4 CEDERA DIPIJAK BEREBUT MAHU TINJAU DALAM KAABAH

By // 2 comments:
Polis Mekah menafikan khabar angin di media sosial kononnya tiga jemaah terbunuh dalam insiden rempuhan yang berlaku di Masjidil Haram, semalam.
Sebaliknya empat orang disahkan cedera dalam insiden berkenaan.
“Tiga daripada mereka – kesemuanya perempuan – dirawat di tempat kejadian manakala seorang lagi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata jurucakap polis Mekah, Aati Al-Qurashi.

Menurut sumber, lelaki yang dibawa ke hospital itu mengalami kecederaan parah di kepala apabila terjatuh ketika keadaan sedang huru hara.
Kejadian yang dirakamkan CCTV mencetus keadaan bertolak-tolak antara jemaah bermula apabila pintu Kaabah dibuka untuk menjalani upacara mencuci di bahagian dalam.
Jemaah yang teruja melihat pintu Kaabah dibuka kemudiannya berasak-asak mahu melihat bahagian dalam Kaabah hingga keadaan menjadi tidak terkawal buat seketika.
Upacara membersihkan bahagian dalam Kaabah yang dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Shaaban disempurnakan sebelum insiden berlaku oleh Putera Raja Abdullah, Putera Mishaal.
Baginda yang diiringi oleh Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais serta Mohammed Al-Khozaim melakukan upacara ini menggunakan air zamzam yang dicampurkan air ros dan pewangi gaharu. - MYNEWSHUB.MY


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ D

Punca blogku berdebu.....

By // 1 comment:

Bismillah....
Macam dah tak rajin nak update blog kini. Bukan tak ada cerita menarik dan sensasi untuk dikongsi tapi mood tak mari-mari. Tak ada cerita pasal MH370... takde cerita pasal kemangkatan Sultan Perak... takde cerita budak tumbok cikgu.... cerita shaklee...yang hari ni budak mati kena kelar tu pun tak masuk ini blog....mengapalah agaknya ye dengan diri ku ini...ngeee.

Pasal kanak-kanak yang dibunuh kejam tadi sebenarnya ada cerita.... tadi ada tengok kat satu group wassap rakaman cctv  macam mana lelaki tu bawa lari kanak-kanak tu. Berpakaian kemas... takde pun nampak macam orang sakit mental tapi rupanya-rupanya sangat kejam. Ya Allah ... harap2 betullah penjenayah tu dah mati lemas!

Rasanya sebab datangnya rasa malas nak buka blog ni berpunca dari rumah yang tak siap-siap. Penat dah rasanya berulang dari Sg. Besi-----> Sg. Buloh. Dari hujung bulan Disember sampai nak masuk bulan 6.... bayangkan!!! Macam bina banglo 3 tingkat lamanya... walhal rumah kos bajet je. Ni salah kepala kontrak lah ni.... nak minta tambah upah tapi malu nak cakap.... pastu tu tinggal je rumah tak bertile. Ada la kot dekat sebulan. Bila suruh pasang tile nanti...nantiii..... sekali tuan tanah naik angin baru nak cakap. Cakapla awal-awal... benda boleh bawa bincang.




Dia minta tambahan rm 10 ribu untuk pasang tile. Gila arrr...tapi Dia cakap upah sekaki dia ambik rm 1.50. Aku pun tak tau berapa harga upah pasaran. Ada jiran kat sini renovate rumah pekerja tu minta upah sehari RM 100. Jadi aku try google kat internet berapa upah.


Bila di congak-congak tak lah sampai 10 ribu pun. Jadi semalam dah diskas upah pasang sekeping tile tu RM 6. Sebelum tu ada tanya sorang cina dia ambik rm 2.80 sekaki persegi. Erkkk!!! Nnt total kos kira je jumlah tile yg dipasang...senang. Lagipun ukuran rumah ni genap.

