Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

70 pelajar diserang histeria - dakwa dengar bisikan menyuruh terjun dari bangunan sekolah,

KUANTAN - [Dikemaskini] Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.

Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah,  13, turut mengalaminya.

Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.

“Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.

“Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati  tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan  yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.

Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabi…

Permohonan Maaf Dari Tuan Kucing Dalam Botol

Assalam..... selamat pagi Jumaat yang mulia dan semoga anda semua ceria .... 
ceria membaca permohonan maaf dari tuan punya kucing yang tak pasal-pasal jadi bahan kutukan semalam di laman media sosial 
tengok apa yang depa buat kat (SINI) ..... 
alhamdulillah kerana beliau sedar akan kesilapannya
harap semuanya berlapang dada okeyyy.....


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Kucing Dalam Botol

Kesian sang kucing..... harap-harap tak lah sampai mati kelemasan sang kucing itu....  ramai yang share kat fb dan mengutuk kaw2 perbuatan tak peri kehaiwanan terhadap haiwan  kesayangan nabi ni glamor korang berdua dah tapi best ke glamor dengan kejian dan sumpah seranah iskkk.... 





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Kalau Hp Hilang Apa Nak Buat?

Assalamualaikum wbt... 
 Sedih betul bila kehilangan henpon ... tambah kalau yang harganya mahal. Pernah sekali tertinggal henpon kat gerai baju di pasar minggu Shah Alam... bila datang balik dah takde... call pun tak de bunyikkk... eeiiiii.... sabauuu je lah.... rezeki orang. Sapa suruh cuaiiii...
Sebenarnya kita masih ada peluang  nak "balas balik" kat pencuri  tu walaupun pencuri tu berada di jarak jauh. Kira macam nak balas dendam la. Siapa tak sayang hp mahal2 kan. Kalau kita buat report polis pun tak guna sebab bukan polis tu dapat cari pun. Kalau ada yang terjumpa dan tertangkap pun cuma dalam kes2 terpencil jer. Polis maybe akan menjalankan rondaan di kawasan tersebut tetapi kebarangkalian untuk kita terjumpa balik hp kita tu tersangatlah tipis.
Oleh yang demikian ikut langkah2 dibawah ni sebagai persediaan: 
Sebelum hp kita kena curi atau hilang, atau mula dari sekarang kita simpan no siri hp ni. No siri hp ni tidak terdapat di kotak atau dimana2 bahagian hp. Kita hanya…

Tambang Percuma... cepat2!

Assalamualaikum.... jemput cuci mata ye ladies.... sesiapa yang berminat boleh pm kat SINI.
Sempena pembukaan bisnes on9 Suri Blogshoppe  dan sebagai menghargai pengunjung blog dengan ini saya dengan suka cita memberitambang percuma (semenanjung shj.... s/s diskaun 50%) kepada setiap pembelian tudung. Amacam.... baik tak saya... tehehehe....  sila nyatakan kod pilihan anda . Tawaran hebat ini hanya ada di blog aiyang disayang, cepat2.....





High quality soft denim SOFT AWNING Size: XLRM 50 (tidak termasuk pos)

Measurements:
Labuh depan: 22-24"
Labuh belakang: 32-33"
Lebar bawah: 37-39"
Saiz muka: 10.5-11"

Please expect minor differences from the standard length given

Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings







Tudung Chiffon Net L
harga RM60 (tidak termasuk pos)

HARD awning
Material:
Body: Lycra + Chiffon + Net
Awning: Corduroy
Size: L

Measurements:

Labuh depan: 17-18"
Labuh belakang: 26-27"
Lebar bawah: 33-34"
Saiz muka: 11-12"

Please expec…

Sedih dengar pengakuan pakcik guard yang kena tendang dengan isteri Mat Yo

Video paling hangat hari ini tentulah video isteri Mat Yo memaki hamun pengawal keselamatan. Ahh.... malas la nak masukkan video tu kat sini.... takut terkena badi mereng perempuan itu.... hikhik.
Sangat memalukan.... tapi tak pe lah... kita dengar pula luahan pakcik guard ... hurmmm



Sedih pula saya mendengar luahan hati pakcik ini, Semoga dimurahkan rezeki pakcik selepas ini.

