Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Ombak Awan

Subhanallah kebesaran allah jua lihat gambar di atas yang dirakam di Wilayah Persekutuan Labuan Fenomena Ombak Awan ada yang melihat ia sebagai indah ada yang melihat ia sebagai satu petanda yang menggerunkan apa-apa pun kembalilah kepada allah dan ingat apabila allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi  maka jadilah ia semoga kita semua dalam lindungan allah jua amin....

Girl with a funny talent. [original video]

gambar hiasan jee....
ololololo......kiutnya gadis ni
alisnya bisa menari-nari mengikut tempo lagu
video ini baru je di upload ke youtube pada 29 Dis tetapi dah ditatap hampir 4 juta pelayar
wowww.....hebat yaaa

Doa isteri solehah

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala ujian dari- Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sesuatu karenanya

Tetapi ya Allah…Sekiranya…

Laaaaa......Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi Rupanya!!!!

Hari ni aku nak kongsikan ilmu baru. Ilmu ni aku dapat ketika aku melayari facebook semalam. Aku percaya ramai orang yang tak tahu pasal ni.....
Aku rasa cikgu-cikgu kat sekolah yang ajar BM pun tak tahu kot.....kot lah....sebab selama ni tak pernah pun cikgu-cikgu BM bagi tahu pasal nih.
Rata-rata pengkomen blog yang mengongsikan ilmu tu pun 'ooooo....baru tauuuuu'
Eheee.....tidak mahu membuang masa ni aku kongsikan ilmu tersebut

tarraaaaaaaa.....



bukan pagar hokeyyyy....tapi pegar iaitu sejenis burung.

lagi satu peribahasa seperti melepaskan batuk di tangga
apa kaitannya batuk dekat tangga dengan buat kerja sambil lewa
yang ni pun salah jugak ke?
adoiiiii....nasib baik lah SPM aku dapat A aritu...ahaksss
sebenarnya bukan batuk tapi batok
laaaaaaaa..... ye keeee
ehhh batok tu apa?

haaaa ni dia bendanya

 tempurung kepala...ehhhh silap kelapa yang di buat pencedok air tempayan
alahaiiiii orang dulu-dulu dia letak kat tepi tangga untuk basuh kaki
kalau orang yang pemalas tu dan …

Gambar malapetaka Hiroshima

Siapa boleh lupa pengeboman bom atom Hiroshima dan Nagasaki yang kini sudah mencecah usia tempoh 65 tahun lamanya.

Akibat daripada pengeboman tersebut menyebabkan : Asap menjulang setinggi 40,000 kaki….2/3  Hiroshima musnahDari jarak 3 batu dari pusat letupan 60,000 dari  90,000 banggunan menjadi debu dan sehinggakan besi besi di banggunan menjadi cairBom yang meletup itu di Hiroshima membunuh wanita dan kanak-kanak termasuk askar. Penduduk Hiroshima di anggarkan  350,000 orang dan  70,000 mati serta-merta  dan selebihnya 70,000 mati kerana kesan daripada radioaktif yang dirasai sehingga 5 tahun lamanya
Lihat pula gambar-gambar yang meremukkan hati sesiapa sahaja yang melihat.















sumber

Duhai hati bertahanlah.......

tak perlu kata apa-apa hanya allah yang tahu rahsia hati hati mu hati ku semoga allah memberi taufiq dan hidayah  percayalah allah sentiasa ada untukku untuk mu juga

Kaka Pemain Real Madrid Peluk Islam? Betul ke ni......

Nih berita baru dan gambar baru..Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam,Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai.Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih.Kalau berita nih benar alhamdulillah.Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa..






Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita nih benar.Tapi berita nih memang heboh di dunia arab sekarang nih.Mungkin kaka telah memeluk agama islam.Dalam pasukan Real madrid pun ada 4-5 orang individu beragama islam seperti karim benzema,Nuri sahin,Hamid altintop,Mesud ozil dan Khedira.
Kalau nak  tahu lebih lanjut boleh baca kat sini ekkk....

ini pulak updet terkini....cerita-sebenar-disebalik-pengislaman... baca lagi....!