Sebenarnya rumah ni tak lantik kontraktor besar sebab nak jimat kos. Pastu barang pun beli sendiri sikit-sikit. Nak jimatttt. Ni baru betul bina rumah sendiri. Sendiri lukis pelan...sendiri ukur sendiri beli... hehehe. Upah yang dia minta RM 35 untuk sebuah rumah. Mula-mula dia kata cukup. Boleh. Semua boleh. Mula-mula dia hantar 4 orang pekerja dia. Memang puji.... sangat rajin. Mula kerja awal pagi ... berheti sekejap makan dan solat zuhur....sambung kerja dan berheti pukul 6 petang. Ahad pun bekerja. Dalam keadaan cuaca terik. Masa ni cuaca panas melampau. Bayangkan berapa bulan hujan tak turun. Bila siap bumbung baru hujan.



Rumah siap pekerja 4 orang ni balik dan buat kerja tempat lain. Datang pula yang lain pasang syiling. Ada dalam 5 ke 6 orang. Dekat seminggu juga baru siap. Rasanya kat sini upah mula sangkut. Dan dia serba salah nak minta tmbah upah lagi  untuk pasang tile. Pasang tile ni orang lain pula.

Cer bagi tau awal-awal...... dah boleh tuan tanah ni berehat bergolek-golek kat rumah sendiri masa cuti sekolah nih.... grrrrr. Memang hilang mood bulan ni. APTB.








✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

TUDUNG CHIFFON NET L

By // No comments:
RM60.00 Exclude Pos



HARD awning
Material:
Body: Lycra + Chiffon + Printed Net
Awning: Corduroy
Size: L

Design for body:
1. Plain Lycra
2. Plain chiffon (top & middle layer)
3. Printed net (bottom layer)

Measurements:
Labuh depan: 19-20"
Labuh belakang: 28-30"
Lebar bawah: 36-38"
Saiz muka: 11-11.5"

Please expect some differences from the measurements given

Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings


 REMINDER: Sila basuh berasingan dari pakain lain
kerana warna awning corduroy mungkin luntur pada apabila dibasuh
























CARA PEMBELIAN:
-PILIH KOD TUDUNG
-BERI NAMA , ALAMAT, NO. TEL
DAN
SMS/WHATSAPP KE 012 3117349



✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿



AKSI MELAMPAU! YUSRI DAN LISA SURIHANI PUN TAYANG GAMBAR ATAS KATIL

By // No comments:

Entah apa-apala kan artis ni.... 
gambar mesra-mesra atas katil pun nak tayang kepada umum

dan yang terkini pasangan artis ni pun sama tak terkecuali
siap muat naik dilaman insta lagi....


‘ Ni baru betul “Gambar Lisa & Yusry” atas katil’.

dengan caption ‘ Ni baru betul “Gambar Lisa & Yusry” atas katil’. 

kekekeke.....
pandai gak eh Yusri ni buat lawak!




✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

20 CARA UNTUK MENGELAK DARI BERSALAM

By // No comments:



✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

MENYENTUH HATI KEMBAR LAHIR BERPEGANGAN TANGAN

By // No comments:



Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.


OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.

Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.  

Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.

Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

CARA PAKAI SHAWL BUTTERFLY

By // No comments:


SERIUS CANTIK!!! SMS/ WASSAP KE 012 3117349 

Shawl Butterfly Raina (with soft awning)

RM54 tidak termasuk pos
Material:
Body: Italian Chiffon Crepe (TIDAK JARANG)
Awning: Cotton

Instant shawl with soft awning

Measurements:
Labuh depan: 17-18"
Labuh mungkin berbeza bergantung pada cara pemakaian

* WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DARI GAMBAR AKIBAT PENCAHAYAAN







✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

WANITA DIPERCAYAI KURANG SIUMAN GEMPARKAN PENDUDUK

By // No comments:


Seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an mengemparkan penduduk pangsapuri Desa Mentari 3, Taman Medan di sini hari ini apabila dilihat cuba untuk terjun dari tingkat 12 pangsapuri berkenaan.

Tindakan wanita tersebut disedari jiran-jiran kira-kira pada pukul 7.20 pagi apabila keluar dari tingkap bahagian dapur rumahnya dan berdiri di atas atap kajang atau sengkuap (awning) jiran di tingkat 11 pangsapuri tersebut.

Menurut Ketua Bomba Jalan Penchala, Penolong Penguasa Zaidi Ahtan, pasukan bomba seramai lapan anggota menerima panggilan kecemasan mengenai situasi itu pada pukul 7.28 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 7.40 pagi.

