Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Pencuri tertangkap ketika tebang pokok pontianak nak duduk mana lepas ni???

pakai smart , bergaya... rupanya nak mencuri!!!
Haila nasib ko lah..... takde rezeki nak mencuri hari ni.... tapi ko dapat hadiah berdas2 dari penghuni yang naik  berang. Kot ye pun nak mencuri siang2 hari tengok dulu lah kawasan mana ko masuk.... tengok lah dulu ada orang ke tidak... ni konfiden level bukan main tinggi lagi. Orang tengah sibuk gotong royong tebang pokok ko ambil kesempatan pulak ye redah naik rumah orang.




pokok dah kena tebang habis pontianak nak duduk mana lagi???
begitulah cerita jiran aku yang sorang ni
ceritanya begini.....
3 hari lepas kawan dia parking kereta kat tempat parking..... nampak tak kereta putih kat celah2 dahan tu?
Dalam pukul dua pagi macam tu lah.... tetiba masa nak buka pintu tu lah dia nampak perempuan rambut panjang sampai kaki berdiri sebelah kereta dia.... tapi muka lawa! jiran lagi sorang pulak cerita ada yang nampak benda duduk berjuntai2 kat pokok tu atau pokok satu lagi dekat2 situ jugak.
Sekarang ni yang menjadi isu.... setelah pokok2 d…

BANYAKNYA BAYI DIBUANG DALAM SUNGAI NI...!!!!

almost 30 babies disposed by the river
some even have the hospital tags on the ankle and also hospital disposal bag the river is where the villages get their daily water supply and the ducks live there too

Di China...
jika buka video dibawah jangan nangis tau..... lihatlah mayat-mayat bayi bergelimpangan di sepanjang tebing sungai..... yang dah reput entah berapa banyak.
Senangnya mereka buang anak... hanya campak dalam sungai.











✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Gara-gara tak jadi derma, hilang RM50

Insafnyaaa.... insafff!!!!
Tak kan kuulangi kesilapan itu maafkan aku dehaka pada MU

hamba khilaf..... KHILAF!!!!

Semalam pergi kedai bawa 2 keping RM 50... duit cuma masuk poket je.... bila dah siap beli barang, bayar kalo tak silap belas2 ringgit je... jadi ada baki sekeping RM1 dan 3 keping RM10..... dan masa itulah terpandang tabung derma anak yatim.
Dalam hati kata nanti nak suruh anak je masukkan duit dalam tabung derma (sebab memang kesukaan dia)..... masa tu dah keluar dari kedai. Tapi entah kenapa anak tak mahu..... dia kata segan sebab dekat cashier masa tu ramai orang. Oh.... camtu lain kali je lah time takde orang baru  masuk tabung ye.
Pergi kedai lain pulak.... masa bayar ada lagi duit semua. Last singgah kedai makan tapau teh ais dan nasi ayam sebungkus... nasi ayam tu belikan untuk jiran sebab dia tak sihat.... tak lalu makan.
Dah petang baru teringat duit baki belanja...... cari balik dalam poket memang takde....
Alamakkkk.... mesti tercicir masa beli teh ais tadi.
M…

Gambar biasa yang luarbiasa pada pandangan aku

sekeping gambar yang biasa tapi luarbiasa kisahnya dari pandangan sisi seorang aku

biasa - orang solat, itu biasa. Yang luarbiasa bila mengaku Islam tapi tak solat.
luarbiasa - orang yang ditangkap jadi imam.
luarbiasa sebab imam pula adalah dari parti PAS.
PAS bagi puak satu lagi adalah Parti Ajaran Sesat! hai....Tak takut sesat ke....?

Hidup dikelilingi keluarga polis membuatkan aku faham sangat dengan perangai sesetengah anggota dan bini-bininya. Anti sungguh mereka ni dengan PR. Korang tak tengok memek muka mereka kalo mengutuk anuar ibrahim .... nik aziz .... dap, tak usah cakap laa... anti betul dengan DAP sampai bangkrap la semua kedai2 cina kat sini dorang boikot... kekeke

kat sini yang aku kenal hanya sorang je kakak yg ahli pas - dan dia mengaku sendiri. Sedangkan ahli keluarga dia sendiri menteri umno. cool je dia.

