Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Bingung....ini Perkongsian Ilmu ke atau nak berlagak???

Pagi tadi  terjumpa satu group kat fb.....sangat menarik sbb ada ilmu yang di kongsikan. Ralit membaca dari satu posting ke satu posting sampailah  terjumpa satu posting ni:


Anda berasa bangga dan pandai bile bertikam lidah sehingga lawan anda terdiam tak terkata???berasa kononnye anda panjang akal dan bijak bile masih mampu utk melawan setiap perdebatan dr lawan anda??atau sebenarnye anda terlalu mudah utk dibisikkan oleh syaitan supaya terus menjirus minyak membakar api amarah???

Hakikatnya...

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya." (Abu Daud dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4800)

Maka sebenarnya..siapakah yg pandai dan bijak???renung2kan :)

Aduh...bila baca komen2 di bawah rasa kecut per…

Tarif Elektrik: Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat – Rafizi

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad,  sebelum disalur terus kepada pengguna.

“TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.
“Sepatutnya Barisan Nasional mengubah mekanisme ini agar IPP juga menanggung kesan kenaikan harga bahan api. Sebaliknya rakyat pula dihukum kerana semakan setiap 6 bulan menunjukkan bahawa akan wujud peningkatan kerana mengikut kos bahan api semasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini. Katanya, penjelasan kerajaan bahawa 4.4 juta isi rumah atau 77 peratus rakyat di negara ini tidak menerima kesan dari peningkatan itu juga tidak dapatditerima. Ini kerana b…

Wanita bawa kemaluan lelaki yang merogolnya ke balai polis

Dhaka: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini.Gambar fail.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - AFP


Bangladesh woman takes 'attacker's' penis to police

DHAKA, May 30, 2011 (AFP) -A 40-year-old Bangladeshi woman cut off a man's penis during an alleged attempted rape and took it to a police station as evidence, police in a remote part of Bangladesh said Monday.

The woman, a marr…

Waspada! Ribuan Ikan Mati Di Manila, Ada Pengajaran Disebaliknya

Kira-kira 500,000 kilogram ikan bernilai RM3.5 juta terapung di Tasik Taal, Batangas selatan Manila, dilaporkan mati kerana perubahan iklim secara tiba-tiba.

Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan pemandu pelancong.

Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh menyebabkan letusan gunung berapi.

Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang merupakan tumpuan utama pelancong kini diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.

Taal merupakan antara 22 buah gunung berapi yang paling tidak stabil di dalam negara dengan rekod sebanyak 33 kali letusan dan kali terakhir berlaku pada tahun 1977.

Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika letusan lain berlaku kerana air tasik itu melindungi dari terkena lahar. -kijang59

Saya petik ulasan GB:

Peristiwa ikan mati seca…