25.9.13

Kalau Hp Hilang Apa Nak Buat?


Assalamualaikum wbt... 

 Sedih betul bila kehilangan henpon ... tambah kalau yang harganya mahal. Pernah sekali tertinggal henpon kat gerai baju di pasar minggu Shah Alam... bila datang balik dah takde... call pun tak de bunyikkk... eeiiiii.... sabauuu je lah.... rezeki orang. Sapa suruh cuaiiii...

Sebenarnya kita masih ada peluang  nak "balas balik" kat pencuri  tu walaupun pencuri tu berada di jarak jauh. Kira macam nak balas dendam la. Siapa tak sayang hp mahal2 kan. Kalau kita buat report polis pun tak guna sebab bukan polis tu dapat cari pun. Kalau ada yang terjumpa dan tertangkap pun cuma dalam kes2 terpencil jer. Polis maybe akan menjalankan rondaan di kawasan tersebut tetapi kebarangkalian untuk kita terjumpa balik hp kita tu tersangatlah tipis.

Oleh yang demikian ikut langkah2 dibawah ni sebagai persediaan: 

Sebelum hp kita kena curi atau hilang, atau mula dari sekarang kita simpan no siri hp ni. No siri hp ni tidak terdapat di kotak atau dimana2 bahagian hp. Kita hanya perlu  mendail *#06# dan 15 digit nombor siri hp kita akan tertera di skrin. Caj adalah percuma. Selepas terima 15 digit nombor siri, catatkan nombor siri ni dan simpan di tempat yang selamat atau tempat yang senang kita ingat. Jangan simpan dalam hp sebab kalau hp hilang dan no siri tu pun ikut hilang kan? hehe. Pastu bila hp kita kena curi atau hilang, kita boleh hubungi pusat servis telefon bimbit macam maxis atau celcom (mengikut talian yang kita guna) dan berikannya kod nombor siri tadi. Kemudian, mereka akan "mengunci" sistem dalam hp tersebut dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti menyesal! Walaupun kad sim dah ditukar baru kerana pencuri tersebut tidak berupaya mengaktifkan kembali hp tu. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang2 rugi biar semuanya rugi... baru puas hehehe (gelak dalam mood jahat)

Artikel ini di copy paste dari sini 

******kunci sistem je ke yang boleh....??? Kan best kalau  meletop je terus hp tu.... haaa yang tu baru betul2 puas hati kan... kekekeke



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...