Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

9 Gambar jambatan runtuh di Putrajaya 28 Februari 2013 -

Berita yang menggemparkan hari ini ialah runtuhnya Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana, kira-kira jam 2.30 petang tadi. Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian. Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu. Jom tengok lagi lapan gambar terkini keadaan Jambatan di Putrajaya yang disahkan runtuh.












Antara punca yang menyebabkan keruntuhan...... lalalala~~~





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Ekoran Video Bangkang Dari Longkang, Salih Yaacob Umum Bersara

Petikan dari Malaysian Digest hari ini, Salih Yaacob mengumumkan persaraan beliau dari industri seni tanah air.


Keputusan itu diambil beliau kerana timbulnya sebuah video di Youtube dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan dirinya bersama Nabil Ahmad yang mempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka.

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat,” ujar Salih Yaacob kepada Utusan Malaysia baru baru ini.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan”, katanya.

Kepada mereka yang belum menonton, boleh menilai sendiri video tersebut dib…

JUMPA BEG TANGAN : PELAJAR TINGKATAN SATU PULANGKAN RM37,500

“Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit,” katanya.



- Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir RM37,500 -
BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang wanita untuk memulangkan semula beg tangan mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya.
Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura.
“Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang…

Macam2 - Inilah akibatnya keluar dari bilik hotel berbogel

Inilah yang berlaku sekiranya keluar dari bilik hotel tidak berpakaian, Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai.

Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian.



Disebabkan terleka, pintu bilik hotel itu tertutup sendiri dan dia tidak memiliki kunci untuk membukanya. Dalam keadaan bogel, lelaki terbabit merayau ke sana-sini di sekitar hotel sambil cuba pergi ke kaunter penyambut tetamu.

Tanpa sesuatu untuk melindungi kemaluannya, dia cuma bergantung kepada dulang makanan yang menjadi punca masalahnya sementara dia berjalan mencari penyelamat.
Namun, sebelum sampai ke kaunter penyambut tetamu, lelaki terbabit terpaksa berdepan dengan ramai pelawat hotel berkenaan.

Naturactor original vs tiruan

Al kisah ....
petang tadi aku jumpa seorang kakak ni, dia ada pesan naturactor tapi melalui seorang kakak@jiran lain yang dah beli melalui aku
# - kak, akak jadi ke nak naturactor?
* - tak jadi la.... ko punya tu tak ori
# - ehh... ye ke kak... mana tau ori ke tidak?
* - sebab ko punya tak ada tulisan kat atas penutup!

cissss..... ni yang aku marah niii
selama ni bila aku tanya kat penjual tu dia kata ni produk ori
aku pun beli laa dan tepek kat muka
pastu bila jiran-jiran tanya ehhh ko pakai apa nii..... cantik laaaa..... maka aku dengan senang hatinya (perasan cantik wakaka)  memberitahu dan siap tolong belikan lagi produk ni. Lagi pula aku telah diyakinkan yang ke' ori 'an produk ni berdasarkan kepada.... tengok bawah nih
yeee..... tengok berdasarkan sticker kat bawah bekas tu! Sama....Original sticker okey.....!!!!

Sebab kakak tu kata dia punya ada tulisan kat atas jadi malam ni aku menggoogle yg ada tulisan pulak.

Lalu aku jumpa yang di bawah....


ada 2 tulisan yang berbe…

Penumpang terpaksa langkah tangan mayat

HULU SELANGOR – “Ya ALLAH.. ALLAHU AKBAR.. itu saja yang saya ungkapkan berulang kali sebaik mendengar bunyi seretan bas yang bergesel dengan besi pembahagi jalan sampailah saya lihat besi menembusi bas dan menghimpit penumpang di depan saya,” kata Sutirah Miswari, 47, menceritakan detik cemas kemalangan menimpa bas ekspres yang dinaiki awal pagi semalam.

Tiga maut dan seorang parah apabila sebuah bas ekspres yang membawa 16 penumpang terbabas dan melanggar besi pembahagi lebuh raya di Kilometer 420 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Ipoh, dekat Bukit Tagar, Hulu Selangor jam 3.10 pagi semalam.

Menurut Sutirah, sebaik bas terhenti dia terus mencari jalan keluar dan terpaksa melangkah tangan mayat salah seorang penumpang yang duduk di depannya sambil meminta tolong.