Yang aku pelik tu dorang ni bila aku ada je mula la swing buka topik mengutuk2 anuar ibrahim..... percaya sungguh depa ni dengan sumpah saiful bohari tu.... kes…

TAHNIAH, DENGAN SEKALI LAFAZ PIERRE ANDRE SAH BERGELAR SUAMI KEPADA SITI NUR HIDAYAH

Pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre atau nama sebenar Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28, sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah atau lebih mesra dipanggil Yaya, 26, dengan sekali lafaz di Masji Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang, siang tadi. Perkenalan yang disulam selama dua tahun bermula hanya sebagai rakan biasa di laman sosial telah menyatukan dua hati dan kini mereka sah bergelar suami isteri. Dinikahkan oleh ybhg. Ustaz Zuhdi tepat jam 2.00 petang tadi telah disaksikan sendiri oleh ayah pihak perempuan, En Hashim. Majlis yang dijalankan serba sederhana ini turut dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai, beberapa rakan artis dan juga rakan-rakan media yang turut sama memeriahkan majlis. Pihak perempuan menerima 7 dulang berbalas 9 dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, satu set barangan kemas jenama Habib Jewel, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi. Mas kahwin yang diterima berjum…

REMAJA MELAYU HANYUT DI PESTA BUIH

Serbuan pihak berkuasa di sebuah pub pada jam 12.30 malam, di Jalan Yap Kwan Seng kelmarin, menyaksikan seramai 47 remaja Melayu sedang hanyut melakukan aksi sumbang sambil mandi buih di dalam sebuah pesta parti liar.



Apa yang lebih memeranjatkan pihak berkuasa, apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka. Ketika diserbu, kesemua mereka sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.


Difahamkan, daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun. Mereka dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut. Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pe…

Ajaran syiah dilarang disebar tetapi bebas diamal di Malaysia - Jamil Khir

MENGULAS KENYATAAN JAMIL KHIR.

Ketika Negara Ahlus Sunnah mempunyai kuasa, mereka tidak menggunakan kuasa itu sebetulnya, sebaliknya Syiah apabila mempunyai kuasa, mereka akan menggunakan kuasa mereka tersebut dengan baik, tersusun dan penuh konspirasi . Oleh kerana itulah kita dapat melihat banyaknya Negara yang dipimpin dan dikuasai oleh Ahlus Sunnah dengan mudah dikuasai dan diratah Syiah seperti Negara Bahrain dan Lubnan kerana undang-undang yang mereka peruntukkan ke atas Syiah kelihatan begitu mesra Syiah atau memang tiada undang-undang langsung sehingga akhirnya menyebabkan Negara tersebut hancur binasa dan tampuk kekuasaan hampir jatuh ke tangan mereka (Syiah).

Walhal berbeza apa yang berlaku di Negara-negara Syiah. Sekiranya mereka mempunyai kuasa, mereka akan peruntukkan undang-undang diktator bagi menyekat dan menindas penganut Ahlus Sunnah wal Jamaah sehingga ke akar umbi. Persoalannya sekarang, adakah hal ini turut berlaku di bumi Malaysia yang majoriti besar penganut dan p…

Pemuda Dilarang Azan Duduk 5 Jam Atas Kubah Masjid - Video

Seorang pemuda yang stress kerana dilarang azan  duduk selama hampir lima jam di atas kubah masjid dan merosakkan kubah tersebut.

Lihat video Ugi panjat kubah masjid Al Murtadlo di sini.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

McDonald terpaksa tutup semua rangkaiannya di Bolivia kerana rakyatnya tak suka fast food?

Bolivians more so respect their bodies, valuing the quality of what goes into their stomach.Orang2 Bolivia di Amerika Selatan menolak 'fast foods' sehingga rangkaian restoran McDonald terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian teruk. Orang2 Bolivia lebih gemar makanan yang mereka masak dengan cara tradisi mereka sendiri yang lebih sihat dan berkhasiat.



Baca lagi di http://www.naturalnews.com/040752_Bolivia_McDonalds_restaurants_fast_food.html

Di Malaysia ni bilalah agaknya boleh tutup.... rasanya tak mungkin tutup adalah! Alangkan kempen boikot produk yahudi pun tak jalan.... masih ada gak lagi orang Islam yang selamba makan kat McDonald... inikan pulak sebab faktor kesihatan? Kirim salam.... hehe



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Subhanallah..... Otak mangsa kebakaran 'segar' seperti hidup

TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT. Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terj…

Ngeri – Pakcik Ni Terbelah Separuh Muka Kena Serang!

Allah ngerinya tengok keadaan pakcik nih..... tapi pakcik ni rileks jeee..... macam tak sakit je..... darah pun takde? Dah kering agaknya darah pakcik nih... Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang. Menurut mangsa, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang apabila tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang terus menetaknya menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa Bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yang digunakan. Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000. Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Menurut Kadi…

Lecithin berjaya turunkan berat badan ku yang degil yahuuu....!!!