Penduduk yang melihat pasukan bomba memujuk wanita berkenaan beberapa kali menjerit ketakutan apabila wanita tersebut nekad untuk terjun tetapi berjaya dihalang oleh anggota bomba 


"Kita mengambil masa setengah jam untuk memujuk suri rumah yang mempunyai anak seramai tiga orang itu," kata Zaidi.

Wanita tersebut akhirnya berjaya diselamatkan apabila dua anggota bomba bertindak nekad keluar dari bangunan dan berdiri di atas atap kajang dan bertindak pantas menarik dan menolak masuk wanita tersebut ke dalam rumah.

Menurut jiran-jiran, wanita berkenaan dipercayai mengalami masalah gangguan mental.- UTUSAN ONLINE




✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

VITAMIN C MURAH TAPI BERKESAN

By // 1 comment:
Semua orang tahu kepentingan vitamin C...
Tapi tahukah anda apa kelebihan rosehip yang terkandung dalam vitamin c shaklee?


NAMANYA rosehip, mungkin banyak dari Anda yang belum mengenalnya. Rosehip ini adalah buah dari biji bunga mawar. Buah rosehip menyerupai keluarga buah-buahan berri.

Ada banyak manfaat rosehip ini kepada kita. Terkenal sebagai perawat kecantikan kulit (membantu penghidratan, hilangkan parut dan kegatalan) fungsi rose hip rupanya lebih dari itu. Kini ia juga digunakan dalam perawatan osteoartritis (OA ).

Orang yang berusia 40 an perlu mengambilnya.

Ia mengawal sel-sel darah putih. Rosehip tidak menggalakkan sel-sel darah putih dari terkumpul di satu kawasan bersama. Sel-sel ini secara langsung dan tidak langsung bertanggungjawab untuk OA. Satu kajian dari University of Copenhagen, yang disiarkan dalam Journal of Rheumatology mendapati ia melancarkan pergerakan sendi sebanyak 82 peratus.

 Gejala OA akan berkurangan dalam tempoh sebulan. Rosehip boleh membantu mengurangkan keradangan sendi dan bengkak yang berkaitan dengan artritis. Lebih 80 peratus daripada pesakit melaporkan pengurangan kesakitan selepas tiga minggu.

Bukan sahaja baik untuk sendi anda. Rosehip  juga hebat untuk meningkatkan tenaga  dan motivasi,  , meningkatkan imuniti anda dan kesejahteraan umum. Selain itu, ia adalah salah satu sumber semulajadi yang paling pekat vitamin C. Kajian menunjukkan sifat-sifat vitamin C menyerap dua kali lebih cepat sebagai makanan tambahan sintetik.

Rosehip memberikan anda campuran nutrien. Selain daripada vitamin C, ia menyampaikan vitamin D dan E , asid lemak dan merupakan antioksidan yang sangat kuat . Cara lain untuk meningkatkan ini dalam diet anda? Makan telur , ikan kod hati minyak , lemak ikan (salmon , tuna dan sardin ) , kacang , telur, germa gandum dan bayam.

Melenakan tidur.

sumber http://health.ninemsn.com.au/naturaltherapies/naturalhealth/799090/10-things-about-rosehip


Mengapakah kita perlukan Vitamin C + Rosehip  Shaklee untuk kekal CANTIK dan SIHAT?

Sekarang saya tahu kenapa chew c shaklee sangat laris. Harganya yang murah cuma RM37.50 sangat mampu di miliki. Chew C ini bukan untuk kanak-kanak sahaja malah dewasa juga boleh mengambilnya. Cepat mengeringkan selsema dan membantu mencegah demam. Untuk kulit cantik.....??? oh itu sudah semestinya!!!

Sila sms/wassap saya 012 3117349 untuk mendapatkannya sementara stok masih.

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ Disclaimer Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyaki

ANAK-ANAKKU BERGELIMPANGAN MATI.....