Menurutnya pengawal keselamatan terbabit telah memberi peluang untuk parkir kereta di tempat berkenaan selama selama 10 minit tetapi selepas 15 minit berlalu, isteri Mat Yo masih tidak berganjak.

Ini membuatkan pertengkaran tercetus antara mereka dan berakhir dengan bahasa kasar malah isteri Mat Yo didakwa telah menendang pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak dapat menahan geram.


Dikhabarkan, isteri Mat Yo mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam untuk menyaman pengawal keselamatan tersebut namun kejadian dikatakan turut dirakam oleh CCTV di tempat kejadian.

Sabarlah pakcik ye.... ramai rakyat Msia yang b…

Pengedar bebas SHAKLEE diperlukan di semua DAERAH di seluruh MALAYSIA sama ada PART TIME/FULL TIME.

Sapa ada masalah sembelit kronik?

semalam aku gi hantar member kit kat kawan aku.... dia ni punyalah gumbira .... walhal aku baru je daftarkan nama dia kat hq... jangankan bonus untung dua posen pun tak merasa lagi.
Dia gumbira sebab sejak makan alfalfa combine dgn lechitin seminggu yang lalu masalah payah membuang dia hilang... dia rasa satu kepuasan bila takde masalah tu lagi.... lagi dia kata tumit kaki dia yang merekah pecah2 dah semakin elok... tumit tak kering lagi... siap tunjuk kaki tu kat aku....(kuang hasam kan...hahah) pastu lagi dia kata dia tak migrain bila kena panas matahari.... dan lagi dia kata black head ke apa ntah kat muka dia tanggal... tu yang dia gumbira sgt2.... macam tak caya kan?
yang dia tak gumbira cuma berat tak turun lagi.... alaaa lek laa baru makan seminggu... kalo seminggu dah kurus lambat la penjual kaya huhuhu.... dia bersemangat sungguh ni nak suruh adik dia makan produk ni ... nak belikan nenek kat kg lah....

okey.... itu namanya nikmat kesihatan... su…

Tegar dulunya penghidu gam tegar rupanya

sedih juga membaca kisah hidup penyanyi cilik dari Indonesia ini.... apa pun dia sungguh bertuah kerana mendapat peluang untuk mengubah dirinya dan kehidupannya kpd yang lebih baik... semoga terus sukses ye dik!

Nama Tegar Septian kini semakin popular menerusi lagu Aku yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Lagu yang berkisar pasal kehidupannya sebagai memuzik jalanan cilik itu mendapat sambutan ramai. Dia kini sudah memiliki kehidupan kaya sebagaimana yang diimpikan. Penyanyi cilik berusia 12 tahun itu seorang yang keciciran dalam pelajaran dan sehingga sekarang belum fasih membaca dan baru belajar menulis. Kehidupann kasarnya di jalanan sejak berusia tujuh tahun membuatkan peribadinya juga agak kasar. Kini dia dalam proses pembelajaran menjalani kehidupan biasa. Dia juga sudah mendapat khidmat guru mengajarnya di rumah.
Tegar juga sudah meninggalkann sedikit demi sedikit amalan buruk yang diperolehi daripada kehidupan jalanan yang keras. Dia pernah menjadi penghidu gam tegar yang menggunakan s…

Mati dipusat asuhan : Bapa lihat kepala anaknya sudah terkulai ....

KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam. Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.  Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.
"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.
"Bimbang deng…

Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran

Pelakon dan model Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Mohd Yusof dengan sekali lafaz, sekitar 9.43 malam tadi. Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki yang merupakan Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor. Majlis pernikahan Fouziah Gous & Zhafran ini yang dihadiri seramai kira kira 200 orang tetamu itu telah dijalankan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor. BACADi Sekitar Majlis Malam Berinai Fouziah Gous & Zhafran Yusof Pihak lekaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menerima hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, …

TERSEREMPAK LINTAH GERGASI PEKERJA BINAAN BERTEMPIARAN LARI

EEEIIII...... INI BETUL2 RARE! GELIIII............  GELIIIIII..... DAN MENYERAMKAN JUGAK... MAKHLUK NI MAKAN APA ? BAHAM MANUSIA MACAM ULAR SAWA KE...

Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam. Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing. entah2 ini ular guni buruk/ular karung guni ...ehhh pasal apa banyak sangat makhluk ni kat Perak ye.... sereemmmm !!!! tengok kat sini kalau tak percaya.
Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi. Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.
“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikut…

Ambil Pengajaran! Sepasang kekasih hancur berkecai selepas mencabar TUHAN

WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!


Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !
Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..
Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tgk sapa lg kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..
Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.
Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..
Apa yg trjd kpd mrk?
Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu..
Menurut saksi , tidak ada satu bhgn dari bdn kedua2 yg tidak han…

Omega Guard boleh kempiskan perut!

Wah banyak betul kelebihan omega ni ye.... baru je tadi berborak dengan seorang jiran pasal sakit lutut. Dia tanya saya makan apa sakit lutut hilang? Entahlah..... sebab makan omega ni kot! Bila kakak tu tengok jenama shaklee..... oooooooooooooo..... ni la yang mak akak makan duluuuuuu........ duluuuuuuuu tu tau bila punya dulu? masa akak tu belum kawin, masih anak dara sekarang akak tu dah nak masuk 50 tahun umur dia.... bayangkan punya la lama dulu... hehee cerita dia...mak dia memang makan ni duluuuuu.... sakit lutut mak dia memang hilang, pastu shaklee ni stop tak de jual lagi tak tau la pasal apa..... tapi alhamdulillah mak dia sampai arwah tak pernah alami sakit lutut lagi jadi dari pengalaman dia yang lalu memang dia sgt yakin dengan produk shaklee ni. Anda bagaimana? hehehe
Aku..... kalau cerita mungkin orang tak caya yang aku ni mengalami sakit lutut yg kronik gak la... start sakit awal tahun ni... sampai hari raya masih lagi ketat lutut aku. kalau dah duduk nak bangun lurus…

Tepung beracun dan mengandungi babi?

Lihat video ni.....



Selepas mendengar penerangan apa kah perasaan anda.....  maknanya kita hari-hari makan babi? Ya Allah..... ampuni kami. Ada pilihan lain ke.... ? Tepung kat Msia ni yang ada tepung cap kunci dan cap sauh je kan.... ada ke brand lain lagi....? Dan itulah tepung yang kita guna.... yang peniaga2 kuih guna. Habis macam mana ni...... ??????


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Bunuh diri guna bakakuk di Sabah

jangan tengok kalau tak berani!
kejadian berlaku di Kg. Babagon, Penampang Sabah
punca hanya dia sendiri yang tau....
menggunakan senjata bakakuk ( apa itu bakakuk.... mcm senapang je)
kenapa sekarang ni ramai sangat yang bunuh diri.... ? Kat johor  lagi sadis tembak isteri tembak bapa mertua dan kemudian tembak diri sendiri.
nauzubillah......










✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Sedihnya tengok video ni...... anak babun lahir disaat ibunya mati dibunuh

Seganas-ganas harimau tetap ada perasaan kasih sayang terhadap anak babun yang kecil ni.
Seganas-ganas manusia bernama Assad dan regimnya habis bayi-bayi sunni dibunuh dengan kejam!
Laknat ke atas mu wahai Basyar Assad!!! Tak percaya tengok SINI




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Panas! Papa Gomo Di Arah Bayar RM500K Dalam Kes Saman Fitnah.

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris. Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.
Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.
Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.
Vazeer juga memerintahkan Papagomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.
Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papagomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan sam…

Malang Kanak-kanak Terjatuh Dalam Lubang Najis

Maaf gambar yang dikongsikan amat kurang menyenangkan dan bisa membuat anda tidak lalu makan tapi ini adalah kisah yang benar-benar berlaku.

Kanak-kanak malang dari Yanji, di wilayah Jilin, China, terjatuh ke dalam lubang najis selepas hilang keseimbangan.
CHINA - Seorang kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan terjatuh jatuh ke dalam lubang kumbahan najis selepas cuba untuk belajar menggunakan tandas awam. Anggota bomba kemudiannya telah dihubungi bagi menyelamatkan kanak-kanak malang itu selepas terjatuh di dalam lubang najis dalam kejadian yang berlaku di Yanji, timur laut China.

Tandas di China biasanya menggunakan sistem lubang najis di dalam tanah. Kanak-kanak yang masih kecil ini sedang berlatih untuk menggunakan tandas, bagaimanapun telah hilang imbangan dan menjerit memanggil ibunya ketika terjatuh ke dalam kolam kumbahan.

Kanak-kanak lelaki ini meraung dan menjerit dalam usaha untuk tidak tenggelam di dalam lubang najis tersebut. Dalam usaha terdesak untuk membantu anaknya, ibunya …

BOLEH MENANGIS MAT REMPIT BACA PESANAN INI

muahaha... ini tazkirah terbaik untuk mat-mat rempit sekalian
di harap korang insaf dan bertaubatlah ye....
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TESTIMONI BELALAI GAJAH

baca lagi info belalai gajah di sini
testimoni dari jiran2 yang ada kencing manis.... memang bacaan turun tapi ada seorang lagi jiran yang minum teh belalai gajah  beritahu penyakit buasir pun elok .... dah tak berdarah bila buang air besar. Ok alhamdulillah.... suka sangat bila dengar ada perubahan yang positif.  Sebenarnya sesiapa pun boleh ambil produk ni tak perlu ada penyakit yang kronik.... mencegah lebih baik dari mengubati.  Harga teh sekotak rm 35 pil herb rm 80 dan  ssg plus drink pun rm 80
HUBUNGI: HASLINA (PENGEDAR UTURN KAJANG) - 013 380 8082 DAN SHAH (KELANTAN) - 013 984 4898

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Tragis! Abang 4 tahun undur kereta terlanggar adik hingga maut

Ibu mangsa memeluk mayat Mohd Adam yang maut akibat dirempuh kereta di Taman Kerian dekat Parit Buntar. - Foto Shaiful Shahrin Ahamd Pauzi
Parit Buntar: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dilanggar kereta mengundur selepas enjinnya dihidupkan abangnya berusia empat tahun di rumah mereka di Taman Kerian di sini, semalam.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Mohd Adam Mohd Ali dikatakan sedang mengambil seliparnya sebelum abangnya, Aiman Yasin yang melihat kunci kereta terus menghidupkan enjinnya dan dipercayai tertolak gear mengundur mengakibatkan kenderaan itu melanggar mangsa dan dinding rumah.




Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, dia baru pulang menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu sebelum pulang ke rumah untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah.


Katanya, setiba di rumah, dia masuk ke dalam rumah sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising mangsa dan abangnya di luar rumah.

“Saya segera kelu…

WARGA NEPAL BUNUH DIRI DI TTDI - VIDEO

Seorang warga Nepal berumur lebih kurang 30 tahun telah bunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan di antara Starbucks dan Alliance Bank di Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada jam 10.55 pagi. Sumber berkata, mangsa tidak mahu pulang ke kampung halaman. Apabila kawan beliau datang untuk memujuk mangsa, mangsa dikatakan berpatah balik ke arah kawannya tetapi kemudian menukar fikirannya dan terus baring serta menggulingkan diri dari atas bumbung tersebut dan jatuh ke jalan di hadapan Alliance Bank TTDI.


Image Credit: ArmandPJU (Instagram)


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

9/11 - A day to remember

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001, lapor sebuah akhbar .


Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan. Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang memalukan. Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang. "Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen McArdle-Schulman. "Kerana terlalu ngeri, say…