TERKINI DARI LAHAD DATU: rela 'terus berjuang atau mati' - ketua penceroboh

Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

"Terus berjuang atau mati," kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.

"Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan," tambahnya.

Manila semalam menghantar satu kapal laut untuk membawa pulang kumpulan itu namun Agbimuddin menegaskan 'Pasukan Keselamatan Diraja' tidak akan berganjak dari Kampung Tanduo, Lahad Datu sehingga "isu itu diselesaikan".

Kapal berkenaan dijadualkan tiba di pesisir Lahad Datu hari ini.

Kumpulan dari Filipina itu berusaha untuk menduduki satu kawasan pesisir pantai di daerah Lahad Datu, yang didakwa pernah menjadi sebahagian daripada jajahan kesultanan Sulu. 

Mereka dikepung pasukan keselamatan seja…

Dikubur Selama 20 Tahun, Jenazah Masih Utuh -video

Jenazah yang sudah dikubur selama 20 tahun di Bogor, Jawa Barat, masih utuh saat pihak keluarga akan memindahkan lokasi makam.

VIDEO



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Raja Dr Nazrin Shah: Ramai Cerdik Pandai menyertai PAS berbanding UmNO - video

Video di atas itu hanya sebahagian sahaja dari ucapan baginda....
Teks penuh ucapan boleh baca di SINI
tq

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Kelakar.... kelakar.... kelakar betul ayam nii...

Ayam Berkokok Ohok hokk hokhokhokhok!! Ayam ni berkokok atau ketawa? Cetengok! Cetengok!





kehkehkehkeh.......


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Penerima BR1M haiwan:INi komen Ustaz Azhar

KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata,  Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz …

Anak Derhaka Tumbuk Kepala Ibu Dapat Balasan

Perlakuan derhaka seorang anak mengugut dan membelasah wanita yang melahirkannya, mendapat balasan apabila dia dihukum penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, tertuduh sebelum itu meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah tetapi permintaan itu tidak dipenuhi lalu dia mengamuk dengan menyepak belakang serta menumbuk kepala wanita itu.

Ketika itu juga, dia turut menggunakan sebilah pisau mengugut hendak mencederakan Che Saniyah. Susulan kejadian itu, Che Saniyah membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan tertuduh, hari sama.

Sumber 



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Walaupun Sudah Mati Mafia Rusia Tetap Mahu Kelihatan Menonjol

Moscow: Walaupun selepas mati, kumpulan penjenayah Russia tetap mahu mempamerkan diri mereka dengan menonjol dan memilih tanah perkuburan untuk melakukannya. Di kawasan Tanah Perkuburan Shirokorechenskoye di bandar Yekaterinburg, waris si mati memilih batu marmar besar dan mahal untuk memberitahu siapa yang ditanam di situ.
Yekaterinburg dikenali sebagai bandar raya utama jenayah di Russia. Menurut media, sesetengah batu peringatan di situ dibina setinggi dua meter dan berharga sehingga RM100,000.
Setiap satu batu itu mempamerkan gambar si mati segak bergaya dengan pakaian mahal, atau sesetengahnya menggenggam penumbuk. Batu itu mengingatkan orang ramai kepada pelbagai aktiviti jenayah di Yekaterinburg dan ia pernah menjadi pangkalan kumpulan samseng Uralmash yang diuruskan dengan teratur. Pada era 1990-an, berlaku perang besar-besaran antara anggota kumpulan penjenayah itu, menyebabkan pelbagai kejadian ganas termasuk serangan bom dan mesingan.
Bloger Russia, Vladimir Markov, berkata apa …

Gambar kanak-kanak Palestin dijadikan sasaran penembak tepat menimbulkan kemarahan. Sebarkan!!!

Tebing Barat: Seorang tentera Israel telah membangkitkan kemarahan orang ramai apabila dia memuat naik gambar kepala seorang kanak-kanak Palestin yang dijadikan sasaran penembak tepat.

Mor Ostrovski seorang sniper israel memuat naik gambar di atas di instagram miliknya namun dia mengatakan gambar tersebut ditemui di internet. Dia kemudian menutup akaun miliknya setelah gambar tersebut mendapat kecaman sebagai tidak berperikemanusiaan

Baca selanjutnya SINI

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Ini dia jadinya kalau anda mata keranjang.

