16.4.12

Ceramah penjelasan isu Syria yang diadakan baru-baru ini. - video













Assalamualaikum buat semua sahabat dan sahabiah ku ^_^

Alhamdulillah program Isu Syria : Pedulikah Kita? berjalan dengan lancar, malah sangat awesome! Syukur ya Allah! Tak sangka dengan kehadiran yang sangat ramai, malah poster program ini sungguh banyak sekali dishare di wall masing-masing! Syukran jazilan kepada semua yang membantu mempromosi! Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian :)

Baiklah, untuk program kali ini, insha allah saya akan masukkan pengisian yang saya dapat daripada program ini. Sebelum ini, mari kita kenal dengan VVIP kita. Iaitu yang pertama, Syeikh Sameer Saqaq selaku penceramah kita pada malam itu. Beliau mampu berbahasa Arab dan Perancis sahaja. Maka, Ustaz Muhammad Nazmi telah diamanahkan untuk menjadi penterjemah kita. Ye la, tak semua orang faham arab kan? Mereka ditemani oleh dua orang sahabat mereka, iaiatu Abdul Rahman dan Anas.

Ok, program dimulakan dengan bacaan ayat Al Quran daripada Anas. Sedap woo.. Kemudian baru lah bermula ceramah dalam bahasa Arab oleh Syeikh Sameer. Begitu panjang lebar sekali. Ramai juga pelajar-pelajar Internation ikut bersama pada malam itu, malahan mereka berbahasa arab pula. Maka, mereka dahulu lah yang faham. Kan kan?

Kemudian diterjemah oleh Ustaz Nazmi. Syeikh mengatakan bahawa kita sangat bertuah kerana dapat berkumpul ramai sebegini, Kalau kat Syria, memang tak boleh berkumpul begini. Memang akan diserang kerana dianggap perbincangan untuk menjatuhkan kerajaan. Malah nak solat pun tak boleh kat Syria. HARAM SOLAT. Mereka yang solat dianggap terrorist. Dan beliau menambah lagi, kita yang hadir ini, selari dengan hadis Rasulullah,

"Barangsiapa yang berjalan di atas dasar ilmu, maka insha allah jalan ke syurga akan dipermudahkan baginya."

Menurut beliau. Syria ini ialah satu negara yang sangat strategik, dengan lokasi dan tanahnya. Syria menghubungkan banyak negara, termasuklah kepentingannnya di sisi Eropah. Dengan mempunyai bahan galian yang sungguh banyak dari segi minyak, gas asli dan pelbagai lagi.

Di Syam, terletaknya banyak makam nabi-nabi terdahulu. Di Syam juga terdapat makam Muazzin. Malah di Damsyik pula, terletaknya makam Bilal da Saifullah.

Maka diberitahunya, kenapa negara-negara Arab lain tidak membantu? Ini kerana banyak negara lain takut! Seperti Mesir dan Jordan membuat perjanjian kedamaian dengan pihak Israel, sebagai contohnya. Sehinggakan adanya Kedutaan Israel di Mesir dan Jordan. Di Lubnan pula, nak menunjukkan rosaknya di sana, sehingga Lubnan digelar Las Vegas Arab. Di situ adanya tempat judi besar-besaran T.T

Negara Syiah pula, sekarang dikuasai oleh pihak Syiah. Tak seperti parti Hamas di Palestin, yang bersunatul wal jamaah. Di Syiah, demi untuk 'menjaga akidah' rakyat mereka, perlembagaan telah diubah sewenang-wenangnya, dan di institusi pendidikan pula, banyak subjek-subjek diharamkan, terutamanya subjek JIHAD.

Jika anda berada di Syria, anda sangat beruntung sekiranya anda dapat bersolat, apatah lagi kalau dapat bersolat berjemaah. Seriously! Kat sana diharamkan solat. Mereka yang solat dianggap seperti sedang membuat bom. Malah di universit-universiti, jabatan-jabatan kerajaan, dan di ketenteraan memang tak boleh sola langsung! Kalau anda ditangkap sedang solat, maka akan diseksa dan jejak anda akan hilang begitu sahaja. Tak siapa yang tahu apa terjadi pada mereka. Mereka akan dituduh terrorist! Hanya kerana solat!

