1.5.14

Bekas pemuzik kumpulan rock terlibat kumpulan militan di Syria, lapor Utusan








Puluhan rakyat Malaysia dipercayai terbabit dengan kumpulan militan di Syria termasuk seorang bekas pemuzik satu kumpulan rock terkenal tahun 1990-an, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar itu yang memetik daripada sumber keselamatan berkata, rakyat Malaysia itu dikatakan terpengaruh dengan perjuangan 'jihad' yang membolehkan mereka mati syahid dalam perang saudara di negara Islam tersebut.
Berjuang atas nama 'jihad', mereka dipercayai dilatih secara ala tentera menggunakan senjata api terlebih dahulu sebelum berlepas ke Syria menaiki penerbangan sama ada melalui Turki, Jordan dan Lebanon.
Malah dipercayai terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan itu terbunuh ketika berperang.
Utusan Malaysia melaporkan, sumber berkenaan berkata, siasatan polis mendapati 10 individu dipercayai ahli kumpulan militan yang ditahan polis dalam operasi khas di Kedah dan Selangor pada Ahad dan semalam mempunyai kaitan dengan gerakan penentang rakyat Malaysia di Syria.
Sumber keselamatan itu mendakwa, kumpulan tersebut berjihad ke Syria setelah terpengaruh dengan dakwaan mengatakan Presiden, Bashar Al Assad menindas para ulama.
"Mereka tidak sedar pemberontakan tersebut anjuran pihak Barat menjatuhkan Bashar kerana menyokong Iran dan menentang Israel.
"Siasatan turut mendapati rakyat di negara ini yang terlibat dalam kumpulan tersebut dilatih secara ala tentera menggunakan senjata api sebelum berlepas ke negara berkenaan" katanya dipetik dalam Utusan Malaysia, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan mengambil pendirian tegas menetapkan larangan rakyat Malaysia mencampuri urusan negara lain dan sekiranya hasil siasatan mendapati ada yang terlibat maka tindakan undang-undang akan dikenakan.
"Pihak berkuasa kini sedang memburu saki baki ahli kumpulan terbabit yang merancang untuk berjihad di Syria bagi menyekat kegiatan mereka," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.
Pada 27 April lalu, polis menahan 9 individu dipercayai ahli kumpulan militan dalam beberapa serbuan di Selangor dan Kedah.
Antara ditahan ialah seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan tersebut.
Syria berdepan dengan perang saudara yang bermula sejak awal 2011 menerusi kebangkitan yang dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah.
Kumpulan penentang yang wujud di negara itu, antaranya menyasarkan peletakan jawatan Bashar dan  mendakwa pentadbiran presiden itu adalah regim kuku besi yang menghalang kebebasan politik, bersuara dan berhimpun. – 1 Mei, 2014. themalaysianinsider.

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

1 comment:

Time Traveller said...

Hurmmmm... Bukan Imam Mekah ishtihar mati syahid ker???...
Tak apa la.. tunggu ulama malaysia keluarkan fatwa..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...