3.6.11

Buang bayi lagi!!!!






Bayi dalam sampahSekali lagi......hebat rakyat Malaysia nih...boleh pecah rekod dunia sebagai negara paling ramai buang bayi (mungkinkah?). Ni tahun lepas punya kerja la nih.....tapi kita pun tak tau samada ni kerja sukasamasuka atau terpaksa atau kena paksa (mangsa rogol). Kenapa perlu buang bayi itu ye adik2 (agak je ni kerja adik2...takkan orang dah berumur)......letaklah elok2 kat tempat yang selamat.......ni kira ok lah letak depan rumah orang dan letak dalam ruang membuang sampah...tak lah bayi tu mati di gigit haiwan seperti anjing jika diletak di tepi jalan atau dalam tong sampah. Nampak sikit cerdik dari yg semalam yg main campak je dr tingkat 5 tu.....atau yg buang kat sungai tu...tak peeee....kita tunggu lagiiii.....projek tahun baru, projek valentine tak keluar lagi.....kita tunggu yeee....





GOMBAK: Hanya sehari selepas seorang bayi lelaki baru dilahirkan maut akibat dicampak dari tingkat lima pangsapuri, seorang lagi bayi menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang di sini, semalam.
Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan ketika mahu membuang sampah pada kira-kira jam 9.30 pagi.
R Punitha, 25, berkata ketika baru keluar rumah untuk membuang sampah, dia sempat melihat dua wanita menunggang motosikal meletakkan sesuatu di ruang membuang sampah di depan rumahnya.

“Saya nampak sendiri dua wanita yang menunggang motosikal meletak sesuatu di depan rumah saya. Saya sangka mereka membuang sampah dan saya kurang senang dengan tindakan mereka kerana tempat itu kawasan persendirian.

“Saya membuka pintu pagar dan menjerit ke arah mereka, namun kedua-dua wanita itu segera memecut laju,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.





No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...