Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

5 SYARAT - Allahyarham Umi Kalthum sempat tulis nota sebelum pemergiannya

Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu. Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia. Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat. “Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap. Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor kepada mStar Online di sini pada Rabu. Allahyarham Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4 pagi Rabu di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di …

Luahan hati anak Guru Besar S.K Sri Pristana Yang Perlu Korang Baca!

Coretan anak guru besar sk sri pristana. Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi mereka. Hentikan fitnah. Saya akui, saya sendiri sebak membaca status farah asyikin 
(Terjemahan)

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kebiasaannya cepat saja untuk saya menulis post saya, tetapi kali ini, entah kenapa, saya rasa seperti tersekat. Tiada kata yang boleh memperlihatkan kekecewaan saya mengenai apa yang telah terjadi. Saya melihat post di facebook dan saya tidak dapat menanggung segala fitnah yang berlaku. Didalam hati, saya menangis. Menangis kuat. Mencuba menahan diri untuk tidak mengeluarkan kata kesat di saat bulan mulia.

Mereka bercakap seperti mereka lebih tahu segalanya. Saya seperti tak percaya yang ada segelintir dari mereka adalah sahabat saya sendiri. Saya tak boleh salahkan mereka. Mereka tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Adakah mereka layak untuk bercakap? Untuk post apa saja yang mereka hendak? Walaupun hal itu akan merosakkan dan memburukkan pi…

ALFATIHAH ~ Pelakon Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur

PETALING JAYA: Seniwati veteran iaitu Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati dekat sini pagi Rabu. Anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak. "Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pagi Rabu. Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun. Malah ketika bertemu dengannya kira-kira dua hari lalu, Allahyarham tidak menunjukkan perubahan sebaliknya aktif berbual seperti biasa. "Semasa saya berjumpa dengannya, saya bawakan dia sambal bilis dan kami sempat berborak sambil gelak katawa. "Tiada apa-apa perubahan terhadap dia sehinggalah dia meninggal dunia pa…

SERAM - LANGSIR BERPUAKA

"Jangan! Jangan! Jangan! Jangan bakar langsir itu. Jangan! Jangan! Saya hanya hendak langsir itu," teriaknya.
"Saya suka langsir ini, saya  suka langsir lama," jeritnya sambl menangis teresak-esak.
"Jom kita bakar langsir ini," usik saya.
Pesakit itu terus meraung dan kemudian menjerit tanpa kawalan. Dia bingkas bangun,  berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumah terbabit. Sesekali dia menjerit marah kerana terlalu sayangkan langsir di tangan Boy.
"Kasi saya langsir itu," kata pesakit sambil menangis.
hahhh.... saspen tak ??? kalau nak tau cerita lanjut langsir berpuaka sila lihat SINI selamat membaca ^___^

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Pakai tembikai untuk sejukkan badan, ada brani?

olololo..... ciannya baby nih sebab nak kasi badan  sejuk, baby di China ini dipakaikan baju dari kulit tembikai! ada ke sesiapa yang nak tiru? almaklum bulan puasa nih memang ramai yang beli buah tembikai untuk juadah berbuka puasa tambah-tambah cuaca panas memang melambai-lambailah tembikai ni memanggil kita..... belilah aku.....belilah aku.... nnt kulit tu jangan buang tau.... boleh buat topi kasi segar otak sepanjang hari.... hehehe macam-macam je kan...



kid beats summer heat by clovering the body with "watermalon clothes" in Wenzhou, East China's Zhejiang province.(Photo: people.com.cn)


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Gambar tunjuk murid makan di bilik air sekolah cetus kontroversi

Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet hari ini.
Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar di SK Seri Pistana, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.

Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik air sekolah tersebut.
Pihak sekolah didakwa mengarahkan murid-murid makan dalam bilik makan sementara itu yang terletak bersebelahan tandas.

Kantin sekolah juga didakwa ditutup dan dipercayai tidak menyediakan sebarang makanan sepanjang bulan Ramadan.

Sementara itu, timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan dalam satu kenyataan petang ini menyebut, beliau telah meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara tersebut.

Tindakan tersebut sedang dijalankan pada masa ini, katanya lagi di Facebook.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan…

Jom lihat gambar Abby berbuka puasa dengan keluarga mertua!

uhhh...... saya jeles... korang jeles tak? hehehe abby dah la dapat suami baru yang hensem .... pastu datang dari keluarga yang nampak sangat islamiah pulak tu! saya ada terbaca suami abby ni dari Tumpat ..... waaaa jangan ada anak-anak gadis sana yang gigit jari sudah .... kuikuikui walaupun nampak sederhana tapi terpancar sinar kebahagian dalam keluarga ini kan... semoga ini adalah jodoh yang terbaik untuk abby.