Membuatkan kita bersyukur, ada peluang untuk solat, jemaah sentiasa ada, tetapi kita sering kali tak menghargai dan mensyukuri nikmat yang kita ada, sedangkan ada rakyat yang betul-betul memerlukan kenikmatan itu.

Di Syria, tak seperti negara Malaysia. Mereka hanya mempunyai satu parti politik sahaja, iaitu Parti Hizbul Ba'as. Iaitu dibawah Hafis Al Asad. Hafis ini terlalu diktator nya beliau, malah di bandar-bandar Syria penuh dengan patung-patung beliau. Tugu peringatan la kononnya, dah macam berhala. Malah banner-banner pun penuh dengan muka beliau. Muak wei tengok muka dia je kat sana sini.

Akidah yang diterapkan, yang dipaksa untuk terima, ialah Tiada Tuhan Melainkan Bumi Syria dan Hisbul Ba'as itu ialah Rasul-Nya. Kafir sungguh!

____________________________________________________________________

Kemudian slot ini habis.. Sekarang akan masuk ke slot kedua, kini giliran syeikh kembali, untuk berceramah pula. Maka keluarlah Arab beliau yang tak berapa saya fahami, namun dapat juga faham sedikit-sedikit. Alhamdulillah :)

Ustaz Nazmi terjemahkan untuk kami :
Permulaannya Syira menjadi begini ialah, ketika 4 negara Arab lain bangkit. Iaitu bermula di negara Tunisia, Mesir, Libya dan apa lagi eh lagi satu? Katanya ada 4. Di Syria, ramai orang kata, takkan berlaku di negara kita.. Takkan..

Namun semua itu berubah apabila, terjadinya kes ini. Beberapa kanak-kanak kecil, sekolah rendah yang telah ditangkap. Mereka tengok tv, dan lihat kebangkitan-kebangkita rakyat itu. Lalu, mereka pun conteng la kat dinding sekolah, menulis, 

"Rakyat Nak Jatuhkan Pemerintahan."

Ala, budak kecil kot. Nak tahu apa. Cuma tengok TV, kemudian tiru. Namun, di sana boleh kata setiap sekolah ada Special Branch (SB) iaitu polis perisik kerajaan. Lalu kantoi oleh SB dan kanak-kanak tersebut telah ditangkap dan diseksa. Kuku mereka dicabut dan kulit disiat hidup-hidup.. Ya Allah.. Kanak-kanak tu! KEJAM!!! Malah yang kanak-kanak perempuan telah dirogol dan ada yang dibunuh!

Segolongan ibu bapa kepada kanak-kanak kecil ini datang kepada pihak tenteram utnuk tuntut kembali anak-anak mereka. Nak tahu apa dijawabnya?

Mereka suruh ibu bapa ini lupakan anak-anak mereka, dan pergi buat anak baru. Kalau mereka tak mampu nak buat anak baru, bagi wanita-wanita kepada mereka dan mereka akan buatkan.

KURANG AJAR!!

Bermula saat itu lah rakyat mula bangkit! Dan nak tahu apa tentera buat? Mereka bom masjid-masjid, rumah orang awam, bangunan-bangunan awam. Malah rakyat-rakyat dibunuh dengan kejam! Majoriti disembelih! Tak kira umur berapa. Kanak-kanak, orang-orang tua, semuanya disembelih, dibunuh dengan kejam!

Untuk pengetahuan kita, pemerintahan sekarang ialah dibawah Basyar Al Asad, warisi daripada ayahnya, Hafis Al Asad. Basyir ini sangat kejam. Dan ketenteraan mereka dibantu oleh negara-negara berdekatan. Oleh sebab Syria sekarang, atasan mereka hampir semuanya Syiah, maka negara-negara Syiah lah yang membantu mereka. Tentera tambahan daripada China, Iraq, Iran. Jumlah nya mencecah 15,000 tentera! Semuanya atas dasar Syiah!

Syiah ini asalnya daripada tahun 30 Hijrah dahulu. Dendam mereka bukannya kecil, tetapi hampir ribuan tahun lamanya. Dendam kesumat! Tetapi anda perlu tahu juga, syiah ini ada dua jenis. Syiah Kafirah dan Syiah Fasiqah. Namun Syiah Fasiqah (yang baik) tersangatlah sikit di dunia ini. Kafirah jua yang memenuhi pelusuk dunia.

