Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Gambar Hot Kenalah Simpan Dalam Blog.....wohaaaaa!!!!

sorry.....telebey besar pulak gambar ni....malas nak edit.
nak tau kenapa gambar ni kena simpan baik-baik?
korang jangan ingatlak dia ni bekas ex boipren aku....
aku baling lak ngan botol kicap nanti.....
dia niiiiii sebenarnya.....
jeng...jeng...jeng.....
korang baca kat sinilah ye.....
http://www.perisik-rakyat.com

dan baca?
paham ke idak alkisahnya?
kalo tak paham tu maknanya ko mesti orang umeno..hekhekhek
jangan mareeeeee.........

p/s: sila abaikan page ni kalau anda rasa post kali ini tak ntahhapehapentah

MEMILIH PASANGAN MENGIKUT RASULULLAH

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1.KENAL
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan per angainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

"Apakah kamu kenal lelaki …

10 keajaiban alam yang jarang diketahui manusia

Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babilon, Terowong Channel dan Colosseum di Roma serta sebahagian yang terdapat dalam buku keajaiban dunia kuno moden.

Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.

Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.


1. Pamukkale (Turki)


Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.
2. Fly Geyser (Nevada)

Tarian Poco-Poco Sah HARAM!

Wahh..berita panas lagi dan biasanya akan ramai tak suka dan terkejut..yerlah benda yang dah jadi kebiasaan pada kita, mestilah terkejut dan marah apabila benda tu diwartakan sebagai benda haram..Hmmm..tapi hukum tetap hukum..haram tetap haram..tak ada toleransi pada hukum agama ni..wahh takut rasanya..yerlah benda macam ni memang perlu kita kongsi supaya ramai tahu..tulah kewajipan kita semua. Sebenarnya dulu pun dah heboh diperkatakan....rasanya dari  2009 lagi tapi kenapa baru kini disahkan poco-poco itu HARAM..takpelah, better late than never kan..so dah tau haram tu, tolonglah jauhi..nauzubillah dari kita lakukan sesuatu yang HARAM! Iya, diingatkan yang poco-poco, poco-poco dance, tarian poco-poco tu haram untuk umat Islam. Yang non-muslim tu lantak diorang lah nak menari pun. p/s: camne la nak bagi tau kat jiran2 aku yang sedang giat berpoco-poco ni ek....kang tak pasai2 depa kata aku ni macam2 maklumlah depa tu ahli surau...sedangkan aku ni tak pernah lagi pi surau....aku selalu t…

10 000 Solat Hajat Tolak Fitnah

Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira




Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Selain Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim K…

Bila Isteri “Mengamuk”

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah. Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang? Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu