Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Lisa Surihani di Perhimpunan Agong Umno 2011

Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.


Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.






Dikerumuni Puteri-puteri UMNO untuk bergambar kenangan.


Cantik......Cepat Yusri nanti kena sambar dengan menteri...melepasss
Oleh kerana negara kita mengamalkan sistem demoKerasi, jadi.. ikut suka dia lah nak sokong Parti mana sekalipun..

SINI )
Sumber gambar.. tertulis di gambar tu..

Gangguan syaitan ketika menghadapi sakaratul maut

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.” Rombongan 1 Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya. Rombongan 2 Akan d…

[Video] ‘The Message’ Filem Terbaik Tentang Dakwah Rasulullah

oleh Shahmuzir

Filem bertajuk ‘The Message’ arahan Moustapha Akkad adalah filem evergreen yang sentiasa dapat menarik perhatian sebahagian kita apabila menontonnya.  Bukan sekadar menarik perhatian, malah menyentuh hati dan perasaan serta pasti menitiskan air mata terutama pada babak terakhir filem tersebut, walaupun  sudah beberapa kali menontonnya.

Filem yang dihasilkan pada 1976 ini mengisahkan perjalanan hidup Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam secara ringkas, bermula dari dakwah secara bersembunyi di Makkah, peristiwa hijrah, perang Badar, perang Uhud, perjanjian Hudaibiah hinggalah peristiwa pembukaan Makkah.

Penggambaran filem tersebut telah dilakukan selama hampir 5 bulan di Libya dan Morocco.

Terdapat dua versi bahasa telah dihasilkan bagi filem.  Iaitu versi bahasa Inggeris yang bertajuk ‘The Message’ dan versi bahasa Arab yang bertajuk ‘Ar-Risalah’.  Kedua-dua versi ini diarahkan oleh pengarah yang sama, tetapi dilakonkan oleh barisan pelakon yang berbeza. Menurut Moustaph…

Budak Maut Kena 'Basuh'

PARIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman.
Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris. Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.

Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu.

“Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.

Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga.

Bagaimanapun, a…

Bibir Terbesar....Cantik tak?

Kenali Kristina Rei, wanita yang kini mempunyai bibir terbesar di dunia. Kristina yang hanya berusia 22 tahun dan telah membelanjakan £4,000 (RM19,767) untuk suntikan bibir dengan harapan menyerupai heroin filem kegemarannya, Jessica Rabbit. Juruhias kuku dari St. Petersburg, Rusia itu yakin bahawa bibir nipisnya dahulu adalah hodoh, jadi dia memilih untuk melakukan pengubahsuaian bibir - sebanyak 100 kali- dengan matlamat menjadikan muncung besarnya lebih besar! Bercerita mengenai muncung gemuknya, Kristina berkata: “Saya rasa saya kelihatan hebat dan ia membuat saya gembira. Kadang-kadang orang yang tidak dikenali menjerit pada saya di jalanan seperti “bibir besar” tetapi saya tidak peduli. Saya ingin melakukan lebih melampau lagi. Saya mahu kelihatan seperti watak kartun,”. Dia menambah: “Saya ketagih – saya sukakannya.” Kristina inginkan bibirnya dibesarkan sejak dia berusia empat tahun lagi, dan berkata dia sentiasa rasa tidak yakin dengan rupa parasnya – dan usikan semasa zaman kanak…

Kutip Najis Musang Dapat RM704.83 Sehari

LIPA, Filipina – Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi. Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperolehpendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu. Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman. Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila. Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16). Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram. BIJI kopi yang dikeluarkan musang menerusi najis di pergunungan Malarayat di Lipa, Filipina

Suami Paling Pemalas Dalam Dunia Tapi Punyai 14 Isteri..

Bapa paling pemalas dan tidak bertanggungjawab di Britain dijangka menyambut kelahiran anaknya yang ke-16 hari ini.Anak-anaknya itu dilahirkan oleh 14 wanita berlainan beberapa hari lagi.
Dalam pada itu, seorang lagi anaknya akan dilahirkan dalam masa beberapa minggu lagi.
Penganggur, Jamie Cumming dan teman wanitanya menjangka anak itu akan dilahirkan Jumaat lalu.Bagaimanapun, bakal ibu yang berusia belasan tahun itu dihantar pulang dari hospital selepas doktor mendapati masa kelahirannya belum tiba.

Cumming, 34, dari Dundee yang sudah menjadi bapa kepada 15 anak hasil hubungan dengan 13 wanita berlainan sebelum ini, juga menanti kelahiran seorang lagi anak dari seorang wanita lain pada Januari depan.

Kekasihnya ketika ini ialah gadis berusia 19 tahun, Chelsea, sementara seorang lagi teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, melahirkan anaknya yang ke-15 dua minggu lalu.
Cumming yang berasal dari Dundee tidak mampu menyara anaknya yang ramai itu dan kebanyakan wanita yang melahirkan anakny…

Esakan Di Makam Keramat

KUNCI...Kori mengunci pintu makam 
Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor. KUALA TERENGGANU: “Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar,” kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.
Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.
Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melaku…

Empat maut jambatan runtuh di Kalimantan

BEBERAPA anggota polis Indonesia memeriksa tapak jambatan runtuh di bandar Samarinda, Kalimantan Timur semalam.
JAKARTA, Indonesia - Sebuah jambatan sibuk di Kalimantan runtuh dengan menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 19 yang lain cedera selepas sebuah bas, beberapa kereta dan motosikal terjatuh ke dalam sungai, kata polis dan saksi. Seorang pegawai polis, Kapten Syafii Nafsikin berkata, pasukan pencari dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian selepas nahas berlaku kelmarin. Jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 700 meter itu dibina menyerupai Jambatan Golden Gate di San Francisco, Amerika Syarikat. Ia menghubungi bandar Tenggarong dan Samarinda di wilayah Kalimantan Timur. Dalam wawancara bersama stesen televisyen TVONE, saksi kejadian, Syaiful berkata, insiden berlaku ketika jambatan berkenaan sesak dengan kenderaan. Menurutnya, dia melihat sekurang-kurangnya sebuah bas dan hampir 12 buah motosikal terjunam ke dalam Sungai Mahakam. Beberapa buah kereta …

Khairul fahmi diugut???

KUALA LUMPUR – Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi. Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri. “Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut. Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan.

Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah c…