Aku dah bosan didungukan!

kali ni apa nak jadi-jadilah
kau keluar pintu depan aku keluar pintu belakang kau nak setia lantak kau lah aku pilih nak curang
aku dah bosan dengar kau menangis merintih merayu-rayu seperti anak kecil yang takut ditinggalkan ibu
aku pun dah tak percaya pada sumpah kau sumpah seranah tak apa ni sumpah sampah aku menyampah
kau beri sayang pada aku tapi kau panggil perempuan lain sayang kau tak pernah tinggalkan aku tapi diam-diam kau menjalang
kau selalu lupa allah itu ada kau malu pada manusia tapi kau tak segan pada Dia
kau selalu ucap depan aku kau tak akan lepaskan aku tapi kau lupa maut tetap boleh memisahkan kita
aku dah bosan dimalukan maruah aku ditangan kau
aku bosan dengan perkahwinan tapi talak pun ditangan kau


hasil nukilan ~ aiyangdisayang ~ tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang dah mati tapi kalau terasa maaf yeee....otak masuk aiyorrr...heeee~

wohaaaa......terror tak aku...ahakssss

Terasa?

perasan tak untuk beberapa hari ni n3 aku adalah hasil karangan aku sendiri....ahakss
nak tau apa yang menyebabkan aku jadi macam ni?


hurmmmmm


alkisaaaaaaahhhhh


aku ada terbaca satu status kat fb yang di post oleh seorang jejaka kacak, hangat dan terkenal
dia mengulas pasal kutipan filem ombak rindu yang berjaya mendapat RM 10 juta tuh
dia tak ulas panjang pun 
tapi ayat dia memang bikin gua sentap laaaa
apakah ayat dia?


lupa la pulakkkk


nak copy paste malas pulak nak scroll down ke bawah dan ke bawah page dia tuh


lebih kurang macam ni laaa


Filem Ombak Rindu ibarat blog copy paste yg tinggi trafik




haaa.....


amacam?


ada sentap tak?


tak la bagi korang yg rajin tulis n3 sendiri


tapi blog aku nih


memanjang jeeee kopipesssss


huhuhu


sorry la wak.... kalau awak terasa dengan tulisan2 saya


saya tak bermaksud nak menyinggung perasaan awak


saya cuma nak menyahut cabaran blogger tu jee...


sapa lagiiiiiiiiiii


Ben Ashaari laaaaa....ahakssss








Gambar Comel Anak Sheikh Muzaphar dan Dr. Harlina

Siapa yang tidak kenal dengan Sheikh Muszaphar, angkasawan negara dan isterinya, Dr Halina? Mesti semua kenal. Hasil perkahwinan mereka, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel persis muka ibundanya, Dr Halina. Gambar bayi comel yang dinamakan Sophea Isabella ini telah diabadikan bersama ayahanda dan bonda kesayangannya dalam satu majlis fotografi.




Sifat-sifat Munafik

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr) Huraian : Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaup…

Bila Suami Dibodohkan

malam ni aku kongsi satu kisah.
kisah jiran aku.
suami dia kahwin lain tapi mereka tak bercerai.
biasalah tu kan...bukan dia sorang je yg bermadu.
cuma cara perempuan lain ambik suami dia tu sangat lah aku kesalkan.

aku tak rapat sangat dengan jiran aku nih.
tapi aku tahulah cerita dia.
baru-baru ni selepas habis majlis perkahwinan anak jiran, kami (dia termasuk aku) dan ada lagi beberapa  geng yang lain berborak lah dengan seorang saudara jiran yang buat majlis.
dia datang dari kedah.
sembang dengan dia best banyak ilmu agama yang dia selitkan.
memandangkan dia ni banyak tahu ilmu ... ada seorang jiran bertanya bagaimana nak buat,  (anak lelaki dia yang baru masuk kolej dah ada makwe - yg gedikss la).
so paksu (panggilan) bagilah ayat alquran dan cara2 bagaimana nak buat solat hajat minta pada allah dgn cara yg betul. almaklum semua org tahu buat solat hajatkan.

