Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

IGP: Rampas kamera wartawan bukan SOP

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP). Beliau berkata demkian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya.
"Saya tak tahu. Saya nak terangkan, kita tidak ada SOP sedemikian. Kita bertindak berdasarkan undang-undang dan saya ingin katakan bahawa polis bertindak secara profesional dalam tangani masalah yang berlaku.
"Saya ingat saya kata beginilah. Kita tidak ada arahan khusus atau khas tentang rampas kamera. Kalau kamera itu ada senjata, lainlah," katanya pada sidang media petang tadi.
Ditanya siapakah yang memberikan arahan untuk mengambil barangan milik wartawan seperti kamera dan kad memori, Ismail sekadar berkata, pihak polis hanya mengikut undang-undang. 
Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam pe…

Tolong siasat siapa potong kawat duri di Dataran Merdeka

Pemotong kawat duri macam profesional

KUALA LUMPUR : PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwa…

Hantu Pokok Pisang?

makkkk tolongggg betul ke ni hantu pokok pisang adoiiii terkejuttt!!! apalah kakak buat kat pokok pisang tu....?

mood: takde....sebab tu merapu

Aneh, Hampir Semua Warga Ulutaue Berjari Hanya Tiga

TRIBUNNEWS.COM, BONE- Hampir semua warga Dusun Ulutaue, Desa Mario, Kecamatan Mare, Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan, kebanyakan cacat. Warga mengalami kelainan fisik, yakni berjari hanya tiga, baik kaki maupun tangan. Kelainan ini dialami warga pada semua golongan usia, dari bayi hingga lanjut usia. Umbang, salah seorang sesepuh kampung yang ditemui Kompas.com, mengatakan, kelainan fisik itu sudah terjadi turun-temurun. Mereka bahkan sudah pasrah karena meyakini bahwa yang mereka alami itu sudah digariskan nenek moyang. "Ini sudah keturunan, mulai dari nenek kami begini semua. Keturunan kami yang lahir pasti begini semua. Walaupun ada yang normal, tetapi kalau ada anaknya, begini juga tangannya," kata Umbang. Di tengah keterbatasan itu, warga Dusun Ulutaue tetap menjalani kegiatan sehari-hari sebagai nelayan. Sebagian besar hidup miskin. Mereka juga cenderung menutup diri dari dunia luar. Mereka mengaku selama ini tidak mendapat perhatian dari pemerintah setempat. Belum ada lay…

Syahrini Minta Justin Bieber Minta Maaf Kerana Hina Indonesia

Syahrini JAKARTA: Penyanyi Indonesia Syahrini mengecam bintang remaja antarabangsa Justin Bieber kerana didakwa memperlekehkan negara itu. Menerusi akaun Twitter peribadinya, penyanyi lagu Kau Yang Memilih Aku melahirkan kekecewaannya dan meminta Bieber untuk meminta maaf kepada rakyat Indonesia. “Justin Bieber harus minta maaf kepada masyarakat Indonesia,” tegasnya menerusi kemas kini akaun Twitter, @PrincesSyahrini, pada Sabtu. Terdahulu, kenyataan Bieber yang memperlekehkan kualiti studio rakaman di Indonesia mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat republik itu. Ketika ditemubual pada pelancaran album terbarunya Believe 2012 di London, England, baru-baru ini, penyanyi itu mengakui dia merakamkan salah sebuah lagu dalam album itu di Indonesia. Dalam kenyataannya kepada akhbar Mirror, Bieber menyifatkan republik itu sebagai sebuah negara yang bercelaru dan tidak berpola. Dia turut mempertikaikan kualiti studio rakaman di Indonesia yang dianggap sangat teruk.