Allah uji dengan perpisahan dan Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

PENGHINA ISLAM TEGAR DAN KEBAL MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZURA MASIH LAGI BEBAS MENGGANAS!!!

Rasanya tak perlu lagi nak perkenalkan nama makcik lahanat ni. Dah lama dah dia buat kerja ni. Dah hack... dah lapor ... tapi masih je ada lagi kewujudan dia nih. Apakah pihak berkuasa masih tak dapat ambil apa-apa tindakan kepada makcik ni?  oh... kemon... biasanya kalau ada rakyat jelata yang menghina sultan atau raja bukan main zassss lagi kena tangkap. Tapi makcik ni???? Bagi sesiapa yang masih belum kenal makcik ni boleh lah jenguk2 fb dia ADLIN BINTI ABD JALIL


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Guru meraung melihat anak yang tertinggal dalam kereta meninggal

Lemas Ditinggal Dalam Myvi Ibu - SUBANG JAYA : Luluh hati seorang ibu apabila mendapati anak bongsu kesayangannya ditemui mati dalam keadaan muka kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bawah panas terik.

Kejadian menyayat hati di sebuah sekolah menengah di USJ4 di sini itu menyebabkan anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, mati di tempat kejadian akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam bermula pukul 11.30 pagi kelmarin.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sekolah tersebut pada pukul 5.30 petang. Wanita itu merupakan guru di sekolah berkenaan.

Menurut kakitangan sekolah yang enggan dikenali, guru wanita yang baru selesai mengajar pada sesi petang itu terus meraung apabila menemui anaknya yang sudah kebiru-biruan, tidak lagi bergerak dan pakaiannya dibasahi peluh seb…

Omega Guard Untuk Anak Pintar

Hai hai hai assalamualaikum semua....  saya nak kongsi tentang satu produk lagi, OMEGA GUARD
kata seseorang, makan omega boleh kempiskan perut buncit.... hehehe
tapi khasiat omega ni banyak, yang paling selalu disebut2 ialah untuk perkembangan minda, otak yang cerdas.


Omega untuk SIAPA?

Kanak2 astma 
anak pintar
mereka yang nak kurus langsing- Ia menggalakkan pembakaran lemak dan mengelakkan pembentukan lemak. 
penyakit 3 serangkai (darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi) yang akan menyumbang kepada strok dan penyakit jantung – ia mencegah salur darah dari tersumbat, mengelakkan strok, Mengekalkan tekanan normal darah, Merendahkan kolestrol, Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mencegah pembekuan darah dalam badan 
pesakit gout dan sakit sendi 
pesakit stroke 
pesakit athma 
pesakit darah tinggi 
ibu menyusu, ibu hamil-membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin  sakit kepala – ia mengurangkan sakit kepala ibu yang pelupa - Mengurangkan masalah lupa pada wanita …

Tahniah Abby Abadi - Sudah 12 Hari Bernikah

Hari ini, bekas isteri kepada Norman itu mengesahkan yang dia sudah bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Farhan sejak 12 hari lalu. "Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian. Allah kami dahulukan. InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan, ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal, Allah tunjukkan jalan ke sini. Syukur," kongsi Abby di akaun Instagramnya.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

(Sungai Besi) Menyayat hati ... Pelajar tersepit pintu lif

SUNGAI BESI – Seorang murid sekolah berusia 11 tahun meninggal dunia selepas kepalanya tersepit di sebuah lif yang gagal berfungsi dengan sempurna ketika pulang dari sekolah di blok 8, Apartment Desa Tun Razak, Bandar Tun Razak, kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Khairul Amir Azri Lani dikatakan cuba keluar daripada lif tersebut selepas tersangkut di antara tingkat 3 dan tingkat 2. Ketika hanya kepalanya keluar dari lif sedangkan badannya masih berada di dalam lif, secara tiba-tiba lif tersebut bergerak turun perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal lalu menyebabkan leher mangsa tersepit antara lantai tingkat tiga dan lif.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut maklumat rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, seramai 17 orang yang kebanyakannya adalah pelajar sekolah turut berada di dalam lif tersebut semasa insiden menyayat hati ini berlaku.

Pihak Bomba telah menerima panggilan pada jam 1.16 petang dan mengambil masa selama lima minit un…

Kejam! Kanak-kanak Didera Sehingga Berlubang Tengkorak

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Zhongbao dari Henan, China memberitahu pihak berkuasa bahawa dia kerapkali dipukul oleh ibu tirinya dengan menggunakan sudip kuali.