ok...lepastu jiran aku ni pulak.
dia minta tengokkan bagaimana dengan suami dia. suami dia lepas kahwin dengan perempuan tu…

AYAM HUTAN YG MENGANCAM....

hari ni punya lauk gulai ayam hutan
bahan-bahan cili kering  bawang besar bawang putih  halia ketumbar jintan manis jintan putih lada hitam rempah kari sikit semua bahan di blend tumis dalam periuk (opkos guna minyak) masukkan ayam   santan garam aji kalau suka asam keping serai daun limau purut (kalau suka) masak lah sampai masak dah siap makan eehhh...lupa kayu manis bunga lawang dan segala bagai tu kalau nak bubuh, bubuh lah....

Apek - Lelaki MACHO?

Pose Macho Apex Untuk Majalah GLAM




sejak terpalit dengan pelbagai skandal nampaknya Apek terus menjadi buruan. tengok gambar cover tu eeeuuuwwww..... seksi sesangat la konon
cerita lanjut baca kat sini
ps: errrr.....apsal pemain bola selalu ada skandal? ahaksss

NAK MENGGATAL TAPI BEBAL!!!

Pagi ni mood memang lari..... sapa la yang hantar mesej ala2 pontianak harum sundal malam tengah gersang niiiii......eeeiiiiii rasa nak bomoh2kan je mcm dlm citer TENTANG DHIA tuh......nasib baik iman aku ni ada  kuat.....dan lagi mana laaa aku nak cari  bomoh tu...kena tanya pengarah kot...uhuk huk.......


weiiii....ko ni salah orang laaaa.... ko nak menggatai pi la cari jantan..... yang ko kacau aku tu wat apeee......eeeiiiii...bluwekkkkkkkk.......


harap maklum kepada pemegang no 0123304322
SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI SAYA...................... 
sebelum aku bertukar kepada sesuatu yang lebih DASYATTTTTTT lagi!!!!



orang utan ni cun tak? 
sesiapa yang berminat boleh hubungi no di atas

TOMYAM YG PALING MABELESSSSS

Slurpppppp pedih pulak perut ai memalam begini teringat-ingat kat tomyam atas tu alahaiiiii meleleh air liur...ahaksss dalam banyak2 tomyam yang pernah aku makan, inilah yang paling best pekat melekat rasa dia susah nak jumpa kuah tomyah keruh mcm ni selalunya caiiiiiiirrrr jee... okey kalau sesiapa yang terleleh air liur tengok tomyam ni boleh lah pegi ke Kg. Pandan, KL. nama restoren ni THAHARAH SEAFOOD REST. alah dah dekat dengan restoren kari kepala ikan kat kg pandan tu cubalah...jgn tak cuba lain2 masakan pun best gak... harga pun murah je kira berbaloi lah selamat menjamu selera di sana!!

Ohhhh....ternyata suamiku memang curang

Ctazhar-Karya

KISAH: Seorang suami telah dimainkan oleh isterinya sendiri kerana si isteri ingin mencungkil perihal kecurangan suaminya ketika berada di tempat kerja. Ikuti kisah selanjutnya.

"Hai!" ini adalah sms pertama daripada isteri kepada suaminya, dengan mengunakan nombor baru yang sememangnya tidak pernah diketahui oleh suami tercinta.

Agak lama dia menunggu, "hai... awak sapa?" balasan sms daripada si suami tadi. Dia tersenyum. Rasa kelakar juga kerana ber sms dengan suami. Sedangkan selama ini, mereka berdua jarang sekali untuk ber sms seperti ini. Cuma, suaminya akan terus call untuk berkatakan sesuatu yang penting saja.

