Imaji di atas aku ambil dari internet, dan kalau tak salah aku, gambar ni dah nak masuk 5 bulan terawang-awang di internet. Aku tak pasti sama ada ianya MRI atau Cat Scan (mungkin mereka yang ada ilmu berkenaan boleh memberikan sedikit buah fikiran), tapi apa yang aku nak cerita/ulas berkenaan imaji ini mungkin sedikit sebanyak mampu memberikanoutput yang berguna.
Apa yang cuba ditonjolkan oleh imaji ini ialah perbandingan di antara wanita yang mempunyai berat 250lb (113.4kg) dan wanita yang mempunyai berat 120lb (54.4kg).
1 – Lihat pada tulang dari lutut hingga ke tumit. Pergelangan kaki wanita ini (250lb) seolah-olah seperti hendak ‘tercabut’ dari posisi sepatutnya dek kerana terpaksa menampung beratnya. Oleh kerana itu personal trainers di gym (PT) akan memfokuskan latihan seperti ‘jumping lunges‘ kepada anak didiknya yang obese agar dapat membetulkan kembali situasi ini.
2 – Perhatikan juga betapa kurusnya tulang kaki keting wanita 250lb ini berbanding wanita 120lb. Ini mungkin disebabkan pengambilan gizi yang tidak seimbang, seterusnya menjurus kepada kekurangan vitamin dan mineral yang lain seperti Vitamin D dan Kalsium.
3 – Wanita 250lb mempunyai perut dan usus yang besar berbanding wanita 120lb.
4 – Wanita 250lb mempunyai lapisan lemak badan yang banyak, tertumpu di bawah kulit dan terkumpul di sekeliling organ. Salah satu faktor mengapa berlakunya penyakit seperti lemah jantung ialah jantung si pesakit gagal berfungsi dengan sempurna dek kerana lapisan lemak tebal di sekeliling jantung yang ‘menganggu’ proses pengepaman darah.
5 – Wanita 250lb mempunyai otot lengan yang lebih kurang sama dengan wanita 120lb. Ini membawa maksud kedua-dua wanita ini tidak melakukan kerja-kerja berat (seperti mengangkat barang, dan sebagainya).
6 – Akan tetapi, wanita 250lb ini mempunyai otot peha yang sedikit besar berbanding wanita 120lb. Ini adalah disebabkan kaki wanita 250lb ini telah menampung berat badan yang lebih 2X ganda berbanding wanita 120lb, ketika berjalan sehari-hari.
7 - Terdapat 2 tompok lemak mengelilingi soket mana wanita 250lb, dah macam Masked Rider.
7 - Terdapat 2 tompok lemak mengelilingi soket mana wanita 250lb, dah macam Masked Rider.
Itu sahaja ulasan peribadi aku berkenaan gambar di atas. Dan hari ini juga aku tidak mahu bersyarah panjang mengenai mengapa kita perlu menjaga kesihatan, mengapa kita perlu amalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Semua tu kalau nak diceritakan dalam satu entri, mahu tepu otak. Sekeping foto ini sudah cukup untuk mewakili sejuta perkataan. Tepuk dada, tanya selera, selamat bercuti di hujung minggu!
No comments:
Post a Comment