatan kimia yang mengubah struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan
fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya, hukumnya boleh.
Sama juga hukumnya dengan perubahan yang bersifat sementara seperti dengan bersikat, menggunakan gel dan mendandan rambut. Malahan ini perkara yang disunatkan.
Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya."
[Hr Abu Daud - hasan sahih]
Ini adalah kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah, tapi termasuk tazayyun(berhias) yang dibolehkan bahkan dianjurkan syara’, dengan
syarat tidak boleh dipamerkan kepada yang bukan mahram. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment