30.11.11

[Video] ‘The Message’ Filem Terbaik Tentang Dakwah Rasulullah

oleh Shahmuzir

Filem bertajuk ‘The Message’ arahan Moustapha Akkad adalah filem evergreen yang sentiasa dapat menarik perhatian sebahagian kita apabila menontonnya.  Bukan sekadar menarik perhatian, malah menyentuh hati dan perasaan serta pasti menitiskan air mata terutama pada babak terakhir filem tersebut, walaupun  sudah beberapa kali menontonnya.

Filem yang dihasilkan pada 1976 ini mengisahkan perjalanan hidup Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam secara ringkas, bermula dari dakwah secara bersembunyi di Makkah, peristiwa hijrah, perang Badar, perang Uhud, perjanjian Hudaibiah hinggalah peristiwa pembukaan Makkah.


Penggambaran filem tersebut telah dilakukan selama hampir 5 bulan di Libya dan Morocco.

Terdapat dua versi bahasa telah dihasilkan bagi filem.  Iaitu versi bahasa Inggeris yang bertajuk ‘The Message’ dan versi bahasa Arab yang bertajuk ‘Ar-Risalah’.  Kedua-dua versi ini diarahkan oleh pengarah yang sama, tetapi dilakonkan oleh barisan pelakon yang berbeza.
Menurut Moustapha Akkad, beliau menghasilkan filem tersebut bukan hanya tertumpu kepada nilai produksi filem seperti jalan ceritanya yang menarik, terkandung strategi dan drama.  Tetapi filem tersebut mempunyai keistimewaan dan bersifat peribadi kepada beliau yang beragama Islam.  Moustapha Akkad berharap agar filem tersebut dapat menerangkan serba sedikit tentang kisah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam dan agama Islam kepada masyarakat barat yang rata-rata mempunyai persepsi yang negatif terhadap Islam.    Seterusnya merapatkan jurang perbezaan antara dunia Islam dan barat.
Pada pandangan saya, inilah filem terbaik yang telah saya tontoni yang mengisahkan dakwah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Sejak kecil remaja hingga kini, filem ini telah saya tontoni banyak kali dan sentiasa memberikan kesan yang mendalam serta menerbitkan rasa rindu kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Ia wajar ditonton bagi semua golongan masyarakat samada Muslim atau yang belum-Muslim. 
Walaupun begitu, filem ini tidak memadai dijadikan rujukan kepada kisah insan mulia, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Buku-buku sejarah yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan kitab-kitab hadith mesti dijadikan rujukan untuk mengetahui kisah yang terperinci lagi sahih tentang jalan hidup Baginda.  Antara buku sirah Nabi yang selalu disarankan ialah buku yang berjudul ar-Rahiq al-Makhtum yang dihasilkan oleh Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri.
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad.
[Video] ‘The Message’ Filem Terbaik Tentang Dakwah Rasulullah

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...