Bismillahirahmannirrahim......
baru-baru ini aku berhadapan dengan satu situasi yang amat memilukan
pilu kerana aku juga seorang ibu
bagaimana agaknya nasibku nanti bila aku dah tua
bila aku sudah tidak upaya untuk memasak makanan kegemaran anak2
bila aku sudah lemah kudrat untuk bergerak
bila aku perlu dibantu untuk berjalan
dan jika sampai dah tak mampu lagi untuk ke tandas
siapa yang nak membersihkan berak kencing
aku teringat emak
dulu masa aku kanak-kanak emak cakap kalau makan apa tu berilah nenek rasa sama
masa itu aku hairan
kenapa jajan seperti keropok pun perlu dikongsi dengan nenek
emak kata
nenek dah tua
orang tua ni dia macam budak kecil juga
apa yang kanak2 suka orang tua pun suka
ooooo
patutlah nenek suka je makan apa yang aku makan
tapi aku tak kisah
aku senang berkongsi makanan dengan nenek
mak kata orang tua ni sensitif
perlu jaga hati nenek
okehhhh
itu kenangan aku bersama nenek
kemudian dengan emak pula
aduh.....emak ku tidak sama dengan nenek sifatnya
nenek agak lembut dan pendiam
tapi emak
mulut emak agak bising hehehehe
sabar je lah.....
tapi emak sangaaaat sayang anak-anak
sayangnya emak sampai emak melarang kami mandi laut, berkelah di sungai atau berjalan jauh
emak sangat takut kami ditimpa kemalangan
mak akan bising setiap kali melihat berita anak yang lemas ketika mandi laut
mak kata
kenapa orang ni bodoh sangat suka berseronok kat laut
aduhhh....sabar je lah
kami jawab dah ajal dia mak..
kat mana-mana pun boleh mati
mak kata kalau boleh biar dia yang mati dulu
dia tak sanggup kalau anak yang mati dulu
itu doa emak
bila emak terlantar sakit
aku cuba sedaya upaya menjaga emak sekadar apa yang aku mampu
mujur ada abah yang sangat sabar melayan emak
ada adik beradik yang turut sama membantu
ahhhh
kenangan itu tak perlu dikongsi disini
ia ada dalam hati
alfatihah untuk emak dan nenek
nak cerita
kisah ibu tua
yang dimarahi oleh si anak kerana banyak makan
kerana kini si ibu sudah tidak kuat untuk berjalan
terpaksa bertongkat
kaki tidak dapat menampung badan yang berat
sedihkan
tapi yang paling tidak patut
bila si ibu ditinggalkan
di rumah emak saudara
disuruh pulang ke kampung dengan orang lain
sedangkan si anak pergi berjalan bercuti
mungkin malas nak memimpin si ibu
itu tak jadi masalah
tapi perbuatan itu meyakitkan hati tau tak
tak boleh ke beradab sikit
tanya dulu
boleh ke tak boleh
jangan pentingkan diri sendiri je
ini tak blah macam tu je
anak apa la tu
tak pasal2 dah meluluhkan hati seorang ibu
sedar diri sikit
kau aku dan sesiapa
akan tua juga suatu hari nanti
masa itu kau akan tahu
bagaimana rasanya
dicampak ke tepi bagai kain buruk oleh anak2
hurmmm
betulkan
seorang ibu boleh menjaga sepuloh anak dengan penuh kasih sayang
menyuap makan
memberi perlindungan
pakaian yang cantik2
berjaga malam jika anak sakit
tak kisah pun cuci kencing dan berak anak
tapi
anak-anak
belum tentu lagi
boleh menjaga seorang ibu yang dah tua
ya allah
bagaimana aku nanti?
No comments:
Post a Comment