Isteripun balas, "saya peminat awak"

Lama menunggu, bukan sms yang dihantar ke telegon miliknya. Tapi, suaminya terus call. Aduh! Gawat-gawat! Macam mana ni, si isteri masih termangu-mangu dan serba salah mahu menjawap panggilan telefon itu. Dia dapat satu akal. Lalu tersenyum sambil mencapai kain batik yang sedia bersidai di ke…

Apabila pelakon drama Tentang Dhia berFB

hahahaha.... ni aku jumpa kat fb macam best pulak ahakssss

Jangan Lawan Cakap Suami

Suami yang baik untuk isteri yang baik?
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?
Nak cari suami yang baik kenalah ubah diri jadi baik?
Nak dapat isteri soleha kena jadi lelaki soleh dulu?
Benarkah?
Bagaimana dengan isteri yang baik tapi dapat suami bertopeng syaitan?
Camne pulak suami yang baik tapi isteri makkk aiiiii....
Itu semua urusan Allah
Yakinlah Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kamu
Sengsara di dunia kerana mendapat isteri/suami durjana mana tahu Allah balas bahagia di sana
Suami atau isteri hanya pinjaman sahaja
Andaikata anda dapat suami atau isteri yang setia ingin bersama hingga ke syurga...... syukurlah
TAPI andai anda dapat suami/isteri yang tak ada matlamat menuju ke syurga bersama.....sabar je lah
Mungkin sorang ke syurga sorang lagi ke neraka
Mungkin dua-dua pun ke neraka
APAPUN
pilihan di tangan anda
tanya IMAN

Jangan pandang hina pd Org yg sdnG LaLai , jauh dr agama . Siapa tahu , keLak dia baLik kpd IsLam n menjadi Lebih eLOk dari kita . Jangan pandang hina Org yg be…

Teknik Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Maklumat ini diterima melalui email, tidak pasti sejuah mana kebenarannya. Walau bagaimanapun, kita masih boleh mencuba teknik dan mungkin tahu sendiri benar atau tidak teknik yang diberi oleh Chef Farid ini….


Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu, saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal. Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya. ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam r…

Tatu di Bali didakwa punca jangkitan AIDS

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seorang pelancong asing mendapatkan tatu di Bali, Indonesia.


BALI, Indonesia - Pelancong asing diberi amaran agar mengelak daripada mencacah tatu di pulau ini selepas seorang penduduk Australia Barat (WA) dijangkiti virus sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS), lapor sebuah akhbar semalam. Jabatan Kesihatan Australia Barat menyatakan di laman webnya bahawa semua bukti menunjukkan tatu yang diperoleh di sini baru-baru ini menjadi punca jangkitan tersebut. Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit, Dr. Paul Armstrong berkata, mencacah tatu dan bertindik di luar negara terutamanya di negara-negara membangun adalah berisiko dan merbahaya. "Kes ini membuktikan bahawa seseorang berdepan risiko kesihatan apabila menjalani prosedur seperti ini di luar negara," katanya. Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah tempat di seberang laut, pelukis tatu di WA perlu mematuhi peraturan dan kod amalan yang ketat. Justeru, beliau menasihati warga Australia y…

Antara Dua darjat

cer tengok betul-betul dua kes kat atas kalian rasa adil ke tak adil pelikkan ni baru betul apa yang dikatakan 'antara dua darjat'

Perkahwinan Anak DS Anwar Ibrahim Dan DS Wan Azizah

Tahniah Buat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah yang telah menerima Menantu Ke 4 secara rasminya semalam 24 Disember 2011 dan Selamat Pengantin Baru buat Nurul Ilham Binti Anwar dan pasangannya Mohd Reza Bin Mohd Rafie semoga kekal ke Anak Cucu.

Majilis perkahwinan mereka di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim di No.11 , Jalan Bukit Segambut, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.


ps: bila melihat DSAI dan pakaian2 anak beliau..sudah terbukti siapakah beliau..seorang yang berpindirian dalam islam dan seorang bapa yang benar..tahniah DSAI :)

Wanita Kena Penyakit Ketagih Makan Ayam Hidup Setiap Ha

|Seorang wanita yang pelik bernama Miskaulah, 38 yang berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri  dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih setiap hari. Miskaulah didakwa mampu memakan ayam hidup 5 ekor setiap hari. Di bawah merupakan gambar aksi Miskaulah menunjukkan skill memakan ayam hidup. Eeeeuuuuuwwww