Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Saya nasihat depan Eskay, ingatkan azab Allah- Ustaz Shamsul

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat. Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi. Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah. Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut. Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu te…

Puting Beliung Serang Amerika, 224 Terkorban

Tuscaloosa: Sekurang-kurangnya 224 penduduk di tujuh negeri Amerika Syarikat terbunuh semalam berpunca daripada serangan puting beliung dan ribut yang memusnahkan kawasan perumahan, menyebabkan kereta bergolek, menumbang pokok dan memutuskan bekalan elektrik.

Bencana itu dikatakan yang terburuk dalam tempoh hampir empat dekad di Amerika dengan Alabama negeri paling teruk apabila 131 penduduknya maut dan mengalami kemusnahan besar hartanah, kata Gabenor Robert Bentley.

“Kami menjangka, angka korban itu akan meningkat,” kata Bentley dalam sidang akhbar dengan Craig Fugate, Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA).

Berdasarkan laporan awal, 32 lagi maut di Mississippi, 30 di Tennessee, 11 di Arkansas, 10 di Georgia, lapan di Virginia dan dua lagi di Louisiana.

Lebih 100 puting beliung selain ribut membawa kemusnahan besar dari sebelah barat ke timur dalam masa beberapa hari.

Loji nuklear Browns Ferry di Alabama dijangka ditutup selama beberapa minggu bagi membolehkan pekerja m…

Awie hentam Bob Lokman

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik. Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.
“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri. “Kita pernah sama-s…

Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah

BEKAS MUFTI & PENDAKWAH TOLAK SUMPAH


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya (gambar fail) berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil. Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi, Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan se…

woiii....orang2 kampung yg suka bersumpah!!!!

woiiiii orang-orang kampung sekalian.....mari lerrr tengok video niiiiiiiiiiiiiiiii......
eheeee......aku sebenarnya bukan nak ulas pasal eskay punya sumpah......yang tu korang boleh baca  sendiri kat bawah video nih....ada beratus2 orang dah bagi ulasan..............tapi aku nak korang dengar baik2 apa yang uztaz tu cakap pasal sumpah ni....jgn suka2 nak bersumpah terutama nak menuduh orang berzina.

dalam hidup kita sehari2 ramai je orang yg suka bersumpah ni....sikit2 sebut
SUMPAH I TAK BUAT!!!
DENGAN NAMA ALLAH SUMPAH I TAK BUAT!!!!
SUMPAH I TAK KENAL PUN PEREMPUAN TU!!!!
SUMPAH I TAK PERNAH CURANG!!!!!
SUMPAH SAYA TAK CURI MOTOR TU!!!!
SUMPAH AKU TAK KACAU AWEK KAU!!!
LAGI????
macam2 lah lagi korang punya SUMPAH, SUMPAH SERANAH???? SESUMPAH????

walau tak pergi masjid buat press con mcm ni....kat rumah pun boleh jadi gak angkat sumpah...kat taman bunga.....kat pasar malam....kat mana2lah....

jadi kepada orang yg suka sangat bersumpah ni...terutama bersumpah sebab nak menyelamatkan…

Tip elak lupa password windows atau internet

" Password adalah menjadi perkara terpenting dalam kehidupan seharian kita hari ini. Kebanyakkan kerja dan maklumat rahsia kita akan dilidungi dengan password. Namun adakah password kita betul-betul selamat untuk melindungi maklumat peribadi atau kerja kita.

Ada lima cara paling popular bagaimana password kita dicuri atau digodam

1. Bertanya: Ini adalah cara paling mudah dan selalu berlaku iaitu dengan memberi password kepada kawan, rakan sekerja atau ahli keluarga apabila mereka menanyanya. Cuba elakkan dengan mendedahkan password anda secara ini.

2. Meneka: Pengodam selalunya akan cuba meneka password anda dengan menggunakan nama anda sendiri, nama isteri, nama anak, nama binatang kesayangan, tarikh lahir atau banyak lagi. Cuba elakkan penggunaan perkataan yang berkaitan dengan kita dengan mencari perkataan jarang digunakan. Namun apabila menggunakan perkataan yang bukan kebiasaan akan berhadapan pula dengan risiko lupa password.

3. Serangan nekad: Ini adalah antara cara biasa …

Lembu berkepala dua dilahirkan, seorang nenek pengsan

Lembu berkepala dua ini dilahirkan diGAOYANG, daerah Hebei utara China, sewaktu proses kelahiran Li Chunhua (60) seorang nenek yang membantu suaminya Dong Yubao (65)  pengsan kepelikan melihat lembu ini. .

"Isteri dan tetangga saya pada saat itu berada di kandang membantu kelahiran lembu tersebut," ujar Dong.

Dong mengatakan, lembu tersebut sudah beberapa kali melahirkan. Tapi semua anaknya selama ini lahir dengan normal.

Dong mengatakan, anak lembu tersebut tidak mampu berdiri kalau tiada bantuan, sehingga cucunya, Jinfeg membantu anak lembu tersebut untuk memberikannya susu.

Kepala anak lembu tersebut menghadap arah yang berlawanan. Kedua kepalanya masing-masing memiliki mata, hidung dan mulut. Yang peliknyer lagi lembu ini hanya memiliki tiga telinga.

Hukum isteri orang makan dengan lelaki bujang

SAYA seorang isteri yang baru berumah tangga. Suami dan emak saya bekerja satu pejabat dengan saya.Saya mempunyai seorang kawan lelaki bujang sama unit dengan saya.
Sehingga ke hari ini saya masih berkawan dengan lelaki bujang itu. Kami berkawan hanya di pejabat sahaja seperti pergi minum di kantin bersama, tetapi tidak pernah keluar di luar pejabat.
Suami dan emak mengetahui hubungan itu dan membenarkan jika saya minum dengan lelaki berkenaan. Apakah berdosa sebagai isteri saya berkawan dengan lelaki bujang itu?

Senario yang biasa berlaku dalam masyarakat kita dengan alasan
alah..kitorang bukan buat pape pun....just minum2 makan2 je..... 

ISLAM membenarkan pergaulan antara lelaki dan wanita dengan batas tertentu.

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; d…