9.6.13

LELAKI DITEMBAK MATI DALAM CUBAAN ROMPAK KEDAI EMAS



Photo: Perompak yg ditembak mati oleh pihak polis dlm cubaan melarikan diri setelah merompak sebuah kedai emas diKota Bharu ..

tak trgamak lak admin nk uplod wajah simati ..melain kan ada permintaan admin boleh uploadkan itu pon klau ramai yng mintak..


Kota Bharu, 9 Jun - Seorang lelaki bersenjatakan pisau
mati ditembak polis dalam cubaan merompak bersama seorang lagi rakannya di sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, hari ini.


Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 11.15 pagi itu, suspek berumur 32 tahun yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di paha kiri.

"Cubaan merompak oleh dua suspek lelaki bersenjatakan pisau dan pistol itu disedari tiga anggota polis yang meronda di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata rentetan itu, seorang daripada anggota polis tersebut memperkenalkan diri sebelum suspek yang bersenjatakan pisau bertindak melarikan diri ke belakang bangunan kedai berkenaan.

Menurutnya, polis melepaskan tembakan amaran ke udara supaya suspek berhenti, namun suspek bertindak menyerang anggota polis sebelum ditembak di bahagian kaki.

"Selepas ditembak, suspek berusaha melarikan diri kira-kira 15 meter daritempat tembakan dilepaskan sebelum rebah. Dua anggota lain (polis) kemudian sampai dan membantu mengikat paha suspek dengan kain untuk memberhentikan pendarahan, " katanya.

Jalaluddin berkata pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia akibat pendarahan.

"Seorang lagi suspek yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan diri dan polis kini menjalankan operasi mengesan penjenayah itu," katanya menambah polis akan mendapatkan gambar suspek melalui rakaman kamera litar tertutup. - BERNAMA


ps: tadi dah tengok video perompak ni tgh  berguling kesakitan.... tengok tu rasa kasihan pulak..... mesti sakit sgt tu.... ya allah semoga jadi pengajaran kepada sesiapa sahaja... jgn buat jenayah!!!

*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

2 comments:

Unknown said...

Mati katakk...

Fauzan Zain said...

atuh ke tanah jua..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...