Ini dia jadinya kalau anda mata keranjang..........wkwkwwkwkk



borakkosong



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

ARE U READY FOR BN? PANGGG!!! Ini jawapan dia.....

hehehe...... derhaka betoi ending video nih para isteri sila jangan tiru aksi di atas
berDOSA!
semoga PM akan mimpi indah-indah agar adegan di atas tidak menjadi realiti
kekekeke
selamat malam.......bye!
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Penyanyi Yasin Sulaiman dilantik sebagai duta rasmi kempen pilihanraya PKR

KUALA LUMPUR 17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda. “Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian. AMK turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara. “Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan. Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasi…

VIDEO PEMBANTU RUMAH (INDON) DERA ANAK MAJIKAN,ANAK DILAMBUNG MACAM BOLA KERANJANG!

 | KEJAM!! VIDEO PEMBANTU RUMAH DERA DAN LAMBUNG BAYI BERUSIA 4 BULAN HINGGA JATUH DI KUANTAN | VIDEO PEMBANTU RUMAH LAMBUNG ANAK HINGGA JATUH DI KUANTAN MENERUSI CCTV | BAPA SAKSI PEMBANTU RUMAH LAMBUNG ANAK HINGGA JATUH MENERUSI CCTV | VIDEO PEMBANTU RUMAH DERA BAYI BERUSIA 4 BULAN | VIDEO PEMBANTU RUMAH LAMBUNG BAYI BERUSIA 4 BULAN

Kejam!!! Itu ayat yang sesuai untuk pembantu rumah tersebut. 
Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV). Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat. Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi. “Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setong…

Projek Gergasi Keretapi Laju Mekah Madinah 2014

Projek keretapi halaju tinggi Al Haramain ialah projek yang kini dalam pembinaan di Arab Saudi. 

Ia adalah projek sepanjang 450 kilometer yang menyambungkan Kota Suci Mekah dan Madinah. 

Tujuan dibina bagi memudahkan umat Islam bergerak ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Selain berhenti di Mekah dan Madinah, kereta halaju tinggi ini akan berhenti di Jeddah dan juga Rabigh. 

Kos pembinaan dianggarkan mencecah USD 10.7 billion (RM 33.4 Billion).


Sebanyak 46 buah gerabak keretapi Talgo 350 keluaran Sepanyol bakal digunakan dan ianya akan beroperasi pada kelajaun 360 kilometer sejam.

Dijangkakan tiga juta penumpang akan menaiki sistem keretapi Al Haramain setiap tahun.

Dapat hidayah melalui Firaun?

HIDAYAH ALLAH KEPADA DR. MAURICE MELALUI FIRAUN?

PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. …

Bagaimana tarikh luput alat solek boleh dipastikan

Sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti berapa lama gincu, maskara atau bedak asas yang dimiliki digunakan, ini bermakna sudah tiba masanya alat solekan tersebut patut dibuang.

Benar, jarang sekali kita menjumpai mekap yang mana tarikh luputnya jelas tertulis pada bekas tetapi secara amnya, maskara hanya akan bertahan selama tiga bulan manakala bedak asas perlu diganti selepas menemui tempoh 12 hingga 18 bulan. Gincu pula tidak elok dipakai selepas menggunakannya selama setahun, berbeza dengan pelembap bibir yang masih boleh bertahan sehingga 18 bulan. 

Alat solek yang boleh tahan sehingga dua tahun termasuklah celak mata berbentuk pensil kerana asahan yang dibuat akan membuang bahagian yang kotor. Namun, celak berjenis cairan pula perlu dibuang selepas digunakan selama dua bulan. 

Ini kerana menurut beberapa kajian, bahan solek yang mengandungi minyak mudah dimasuki bakteria dan sekiranya digunakan secara berterusan, akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kulit wajah. 

Untuk memastika…

Honda EX5 kena gantung akibat cubaan curi wang masjid

MARANG – Berang dengan tindakan dua lelaki cuba mencuri wang tabung masjid, penduduk Kampung Surau Haji Mat Zain menggantung motosikal ditinggalkan suspek pada sebatang tiang telefon di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, seorang penduduk ternampak dua lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di dalam perkarangan masjid kampung itu.