By // No comments:

Gambar ini sungguh menyayat hati lebih-lebih lagi bagi pencinta kucing. Melihat gambar sahaja sebak apatah lagi jika kita melihat dengan mata kita sendiri. Mendengar rintihan ibu kucing yang kehilangan anak..... melihat bagaimana hilang arahnay si ibu kucing pasti meruntun hati kita.
Kita marah kepada orang yang sewenag-wenangnya memberi racun kepada kucing-kucing... apatah lagi membunuh dengan zalim. Ingat tak dulu ada video seorang perempuan membunuh seekor anak kucing dengan memijak menggunakan tumit kasutnya yang runcing hingga tembus tubuh anak kucing dan  hancur kepalanya.  satu dunia mengecam perempuan tersebut.

Tapi cuba lihat gambar-gambar di bawah ini pula...
apakah kita turut menangis...?





MEMPERINGATI SETAHUN TRAGEDI PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI BAYDA & BANIYAS

Telah pun genap setahun terjadinya peristiwa hitam buat kita semua, Tragedi Bayda & Baniyas. Tarikh berlakunya peristiwa ini adalah pada 2 dan 3 Mei 2013. Tentera rejim dan sekutunya membunuh wanita, anak-anak kecil, ibu-ibu tua dan yang beriman. Ramai antaranya disembelih dan ada juga yang dibakar dan ditembak. Dibunuh tanpa sedikitpun belas kasihan. Angka kematian di Bayda dicatat sebanyak 51-100 manakala di Baniyas antara 77-145 kematian.

Kita akan terus bercerita walaupun media massa tidak pernah sesekali berminat menceritakannya

sumber Green Project

Ya Allah bantulah saudara kami  di Syria. Hanya doa yang dapat kami pohon. Binasakan regim Basyar Laknatullah dan sekutunya... Amiin.


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

NAK GEMUK TAK?

By // No comments:
Kuat la sikitttt.....
eeiiii apasal la ko ni kurus sangat???
Ko tak makan ke haaa....???

Macam ni.... tengok aku buat macam mana?

Sodok... tolak pakai kaki!!!

Dua orang sepupu yang lahir pada tahun yang sama... bulan yang sama.... beza 10 hari je. 
Tapi... sorang badan tafff.... sorang kuyus nampak tulang
paling sadis bila yang sorang  tu cakap....
eiiii...aku rasa nak cucuk aje la kat badan kau ni.... kalau aku cucuk boleh tembus ni...
hamboiii... hahahah
bengang aje si kurus tu
Tapi itu lah nak buat macam mana....
makan bukan main lagi tapi tetap juga tak mau jadi daging hik3... cian dia

Tak pe... bulan ni nak paksa dia minum mealshake
nak gemuk tak? nak gemuk tak?
hahaha....

Bagi ibubapa yang risau anak terlalu kurus dan tak ada selera makan boleh la cuba bagi mealshake ni.... lagipun bulan ni ada promo beli 6 FREE 1.
Tapi Mealshake bukan untuk kanak-kanak sahaja ye,,,, orang dewasa pun boleh ambil juga. Nak lagi power ambil sekali dengan multivitamin Vita Lea.



Kebaikan Meal Shake

☆Makanan tambahan segera yang rendah lemak dan rendah glycemik (kandungan glukosa)

☆Tiada pewarna, perasa dan pemanis tiruan. Sedap semulajadi 

☆Sesuai untuk seisi keluarga, bukan kanak-kanak saja. Ibubapa yang ambil ESP boleh kongsi Meal Shake dengan anak-anak kalau nak jimat.

☆Sesuai untuk anak-anak yang kurang selera makan.

☆Sesuai untuk individu yang nak naikkan berat badan (hubungi saya untuk cara pengambilan yang sesuai)

☆Membantu kurangkan dan percepatkan pemulihan masalah kulit pada kanak-kanak seperti ekzema, ruam dan elergi.

☆Kurangkan sembelit kanak-kanak.

☆Sebagai penambah tenaga (energy booster) yang sedap dan mudah disediakan.

☆Rasa kenyang dan bertenaga lebih lama.

WM RM113.75 / EM RM121.25
544 gram
Tahan sehingga 2 bulan

SMS@WHATSAPP 0123117349 untuk pembelian... free pos!











✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ Disclaimer Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyaki

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.