31.12.11

Laaaaa......Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi Rupanya!!!!

Hari ni aku nak kongsikan ilmu baru. Ilmu ni aku dapat ketika aku melayari facebook semalam. Aku percaya ramai orang yang tak tahu pasal ni.....
Aku rasa cikgu-cikgu kat sekolah yang ajar BM pun tak tahu kot.....kot lah....sebab selama ni tak pernah pun cikgu-cikgu BM bagi tahu pasal nih.
Rata-rata pengkomen blog yang mengongsikan ilmu tu pun 'ooooo....baru tauuuuu'
Eheee.....tidak mahu membuang masa ni aku kongsikan ilmu tersebut

tarraaaaaaaa.....

clip_image002

bukan pagar hokeyyyy....tapi pegar iaitu sejenis burung.

lagi satu peribahasa seperti melepaskan batuk di tangga
apa kaitannya batuk dekat tangga dengan buat kerja sambil lewa
yang ni pun salah jugak ke?
adoiiiii....nasib baik lah SPM aku dapat A aritu...ahaksss
sebenarnya bukan batuk tapi batok
laaaaaaaa..... ye keeee
ehhh batok tu apa?

haaaa ni dia bendanya
clip_image006
 tempurung kepala...ehhhh silap kelapa yang di buat pencedok air tempayan
alahaiiiii orang dulu-dulu dia letak kat tepi tangga untuk basuh kaki
kalau orang yang pemalas tu dan jenis suka buat sepah dia letak je batok ni kat tangga lepas siram kaki
pastu ada la orang sound dia cara berhemah
tu yang keluar perumpaan seperti melepaskan batok di tangga!
ahakss

tahniah kepada orang yang buat kajian nih
keranamu baru ku tahu erti yang sebenar
sila sebarkan ilmu ni pada anak-anak yeee....
pada makcik-makcik yang suka bersembang sambil selak-selak kain ,
pada pakcik-pakcik warung rakyat,
pada panglima-panglima perang,
pada pejuang melayu.......
pada sesiapa sahajalah...

ok itu sahaja
untuk menambah keyakinan korang silalah tengok sumber maklumat kat sini

4 comments:

mimi said...

k

mimi said...

-Data dalam kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberi pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk.
-kesimpulannya :
*peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah "harapkan pagar,pagar makan padi" dan "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan.

mimi said...

Aisyah said...

selaku pelajar bahasa dan linguistik melayu,pensyarah-pensyarah saya yang juga merupakan pakar bahasa khususnya semantik dan linguistik menyatakan bahawa perkataan yang sebenar ialah 'pagar' bukan 'pegar'. hal ini demikian kerana padi sememangnya makanan burung pegar.mengapa perlu diharapkan kepada burung yang sememangnya itu makanannya? 'pagar' dalam konteks peribahasa tersebut adalah simbolik kepada penjaga padi tersebut..sebagai contoh,orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga padi tersebut disimbolikkan dengan 'pagar' dalam peribahasa tersebut..sekian =)

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/06/pembetulan-simpulan-bahasa-harapkan.html#G0Zyg8rPlPwfLx68.99

mimi said...

peribahasa mmg utk sastera.. sastera kan puitis sikit ? think positif

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...