15.4.12

video - Tragedi Bolasepak Bila Pemain Kelab Itali Piermario Morosini Mati Di Padang Bola






ROM - Pemain tengah kelab Livorno, Itali, Piermario Morosini meninggal dunia di hospital selepas rebah di padang, dipercayai akibat serangan jantung, ketika perlawanan Serie B di Pescara, hari ini - insiden kedua melibatkan pemain bola sepak.
Bekas pemain Itali bawah 21 tahun ini, rebah ketika perlawanan Serie B masuk minit yang ke-31.
Lega Serie B dalam satu kenyataan media, yang disiarkan menerusi laman web berkata, "tragedi di padang. Selepas serangan jantung ketika pertemuan Pescara dan Livorno, Piermario Morosini meninggal dunia."
Morosini, 25, dibawa ke hospital Santo Spirito dan diisytihar meninggal dunia.
Ekoran kejadian ini, yang mengejutkan banyak pihak di Itali termasuk ada peminat dan rakannya menitiskan air mata, perlawanan ditangguhkan.
Bulan lalu, pemain Bolton, Fabrice Muamba, 24, dilaporkan bahawa secara teknikal telah meninggal dunia selama 78 minit ketika perlawanan Piala FA Inggeris, juga akibat serangan jantung.
Morosini dipinjamkan kepada Livorno oleh Udinese, kelab Serie A.
Pemain itu dilaporkan masih sedar ketika dibawa keluar dari padang tetapi koma apabila tiba di hospital.
"Dia memerhatikan saya ketika dibawa masuk ke dalam ambulans," kata Pengurus Besar Pescara, Danilo Iannascoli kepada Sky Italia.
"Kita hidup dalam drama," kata beliau.
Media Itali mendakwa sebuah kereta milik polis trafik telah menghalang laluan ambulans ke kawasan stadium dan tingkap terpaksa dipecahkan bagi mengalihkan kenderaan tersebut.
"Saya tidak tahu sama ada ambulans lewat tiba atau tidak, tetapi saya tahu laluan ke padang telah dihalang oleh sebuah kenderaan," kata Iannascoli.
"Morosini pengsan. Dia cuba untuk bangun, tetapi rebah sekali lagi," katanya lagi. SH


1 comment:

Sis AI said...

Janji Allah SWT sntiasa tepat.. Main bola ke, mandi ke, menyanyi ke, ajal tetap ajal..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...