Syeikh Sameer Saqaq menegaskan, pemuda-pemuda perlu hebat! Mereka perlu kuat! Perlu tahu, bahawa hadis sahih mengatakan, yang Nabi Isa A.S akan turun di menara putih di Timur Damsyik, untuk melawan Dajjal dan Ya'jud Ma'jud. Banyak-banyak kan lah berdoa untuk rakyat Syria..

______________________________________________________________________

Dan alhamdulillah.. Akhirnya habis juga slot kedua daripada mereka.. Sebelum bermulanya slot ketiga, sesi soal jawab akan dibuka kepada hadirin, bebas nak tanya apa. Soalan boleh ditanya dalam Melayu (akan diterjemah oleh Ustaz Nazmi), atau Arab terus pun boleh. Syeikh terus faham. Nak cakap perancis pun boleh. Syeikh faham (terbaik!!)

Soalan pertama :
Di saat bermulanya pemerintahan Hafis Al Asad, macam mana beliau boleh melonjak naik, dan bagaimana beliau boleh tanamkan akidah pesong tu kepada orang untuk menyokongnya? Tak pelik ke?

Jawapan daripada Syeikh :
Hafis ini asalnya tentera. Slow-slow beliau mula naik, dan akhirnya belia berjaya menjadi Menteri Pertahanan Syria. Beliau berfahaman Syiah. Maka kesempatan itu digunakan sepenuhnya. Oleh sebab Menteri Pertahanan ini berkuasa untuk mengubah apa sahaja dan boleh memecat sesiapa sahaja yang beliau mahu. Maka! Beliau mula menjalankan operasinya. beliau memecat semua ahli sunatul waljamaah dalam kalangan tentera. Mereka yang menentang akan diseksa teruk.

Maka, bagi mengumpulkan orang-orang bawahan yang solid dan kuat untuk support Hafis ini, dia pun mencari geng-geng syiah, dan bagi yang nak join, perlu melafazkan sumpah setia pada nya. Sumpah langsung tak boleh melawan beliau walau apa pun beliau buat. Maka geng-geng ini lah yang menjadi anak buah nya. Dan pada zaman pemerintahan beliau, boleh kata 95% ialah Special Branch. Perisik dibawah penguasaan beliau!

________________________________________________________________________

Soalan kedua :
Tadi ada ditunjukkan gambar family Hafis. Dan nak tahu, apa cerita antara family mereka. Apa kisahnya? Basyar yang bukan sulung sekarang pewaris ayahnya. Abang-abangnya bagaimana? Kakaknya?

Jawapan daripada Syeikh :
Abang yang pertamanya, dah meninggal. Accident. Ketika kematiannya, rakyat dikerah untuk keluar berkabung, termasuklah alim ulama'. Anak yang kedua pula, hanya penganggur je. Mengharap duit daripada ayahnya, dan enjoy je hidup. Perempuan, arak dan dadah. Dan dah mati dah pun. So anak ketiga, Basyar ialah pemerintah sekarang. Beliau lah pewaris 'iman' ayahnya sekarang. Adiknya pula, Maher, sekarang ialah komando besar tentera Syria. Dan Hafis tak ada anak perempuan, semuanya lelaki.

_______________________________________________________________________

Soalan ketiga :
Di Syria majoritinya ialah Sunnatul Wal Jamaah. Syiah hanya minoriti. Tapi kena Syiah lagi kuat? Syiah tak dilawan ke?

Jawapan daripada Syeikh :
Seperti yang dikatakan tadi, pihak Syiah memang sikit, tapi mereka berada di atas pemerintahan negara. Pihak sunnatul wal jamaah pula tiada di atas pemerintahan. Maka dengan kuasa itu lah Syiah control Syria. Semuanya bermula daripada Hafis Al Asad dahulu.

________________________________________________________________________

Soalan keempat :
Macam mana pihak atas Syria boleh tetapkan akidah rakyat untuk terpesong sebegitu rupa? Macam mana mereka kekalkan semua itu?

Jawapan daripada Syeikh :
Di sana, peraturan negara, ulama' dihadkan kuasa mereka. Mereka boleh mengajar akidah, tetapi tak boleh sentuh mengenai isu Syiah. Berjaga-jaga la kalau sentuh juga, SB merata-rata. Sesiapa kantoi, memang lesap daripada bumi ini. Surah Al Fatihah ayat 6-7 juga tak boleh diajar.