Ayah Zhongbao telah bercerai dengan ibu kandungnya ketika Zhongbao berusia 2 tahun dan kemudian bertemu dengan ibu tirinya di dalam laman sesawang. Dari kecil Zhongbao tinggal bersama dengan datuknya namun ketika dia berusia 4 tahun, Zhangbao berpindah untuk tinggal denganh ayah dan ibu tirinya.

Selepas 40 hari tinggal bersama-sama,Zhongbao mula didera dengan teruk sehingga koma dan dia hampir kehilangan nyawanya.  Selepas kejadian itu, Ayah dan Ibu tirinya tidak membenarkan sebarang rawatan ataupun siasatan dilakukan keatas Zhongbao. Namun begitu Datuknya berkeras mahukan Zhangbao menjalani pembedahan di Zhengzhou University Number One Auxiliary Hospital.

Berdasarkan keterangan daripada Ibu-bapa Zhongbao, Anak mereka tergelincir dan terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak dengan teruk.
Walaubagaimanapun, selepas pemeriks…

Sah Ashraf Muslim telah bernikah kali kedua di Thailand

Akhirnya semua sudah terjawab. Spekulasi selama ini mengatakan pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim  bakal berkahwin dengan gadis bernama Sakinah bukan lagi khabar angin semata. Memetik laporan mStar online, Mahkamah Tinggi Syariah hari ini diberitahu pemilik nama sebenar Mohd. Ashraf Muslim, 32, sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya itu atau nama sebenarnya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu.


Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada hari ini (Rabu) selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita tersebut. Ashraf turut memiliki isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman, 26, yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawansga. Mereka bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011 dan tidak memiliki zuriat. Berikutan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.

✿*~ Kala…

ARNAB YANG MEMILIH.....

apa??? ayam mahal??? kalau ayam mahal jangan makan ayam laaa.... daging ada...ikan ada... telur ada.... atau pun makan daun2 jeee... ahaksss
itulah untungnya jadi manusia ni.... banyak pilihan.  Tak macam haiwan... ada ke kambing kejar ayam sebab takde rumput nak makan? Ular sawa telan  durian sebab tak jumpa binatang atau manusia ....ngeee... 
ehhh... sebenarnya nak cerita pasal arnab kat rumah ni yang dirasakan sangar ek  dan bercitarasa tinggi.  bagi palet rm2 ringgit tak nak makan! protes siap kuis2 lagi kasi keluar dari bekas makanan eeiiiii saboooo je lahhhh palet yang dorang makan harga rm19.90 sekampit berlagak gilerrr .....
satu kampit ni tahan 3 hari je....  untuk 13 ekor. sapa2 yang bercadang nak pelihara arnab sebagai haiwan kesayangan kena budget betul-betul wooo...
kalau kat pet shop biasanya dia bagi palet 2 hinggit je pun.... kat pasar tani pun sama gak.... boleh je pun arnab tu telan memang mengada2 betul korang nih





okey2.....  arnab-arnab sayang buah hati intan payu…

Begini Cara Orang Syiah Solat Terawih - Video

Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan Ramadhan yang diberkahi Allah.. Seperti yang telah kaum muslimin ketahui mengenai penyimpangan-penyimpangan yang ada pada agama Syiah, baik dari segi aqidah, ajaran dan ibadah mereka.
Di video ini Anda dapat lihat sendiri bagaimana ibadahnya Syiah Rafidhah yang telah menukar agama Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan ajaran dan amalan-amalan ibadah yang mereka orang-orang Syiah telah buat-buat dan reka-reka sendiri..
Ini merupakan sholat tarawih mereka..
Dan lihatlah bagaimana cara mereka menghormati Al-Quran..
Dapatkah Anda semua memberitahu kami, darimana datangnya perintah kepada orang-orang Syiah sehingga mereka melakukan yang seperti ini?
Pernahkah ulama-ulama Islam dari zaman wafatnya Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam hingga hari ini ada yang menyuruh kepada ummat Islam untuk melalukan yang seperti ini?
Semoga Allah melindungi seluruh kaum muslimin dari bisik-bisik syaithan yang menyuruh dan membawa kita …

TIADA MAAF BAGIMU! Pasangan persenda Ramadhan bakal didakwa

KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook boleh didakwa kerana memaparkan gambar dan kata-kata jelik, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari hari ini. Beliau berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.  Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Pasangan itu hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini hari ini bagi memberi keterangan, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.
Pasangan itu tiba di pejabat penguatkuasaan SKMM di sini pada jam 10.45 pagi. 

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Industri SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin memberitahu pemberita di pejabatnya bahawa siasatan akan dijalankan untuk beberapa hari…