Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

komplen je tau...cer buat nak tengok!!!

alkisah ada seorang arkitek yang hebat hebat kerana dia ada master dan phd lalu dia melukis pelan sebuah bangunan dengan penuh gayanya seorang hamba allah melihat kerjanya lalu komplen tuan kenapa tiada tempat solat di dalamnya lalu si arkitek mengubah reka pelannya tuan ruang solat terlalu kecil berbanding dengan saiz bangunan ini yg terlalu besar lalu si arkitek mengubah saiz pelannya tuan tak sesuailah surau di letak di bahagian sini,..... si arkitek lalu berpaling ko ni tau komplen jeeee...... kaulah buat pulak hehehe terkebil2 mata hamba allah tu manalah dia tau nak lukis pelan bangunan komplen dia tau lah kalaulah semua orang bijak pandai berfikiran macam ni susah jugak tak boleh di komplen walhal apa yang di komplen tu betul macam sekarang ni lah orang yang sokong kerajaan marah pada orang yang suka komplen kerajaan kalaulah kerajaan sekarang kata ko ni kan tuan pembangkang tau komplen jeeeee cuba ko try pulak jadi pemerintah weeee.......alangkah bahagianya hidup hahaha
apa la aku merepek merapu pagi2 ni…

Wow!!!!!! Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan s…

Ini dia - Si Tukang Pancung Paling Mahsyur di Mekah

Makkah: Encik Abdallah bin Said Al-Bishi mewarisi kerjaya ayahnya - tukang pancung bagi mereka yang dihukum mati di Arab Saudi.

Gambar:TIADA RASA BELAS: Encik Abdallah, dengan pedang bernama 'Sultan' yang digunakan bagi memenggal kepala pesalah, berkata tukang pancung tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancungnya. -- Foto tempointeraktif.com

Beliau antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.

Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006.

Tukang pancung seperti Encik Abdallah yang bertugas mencabut nyawa pesalah, termasuk warga Indonesia, Ruyati Satubi, yang dipancung baru-baru ini.

Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia.

Ruyati, 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.

Encik Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia.

Beliau berusia 32 tahun waktu i…

Sasterawan Negara Pun Kena Siasat Polis

Unggun Bersih →
Teks Ucapan Penuh Pada Malam Pelancaran Bersih—19 Jun, 2011.

“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?

Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam.

Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini,kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelor…

terjumpa kisah sedih......lalu aku kongsikan

"Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia Dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

''Tapi Pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi TU. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.
“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
“Apa bendanya terlolong-lolong in bang?” tanya Mak Pah.
“Ada berita baik in Pah, nampaknya hajat Kita nak ke Mekah tahun in akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi Kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah TU dah melambai-lambai,”
Cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-Seri.
“Betul ke in bang? Ba…

pagi2 dah buat lawak!

pagi-pagi buka blog  aku terperasan satu tajuk pasal baju yang akan di pakai oleh pemuda umno bagi menentang bersih. dengan semangat aku buka ye la nak gak tengok designnya sekali aku buka hah itu dia... hahahahha gelak guling2 cissss sampai hati betullah.... kihkihkihkih
ada lagi nak tengok tak buka link ni yeee anak sungai derhaka

Rahsia tempat berlangsungnya World Islamic Economic Forum (WIEF) - Astana

Astana adalah bandar pertama yang dibina pada abad ke-21 dan ia menunjukkan kepada kita, siapa  yang mengetuai dunia sekarang ini. Bandar ini diilhamkan dan diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernama Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan. Projek yang disokong oleh berbilion dollar, bandar ini dibina asalnya dari kawasan yang terpencil. Hasilnya adalah menakjubkan. Bandar bersenibina futuristik, mendukung 'New World Order' bertuhankan Matahari. Inilah agama purba yang semakin berani menonjolkan diri dewasa ini. Bandar ini masih dalam pembinaan yang berskala besar, tetapi bangunan yang telah berdiri memberikan gambaran tentang misi Nazarbayev itu.



 Astana, Kazakhstan The Pyramid of Peace Diilhamkan oleh arkitek terkemuka Britain, Lord Norman Foster, piramid gergasi ini adalah bangunan ganjil yang hadir di tengah-tengah bandar ini. Bangunan ini adalah simbolik untuk "penolakan untuk keganasan" dan "untuk menyatukan agama-agama di dunia". Norman Foster b…

Berita baik - Hantar karangan dapat kahwin percuma

KUALA TERENGGANU -Siapkan karangan bertajuk 'Kenapa saya layak dipilih...' tidak kurang daripada 300 patah perkataan dan majlis perkahwinan anda dan pasangan mungkin ditaja sepenuhnya.
Itu antara syarat yang ditetapkan pihak penganjur kepada semua bakal pengantin yang ingin menyertai program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia, 1Pasangan anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
Ketuanya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, berdasarkan karangan itu kelak, pihaknya akan memilih 10 pasangan bertuah dan program itu terbuka kepada mana-mana pasangan yang belum pernah berkahwin serta mempunyai pendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
"Sebanyak 10 karangan terbaik akan dipilih mewakili 10 pasangan yang terdiri daripada lapan pasangan Melayu dan masing-masing satu pasangan berbangsa Cina dan India dalam program ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Wan Ahmad Farid lagi, salah seorang daripada pasangan itu nanti perlu berusia tidak kurang daripada 21 tah…

Ayah rayu supaya kembar anaknya dimatikan

Patna, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi


'Let my little girls die,' pleads father of 15-year-old conjoined twins suffering from blinding headaches

An Indian father whose 15-year-old conjoined twin daughters are living in increasing agony has pleaded for hel…

ajaib sangat ke benda nih

alahai geramnya tak boleh nak copy paste..... tuan empunya blog ni dah pasang alarm so kalau nak tengok apa benda yang ajaib tu kena la pi skodeng kat sini http://suridapur.blogspot.com/

saje nak simpan...weeeee~~~

"Saya terbaca entri tulisan Leonid Komarovskiy tentang latarbelakang Daniyar Nazarbayev, tunangan Nooryana Najwa, anak perempuan Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disini.





10 Gurun Pasir Terindah Dunia

Gurun pasir yang terindah di dunia. Bukan hanya indah, tapi juga menakjubkan 10. Taklamakan (Asia Tengah)


Gurun pasir yang dilapisi salji
9. Lencois Maranheses (Brazil)


Gurun pasir dengan laguna yang indah
8. Salar De Uyuni (Bolivia)


Gurun garam kerana gurun ini dipenuhi dengan garam dari proses kristalisasi

7. Farafra (Mesir)
Gurun “Putih”
6. Atacama (Chile)
Gurun yang paling asli, penuh dengan bunga-bunga indah, sukar nak percaya
5. Namib (Namibia)
Satu-satunya gurun pasir yang ada gajah
4. Simpson Desert (Australia)
Gurun Pasir Merah
3. The Black Desert (Mesir)

Gurun Pasir “Hitam”
2. Antarctica
Gurun terlembab dan juga terkering
1. Gurun Sahara (Afrika Utara)




Gurun pasir terbesar di dunia

ruangberita/tulahan