Pernah ada masa ini, pengalaman Ustaz Nazmi sendiri, ketika masuk topik hukum hudud, mereka tak boleh belajar. Kena itu menyentuh undang-undang negara. Nak tau apa mereka buat? Ulama' mereka bawa mereka keluar daripada kelas, masuk dalam stor, tutup pintu tingkap kunci semua, baru lah beliau boleh ajar. BAHAYA wei!

Di Iran dulu Sunnatul Wal Jamaah juga. Syiah bunuh dan kuasai negara itu sampai sekarang. Dan info tambahan, boleh google Al Ahwaz.

_______________________________________________________________________

Soalan kelima :
Dengar cerita ada tentera yang berpaling tadah daripada Basyar, sekarang. Apa cerita tu?

Jawapan daripada Syeikh :
Betul. Memang ada tentera yang mula berpaling tadah daripada Basyar, dan mereka mula menyokong rakyat. Sebenarnya, kes asal bermula pada 1982 apa bila mereka dipaksa untuk serang sebuah tempat (maaf saya tak sempat salin tempat tu di mana), tentera-tentera dipaksa untuk serang dan bunuh rakyat sndiri. Ada golongan yang tak setuju dengan arahan ini. Dan mereka yang ingkar semuanya ditangkap dan diseksa kejam.

Pihak atasan Syria bagi arahan sebagainya, lama kelamaan ada tentera di bawah ini mula bosan, fed up, lalu mereka pun lari meninggalkan markas mereka dan turut bersama rakyat untuk memperjuangkan rakyat.

________________________________________________________________________

Soalan keenam :
Mengenai mufti Syria sekarang, macam mana akidahnya? Adakah sunnatul wal jamaah atau Syiah?

Jawapan daripada Syeikh :
Mufti Syria sekarang bukan ulamak. Tapi ulam nasi lemak! (ini tambah daripada Ustaz Nazmi :) Mufti ini sekepala dengan syiah, duduk pula dengan parti sosialis. Dua kali lima dengan Basyar. Naik jawatan, sampai jadi mufti, tu sebab dia sokong pemerintah la tu. Siap boleh pula dia kata negara Israel itu negara diberkati

________________________________________________________________________

Soalan ketujuh :
Pihak sunnatul wal jamaah tak buat apa-apa ke ketika Amerika masuk Syria?

Jawapan daripada Syeikh :
Ahli sunnatul waljamaah banyak yang pergi berjihad di Iraq. Bantu orang Islam di sana. Maka, tu la reason kenapa Amerika mudah je dapat masuk Syria. Lebih kurang macam tuan rumah tiada dalam rumah.

Syeikh cerita lagi, yang dia kat sana pun sebenarnya kerdil je. Tak kuat mana pun pengaruhnya. Dan apa yang dia nampak, ulama' di Syria sangat sayangkan student mereka. Sangat-sangat. Banyak bantu semua. Malah rakyat Syria sendiri memang baik. Mereka lembut hati. Ketika perang di Iraq, hampir 2 juta pelarian Iraq datang Syria, rakyat Syria sambut dengan tangan terbuka. Mereka tolong pelarian-pelarian ini. Senang cerita, rakyat yang baik, tetapi kerajaan bengong.

________________________________________________________________________

Soalan kelapan, terakhir :
Kenapa kata yang Syiah ini tak Islam? Mereka pun mengucap juga.

Jawapan daripada Syiekh :
Yes. Benar. Tetapi mereka seperti duri dalam daging. Mereka mengucap, tetapi perbuatan mereka seperti orang kafir. Mereka menghina, mencaci sahabat-sahabat Rasulullah dan Saidatina Aisyah itu sendiri.

Rasulullah kata, barangsiapa yang kutuk sahabatnya, maka dia seperti mengutuk aku. Dan barangsiapa yang mengutuk aku, seperti dia mengutuk Allah.

Pendek kata, pihak Syiah Kafirah ini, mengucap tetapi perbuatan kafir

_________________________________________________________________________

Dan akhirnya masuk ke slot ketiga, iaitu lebih kepada pendedahan video dan gambar di Syria. Slot lebih bersifat media (penggunaan projektor) dan pendedahan aktivit harian di Syria.