Justin Bieber “Saya berada di …

Ini ke cara pemimpin umno cari glamour?

keji tak?
puak-puak umno ni memang kaki putar....macam ni pun ada gak yang sayang
kesian

Betul ke Polis tu memang sengaja langgar? video

mari tengok video ni....
apa yang korang fikir.....?
korang rasa polis tu sengaja ke pandu kereta untuk langgar peserta?

kalau ikutkan aku yang penuh rasa kemanusiaan ni tak mungkin la dia sengaja nak langgar orang...
tak tau la kalau dia mabuk atau hilang akal.
nampak macam terbabas je.... lagi pun sebelum ni ada video yang tunjuk bagaimana kereta ni dah kena baling, ada yang panjat dan hentak-hentak  atas kereta tu  pun.....

aku sokong bersih tapi aku tak sokong keganasan....tak kira la dari pihak polis atau dari peserta BERSIH....
kena siasat betul2 apa punca yang menyebabkan tetiba je kereta ni meluru dan terbabas.

sekian.

updet
kopi pasta dr komen blog lain

Langgar peserta? Untuk perhatian, pemandu kereta polis kena baling dengan objek keras di area depan Pertama... kemudian semasa benhenti di simpang 4 depan odeon untuk mengesat darah, keretanya dikerumuni peserta dan dibelasah..., jadi beliau menggerakkan keretanya disamping ditolak oleh perserta sambil mereka memukulnya beberap…

Betul ke ada anggota polis yang mati?

tadi masa pegi makan kat kedai dekat-dekat rumah, baru je duduk ....ada sorang kakak tetiba je berceramah kat aku.

"ada anggota polis sorang mati....... puas hati kan....... ntah apa la yang dorang ni nak.... orang nak meniaga pun tak senang" terus bangun blah dari situ.....

ehhh.....aku tercengang-cengang.....mak aihhh..... sapa pulak kakak nih tetiba je hangin....

tapi sepanjang hari aku duduk depan lappy nih tak ada pun sesapa updet bg tau ada anggota polis mati.
habis makan aku cepat-cepat balik...... buka fb, blog, tv3 suku....tak ada pun.

dan ini apa???


errrr....ni yang geram dan menyampah nih!
mana satu aku nak percaya?
tv3 suku pun tak ada cakap pun...
kalau betul ada dah tentu la jadi tajuk utama.

harap-harap tak ada sapa la yang jadi arwah.....polis ke peserta ke....aku doakan semoga semua selamat.


video- KERETA POLIS YANG HANCUR AKIBAT KEMARAHAN RAKYAT SELEPAS MELANGGAR 2 @ 3 ORANG RAKYAT HINGGA CEDERA PARAH.

updet


SYAM GHAZ : Polis langgar 4 org peserta BERSIH. 2 parah dikepala krn masuk bawah kereta polis yg langgar, 2 org cedera patah tangan dan luka dikepala. Polis bertindak agresif dgn peserta BERSIH dgn melurukan kereta terus kepada peserta yg berada di tepi jalan.
sumber

Penyanyi Aishah Tertangkap Sertai Bersih 3.0

tertangkap? yesss tertangkap gambar! ahaksss

Bersih 3 - Takbir !! Dataran Merdeka kini di 'tawan' !!

Gas disembur , polis berundur lari dan beri laluan kepada rakyat masuk ke dataran, Sejarah tercipta pada jam 2.54pm dan KINI Tembok Dataran Merdeka milik rakyat Malaysia - Pagar PECAH, RATUSAN RIBU RAKYAT MASUK DAN POLIS LARI BERTABUR-TABUR  dan mari kita raikan kenduri rakyat Bersih 3 di dataran dengan mesej dan bahasa tubuh dengan DUDUK - BANTAH !
albanjari

Lintas langsung Bersih 3.0 Terkini - Gambar dan Video

2.30 pm: Para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap di tengah-tengah jalan Tun Perak menghala ke Jalan Pudu di depan Wisma Permim. Sambil melaungkan "Hidup Rakyat".

2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran".2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain. Jumlah peserta kini mencecah angka ratusan ribu.

2.05 pm: Malaysiakinimelaporkan anggaran 75,000 penuhi KL. Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuh…

Senyum Jantan Miang?

ohhh sweetnyaaa dapat bunga kuning lagiiii pasni pasti abang glamerr satu dunia tengok gambar ni tau... tehehehe
adakah cinta akan berputik selepas ini?



sumber gambar

Dapat RM25.2 juta ganti rugi gara-gara makan produk KFC beracun

SYDNEY - Rangkaian makanan segera, KFC cawangan Sydney diarah membayar pampasan RM25.2 juta (£5.1 juta) kepada sebuah keluarga kanak-kanak perempuan Australia, yang mengalami kerosakan otak yang teruk selepas makan produk ayam beracun tujuh tahun lalu. Monika Samaan, ketika itu berusia tujuh tahun, sakit selepas makan 'Twister' yang dicemari racunsalmonella di sebuah restoran KFC di Villawood, Sydney pada 2005. Makanan itu menyebabkan dia kini hidup dengan bergantung pada kerusi beroda dan tidak boleh bercakap. KFC, menurut laporan BBC, ia sangat kecewa dengan keputusan itu dan akan mengemukakan rayuan. Hakim Mahkamah Agung New South Wales menganugerakan ganti rugi itu, yang bersamaan dengan A$8 juta, selepas memutuskan bahawa KFC telah melanggar tanggungjawabnya mengambil berat tentang keadaan kanak-kanak itu. Peguam keluarga itu, George Vlahakis berkata, mereka gembira dengan keputusan mahkamah. "Pampasan ini sangat-sangat diharapkan," kata kenyataan keluarga itu dipetik…

Gambar Sekitar 1 Pagi di Kuala Lumpur

Biarpun Himpunan BERSIH 3.0 dijadualkan bermula pada jam 2.00 petang namum pada jam 1 pagi ini, kawasan disekitar Dataran Merdeka mula dibanjiri ppeserta himpunan yang datang dari segenap pelusuk negara..
Kehadiran ini membuktikan tiada rakyat Malaysia yang percaya akan apa yang tertulis pada banner yang digantungkan DBKL mengatakan tiada himpunan pada 28 April ini..
Banner hasil kerja bodoh pegawai-pegawai DBKL tu sila lihat di ( SINI )

Penyanyi Aishah diserang kerana sokong BERSIH 3.0

bosan hari ni aku rasa macam sunyi je mungkinkah sebab ramai yang dah mulakan  perjalanan ke KL tak pe...tak pe ayuhhhh jom sertai BERSIH 3.0
sebab bosan aku layan fb kat news feed melintas status penyanyi kak Aishah baca bawah ni
betul aku setuju dengan kak Aishah kenapa buat konsert terkinja-kinja boleh pulak kat Dataran Merdeka tapi bila rakyat nak berhimpun suarakan bantahan tak boleh???
DAN aku sebenarnya nak la engkorang baca pemikiran rakyat yang tak setuju sangat BERSIH nih
salah sorangnya ialah mamat nihh yang mana? terus je la scroll down wakakakaka




siapakah beliau??? ooooooooooooo kalau dah UMNO tu UMNO la jugeee..... hawauuuuu wakakakaka opssss
tapi tajuk n3 aku kat atas tu tak hawau kannn ekekekeke.....

video yang tak sanggup untuk dilihat - ditanam hidup-hidup

Sesungguhnya rakyat Syria diuji oleh Allah sebagaimana umat Islam di permulaan dakwah Islam yang menerima tentangan hebat oleh golongan musyrikin bagi melawan ajaran Islam yang suci yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Di Syria hari ini, rakyat Syria yang menuntut kebebasan dan keadilan telah diperlakukan seperti binatang. Kita boleh menyamakan rejim Bashar seperti golongan musyrikin yang berpakat dengan golongan tentera Hizbullah dan Iran Syiah.

Lihat bagaimana video ini,seorang mangsa dibunuh dan diikat pada sebuah kereta lalu diseret mengelilingi kampung.Hanya Syria dan Hizbullah yang melakukannya,satu-satunya di dunia. 
Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria


tengok lagi - video ditanam hidup-hidup

wow.....gambar majlis berinai kecil fasha sandha

wahhh....sibuk betul aku nih asik buat n3 fasha sanda je.... secara jujurnya  aku takde la fanatik sangat kat artis tak de la minat kat fasha sanda tapi aku akui dia ni cantikkkkkkkk kan...kan dan lumrah manusia tu suka melihat sesuatu yang cantik jadi tu yang aku gagahkan diri tepek gambar fasha kat sini mujur la dia berpakaian sopan tak berkemban siap bertudung lagi so jemputla tengok-tengok ye






nak tengok lagi kat sini yaa....

Lelaki Misteri Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid di Syria -video

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad.

Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya tentera bersenjata.


Kelihatan dia mengangkat pemuda yang telah syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.


Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan...


Adakah dia malaikat yang diutuskan oleh Allah ? Wallahuaklam......


“ (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”