suka.... sukanya..... alahaiiii
pertama kali timbang berat badan turun 2 kilo youuuu..... selama hari ni tak pernah nak turun2 sampai rasa nak hentak2 je penimbang tu hihihi.....
jam tangan ketat .... rantai tangan ketat..... memang jarang2 sangat dah pakai..... nak beli baru tak de duit... ngeee....
lepas tu entah macam mana ternampak pasal produk lecithin  kat fb yang dikatakan berfungsi untuk cairkan lemak.
cairkan lemak??? bagus la untuk orang kolesterol tinggi macam aku ni...... boleh cairkan darah jugak ..... haa....memang darah aku ni pekat giler.... bila time ambik darah untuk test kolesterol tu hitam pekat kalernya.... keputusan pun mengesahkan triglycerides aku tak okey!
tak sampai sebulan makan ada kwn mesej tanya kenapa aku kurus.... hisshhh.... kurus ke??? ye lah akak nampak kurus! seminggu lepas tu dia mesej lagi tanya akak makan apa??? akak kurus la .... tolong belikan!!  huhhh..... macam tak percaya..... rupanya bila timbang memang betul jarum penimbang tu undur ke be…

Qari Perak, Qariah Pahang Juarai Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56

FOTO Fathil Asri


KOTA BARU: Qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobat sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 yang berlangsung di Dewan Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini. Masing-masing membawa pulang sebuah kereta Proton Preve, yang merupakan hadiah tambahan tajaan Tabung Haji pada tahun ini, selain wang tunai RM15,000 beserta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan. Anuar memperoleh 92.33 peratus markah manakala Hanimzah mendapat 88.34 peratus. Mereka akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 29 Jun hingga 6 Julai ini. Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas yang mengutip 89.67 peratus markah muncul naib johan manakala tempat ketiga milik qari Terengganu Mohamad Hafas Ali yang mendapat 86.67 peratus. Naib johan qariah pula disandang peserta Johor Nor Azrah Ayub yang memperoleh 86.00 peratus markah manakala tempat ketiga milik qari…

Terus rasa nak muntah baca blog nih......

Isk....isk...iskk..... tak sangka pulak aku akan terjumpa blog cenggini..... terus senak perut.... nak muntah hijau sekali pun ada..... uwekkksss!
aku paham perasaan pengendali blog tersebut..... sgt2 paham.... kalau aku pun rasanya aku akan buat macam tu jugak..... tampal gambar penyamun tu besar2 dalam blog biar satu dunia tahu dia tu penyamun!
Apatah lagi kalau yang disamun itu ialah bini kita!
Tapi dalam kes ni bukan salah jebon sorang.... sang isteri  tu pun salah jugak! Sama2 salah....
Kes macam ni berlambak..... tak payah jauh2 nak cerita kisah dalam kain orang..... kain depan mata pun ada koyak rabak.....
Itulah realiti kehidupan.... kita diuji dengan dugaan2 yang kadangkala boleh buat kita rebah menyembah ke bumi jika tidak kuat iman.
Curang dengan pasangan ni memang ramai..... lelaki ada anak isteri yang penyayang pijak semut tak mati tu pun ada juga yang curang. Isteri yang lemah lembut sopan santun pun ada juga yang curang. Orang mcm ni tak takut dosa dan rasa dia kebal …

Tudung sesumpah??? Sumpah!!! Tak caya tengok sendiri.......

Terkini, satu scarf yang unik ala2 sesumpah telah dicipta untuk wanita yang suka bergaya. Macam sesumpah yang boleh bertukar warna mengikut situasi sekeliling begitulah juga dengan scarf ni.... cakap je nak kaler apa.....plinggggg bertukar! Haaa..... kagum tak?  Sapa tak percaya sila tengok video di bawah







ni namanya chameleon scarf...... nama melayunya skaf sesumpah hikhik.....
guna sensor LED untuk ubah warna yang dikehendaki
boleh juga buat sendiri kat rumah tau
tapi kena pandai set coding komputerlah
cer puan2 bayangkan kalau tudung layer ala2 fareda tu guna sensor LED ..... fuhh jimat youuuu....
dengan hanya satu tudung, pastu tukar2 je kaler ikut suka hati kita....
meriahhh!


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

LELAKI DITEMBAK MATI DALAM CUBAAN ROMPAK KEDAI EMAS

Kota Bharu, 9 Jun - Seorang lelaki bersenjatakan pisau
mati ditembak polis dalam cubaan merompak bersama seorang lagi rakannya di sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 11.15 pagi itu, suspek berumur 32 tahun yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di paha kiri.

"Cubaan merompak oleh dua suspek lelaki bersenjatakan pisau dan pistol itu disedari tiga anggota polis yang meronda di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata rentetan itu, seorang daripada anggota polis tersebut memperkenalkan diri sebelum suspek yang bersenjatakan pisau bertindak melarikan diri ke belakang bangunan kedai berkenaan.

Menurutnya, polis melepaskan tembakan amaran ke udara supaya suspek berhenti, namun suspek bertindak menyerang anggota polis sebelum ditembak di bahagian kaki.

"Selepas ditembak, suspek berusaha m…

perghhh.... kaki pencuri besi putus dilibas parang

Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.
Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.
Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam.
Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.
Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek. Terputus woooo…
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. adoiiii...... ni kalau tak mendatangkan insaf juga tak tau lah....!!! sumber

✿…