18.3.11

Luqman Dah Buang Botol Susu......

Semenjak tersiar berita di tv dan akhbar2 tentang bahaya penggunaan botol susu.....luqman akhirnya akur untuk minum susu menggunakan gelas. Alhamdulillah....sayang luqman!!! Mujur luqman dah pandai membaca...jadi saya suruh dia baca sendiri petikan akhbar......


Petikan Harian Metro 16/3/11

PUTRAJAYA: Mendapati bahaya Bisphenol A (BPA) boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu mengandungi bahan terbabit berkuat kuasa 1 Mac 2012. 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan pengharaman itu dibuat kerana tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat mengandungi BPA selamat untuk digunakan.

Polikarbonat adalah bahan plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi manakala BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.



Kalau sebelum ini luqman akan kelangkabut menyorokkan botol susunya atau pun memberi komen "ishhhh....umairah ni bukan nak antar  botol susu kat dapur....." bila ter'kantoi' jika kawannya haikal datang kini luqman tak perlu risau dan malu lagi..... ehehehe 

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...