Antara gambar dan video yang ditunjukkan dalam laptop Abdul Rahman ialah :

- Makam Bilal
- Makam Umar Abdul Aziz (cicit Umar Al-Khattab)
- Makam Ummu Salamah
- Makam Salaudin Al Ayubi
- Makam Khalid Al Walid.
- Batu yang digunakan oleh Qabil untuk membunuh Habil
- Foto Baitul Mal di Syria
- Menara putih di TImur Damsyik (yang dipercayai akan turunnnya Nabi Isa. Ada satu lagi menara putih yang lain di sana)
- Video kebangkitan rakyat Syria
- Pembunuh upahan di Syria (buta huruf, badan tough, dibayar untuk membunuh)
- Patung Hafis Al Asad yang ditumbangkan rakyat
- Seorang imam yang diseksa kerana melawan Basyar
- Orang kampung dibelasah askar
- Dua beranak (mak dan anak) ditembak sniper tanpa sebab
- Rakyat yang dibelasah askar dan disumbat dalam but kereta askar
- 30 askar membelasah seorang rakyat
- Rakyat yang dipaksa untuk sujud pada gambar Basyar, selepas diseksa teruk. Dipaksa mengaku Basyar itu Tuhan
- Seorang rakyat dibelasah dalam bas
- Seorang budak kecil yang melintas jalan yang hampir ditembak sniper (hampir kena, sempat diselamatkan seorang dewasa yang berlari ke arahnya)
- Seorang guard menikam seorang jemaah selepas solat jumaat
- Rakyat yang dipaksa sujud gambar Basyar, selepas diseksa, namun meludah pada gambar itu
- Kalimah yang diconteng "Sudah sampai masanya Asad menggantikan tempat Allah sebagai tuhan"
- Segelintir rakyat yang menyokong Basyar, sujud pada gambar beliau beramai-ramai
- Tentera Basyar yang mengebom masjid di sana
- Ulama' yang ditikam ketika di hospital
- Contengan di masjid tertulis "Asad Tuhan Syria, jangan sembah selain daripada dia"
- Dalam masjid yang dihancurkan oleh askar-askar Basyar
- Perumahan rakyat yang ditembak oleh kereta kebal
- Beberapa tentera yang memecah masuk rumah rakyat, mengambil perempuan-perempuan dan buat apa saja mereka nak pada perempuan-perempuan itu
- Kawasan bandar bekas letupan bom tentera
- Kanak-kanak yang mati disembelih askar
- Bayi lelaki yang menangis dijahit kaki kerana serpihan bom, tanpa bius
- Seorang lelaki menangis rumahnya dibom, sambil memeluk kepala anaknya (badan hancur kena bom)
- Kanak-kanak yang mati ditembak sniper
- Kanak-kanak hancur separuh muka dibom, masih hidup dalam video itu (sekarang dah meninggal)
- Lelaki yang disembelih askar, sedang nyawa-nyawa ikan
- Sekumpulan kanak-kanak yang disembelih ramai-ramai
- Mayat seorang kanak-kanak yang diseksa askar, ditikam dibakar
- Lelaki ditembak sniper, di leher
- Mayat sekumpulan kanak-kanak yang hancur muka mereka
- Sniper Iran yang telah ditangkap
- Khemah pelarian Syria di sempadan Turki
- Rakyat yang menadah salji untuk mendapatkan air (kerajaan memutuskan bekalan air ke bandar mereka)
- Ceramah daripada golongan Syiah yang mengutuk, menghina dan mencaci Saidatina Aisyah. Mengatakan yang Aisyah ini zalim, musyrik, ateis dan sedang berada di neraka Jahanam.
- Golongan Syiah yang sedang bersuka ria menyambut 1400 ulang tahun kematian Saidina Umar Al-Khattab. Mengatakan yang sekarang Umar berada di dalam neraka Jahanam.

Dan video terakhir,
Rakaman ikrar rakyat Syria untuk terus melawan demi Allah dan demi Islam. Berdoa beramai-ramai, ribuan rakyat berkumpul bersama..

T___T

Sebarkan kisah kezaliman pihak Syiah di Syria ini..
Sangat kasihan pada rakyat di Syria T.T



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=327563737298324&set=a.327563243965040.81809.141377075916992&type=3&theater

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...