Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat

Wajah terbaru Diana Amir
PETALING JAYA: Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.
Diana Amir, sebelum bertudung
"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi pet…

Zizan mempersenda kalimah syahadah.....bengonggg!!!!

alahaiiiiii....aku baru je nak upload klip video HANTU BONCENG yang menghina Rasulullah dah tak leh buka video tu....tu la...lain kali jangan sukasuki ko je nak buat filem or.nak buat lawak bodoh....ni bukan dah tahap bodoh dah niiii...tapi ni dah tahap keji lahanat tau tak....taubat weiiiii sape yang terlibat tu....berdekah2 syaitan ketawa 
Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadar Syaitan’ yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan....amende ni zizang???

Seorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat Al-Bukhari). Justeru, perkataan yg diucapkan di dalam filem ini boleh termasuk dlm kategori hadis di atas walau ia dibuat tanpa maksud & kejahilan. Taubatlah wahai pelawak, jgn berlawak dgn kalimah2 suci, kelak menangis!. (zaharud…

Ada bakat jadi novelis tak......? hurmmmm

"kenapa kamu mencuri haaa? tak cukup ke selama ni duit belanja yang ayah kasi?" satu tamparan keras mendarat ke pipi kecil shafik. Tak sempat untuk untuk anak kecil itu mengelak. Suara keras ayahnya yang menghamburkan amarah membuatkan perutnya kecut.

Dengan suara terketar menahan kesakitan Shafik merintih halus...."Shafik tak curi, budak tu yang kasi duit tu"
Erangan Shafik sudah kedengaran walaupun perlahan. Mana mungkin anak sekecil Shafik dapat menahan kesakitan akibat tamparan itu. Dia mengusap pipinya.

Suria yang menyaksikan hukuman yang diberi suaminya menjerit ''Abang!!!" sungguh dia tegamam. Tak sempat dia hendak menahan tangan suaminya dari hinggap di pipi anaknya yang baru berusia 8 tahun itu.
Melihat kejadian di depan mata serta merta darah Suria mendidih.
"Woiiii......kau ingat kau baik sangat ke hahhh? Menyesal dulu aku tak sepak muka betina keparat tu!!! Kau dengar sini eh.....setiap kali kau sentuh anak aku aku doakan perempuan si…

Takde Yang Menarik KECUALI......

Lama betul tak update blog ni. bulan ramadhan hari tu sibuk dengan projek popia sebab tu jari jemari ni seakan malas untuk menari2 di papan kekunci lappy...... hari raya pun masih tak ada mood untuk berblog banyak je cerita hangat dan sensasi tapi tu lah...mood tak mari-mari hakssss.
Isu paling hangat tentulah pasal sejarah  bak kata A. Samad Said Sesudah lima dekad barulah professa arus perdana kata negara tidak pernah dijajah. Oh, lama sungguh kajiannya. semua gara-gara ini.....sila dengar...hak hak
cikgu2 sejarah semua dah pening kepala..... rupanya selama ini mereka berbohong pada anak2 murid alahai nak wat camne kan.....
ada lagi satu isu yg paling hangat di fb  Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzarakorang boleh ikuti pembongkaran yg dilakukan oleh team ni - siapa sebenarnya sitt Al wazura, nak tengok pic dia pun ada... rentetan dr kejayaan team di atas membongkar siapa individu yg telah menimbulkan kemarahan umat islam di Malaysia khasnya, JINGGA 13 sebuah badan ngo telah meng…