sumber gambar fb
Apa nak jadilah dengan politik Malaysia nih terutama individu atas tu.... dah la MELAYU....ISLAM pulak tu. Cer tengok gambar kat atas tu..... aku rasa pemikiran pemimpin melayu makin mundur la....makin primitif.... makin bodoh! (maaf). Umur dah tua tapi perangai masyaallah....ni ke yang korang nak lantik jadi pemimpin? Tapi sebelum tu tau tak apa makna TIBAI?
TIBAI=Tolak Individu Bernama Anuar Ibrahim.
Apa la agaknya ada dalam otak dorang ni.....hari-hari duk fikir nak jatuhkan Anuar Ibrahim.....hari-hari fikir macam mana nak malukan Anuar Ibrahim.....siang malam fikir skandal seks Anuar Ibrahim..... cari jalan macam mana nak sumbat Anuar Ibrahim dalam penjara.....hari-hari duk ulang citer Anuar Ibrahim geng yahudi.... apa lagi....oooo...mungkin pasni Anuar Ibrahim Komunis....Anuar Ibrahim Pengganas, Sesat, Syiah dan macam-macamlah asalkan rakyat takut dan menyampah dan keluar beramai-ramai TIBAI Anuar Ibrahim.
Abis rakyat ni dorang fikir tak? Korang ni naik jadi pemimpin sebab di pilih oleh rakyat jadi fikirlah macam mana nak majukan rakyat....nak tolong rakyat....bukan ajar rakyat budaya samseng....ingat ni negara Komunis ke? Memalukan!
link KUALA LUMPUR - Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai, dilancarkan secara rasmi hari ini dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Dalam ucapan pendahuluannya, Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar, Ketua Umum PKR, dengan tertubuhnya Tibai, yang membawa maksud gasak, hentam atau bantai.
"Saya tidak gentar dengan ugutan dan hentaman oleh penyokong Anwar walaupun menerima kecaman dan hentaman di Facebook dan Twitter," katanya.
Muhammad Zahid berkata, matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.
Sehubungan itu, beliau turut menyatakan kesediaan untuk bertanding melawan Anwar di kerusi Permatang Pauh pada PRU13.
Anwar memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya kecil Ogos 2008.
"Jika Perdana Menteri memberikan peluang untuk saya bertanding di sana, saya sedia untuk berdepan dengan Anwar," katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.
Muhammad Zahid juga memberi jaminan Tibai akan turun pada PRU13 untuk memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Majlis pelancaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, dihadiri kira-kira 3,000 penyokong dan 28 Ahli Majlis Syura Tibai.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor tidak dapat turut serta.
Pada majlis tersebut, beberapa bekas pemimpin PKR diberikan peluang untuk berucap sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Kata Muhammad Zahid, walaupun Tibai menyokong Umno, mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.
"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar," katanya.
Pada sidang media mengumumkan penubuhan kelab itu pada 18 April lalu, Tibai yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu daripada arus politik perdana.
Tibai akan memfokus empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Antara lain, Tibai juga disertai Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman.
No comments:
Post a Comment