Pengerusi masjid berkenaan, Zaidi Ibrahim, 50, berkata, kehadiran dua lelaki itu kemudiannya dimaklumkan kepada beberapa penduduk berdekatan sebelum mereka bergegas ke masjid untuk membuat pemeriksaan.

“Kehadiran penduduk mengejutkan dua suspek terbabit yang kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan motosikal dinaiki mereka. Selepas pemeriksaan, penduduk mendapati tabung masjid berpindah tempat.

Jual dahi untuk bayar hutang

London: Seorang lelaki David Taylor bersedia menyiarkan iklan di dahinya bagi membantu menyelesaikan hutang sebanyak 25,000 pound (RM 119,832) yang ditanggung keluarganya. Dia mengiklankan kesediaannya itu di eBay bagi mendapatkan pengiklan.
Taylor, 30, kehilangan pekerjaan ekoran nahas kereta yang menyebabkan dia mengalami kecelaruan stres pasca-trauma. Juruteknik dari Grimsby, Lincs itu yang dulu memperoleh pendapatan 40,000 pound (RM191,742) setahun dan mampu bercuti bersama keluarga dan membeli barangan mewah kini hidup melarat. Dia pernah bertugas di luar negara untuk syarikat audio serta menyertai persidangan perubatan berprestij kini cuba menjual kelengkapan rumahnya untuk menyara hidup dan membayar 25,493 pound (RM122,202) hutang kad kredit dan bil telefon keluarga.
Taylor berkata: “Saya sudah cuba semua cara untuk membayar hutang itu. Saya sudah lakukan pelbagai kerja dan membaiki beberapa kereta dalam usaha memulihkan kehidupan saya. “Kemalangan itu menyebabkan saya mengalami ke…

'Ia adalah seperti adegan filem Armageddon': lebih 500 orang cedera apabila hujan meteor jatuh di Rusia - video

SUMBER


MOSCOW: Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera. Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu. Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain. Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara. “Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan. “Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya. mstar
✿*~ Kal…

Cerita Ayah Bagilah Tangan Ita Balik Di FB Bohong-Ayah Buat Laporan Polis

Kisah ini tersebar meluas di fb.  Ayah bagilah tangan Ita balik, memang sedih ceritanya. Rupa-rupanya cerita tu hanya bohong.

“Saya minta pihak tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar anak saya dalam laman sosial Facebook yang kini tersebar luas kononnya tangan kirinya dipotong kerana didera supaya menarik balik gambar terbabit kerana itu satu pembohongan dan kami tiada kaitan,” kata Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37, yang menyedari gambar anaknya perempuannya, Ameera Danii berusia lapan tahun disalah gunakan sehingga mengaibkan keluarganya.

Gambar Gadis Jatuh Dari Tingkat 6 Berjaya Time Square

Beberapa blog, akaun FB serta Twitter memaparkan kejadian seorang gadis berbangsa Cina dipercayai berusia 19 tahun ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square (berhampiran dengan lif bertanda U Mobile) sekitar pukul 11 pagi tadi (14 Februari 2013).

Menurut kenyataan beberapa akaun laman sosial, mayat gadis berkenaan dalam keadaan yang mengerikan apabila kepalanya pecah dan berlumuran darah.

Gadis tersebut dikatakan terjatuh dari tingkat 6 bangunan pusat beli belah terkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada gadis tersebut terjatuh, membunuh diri atau dibunuh. -DCM

Gambar Gadis Jatuh Dari Tingkat 6 Berjaya Time Square

Beberapa blog, akaun FB serta Twitter memaparkan kejadian seorang gadis berbangsa Cina dipercayai berusia 19 tahun ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square (berhampiran dengan lif bertanda U Mobile) sekitar pukul 11 pagi tadi (14 Februari 2013).

Menurut kenyataan beberapa akaun laman sosial, mayat gadis berkenaan dalam keadaan yang mengerikan apabila kepalanya pecah dan berlumuran darah.

Gadis tersebut dikatakan terjatuh dari tingkat 6 bangunan pusat beli belah terkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada gadis tersebut terjatuh, membunuh diri atau dibunuh. -DCM

Trauma: Ibu dirompak manakala anak gadis dirogol

BATU PAHAT – Seorang wanita dan anaknya bukan saja trauma akibat rumah mereka dirompak, malah salah seorang daripada mereka turut menjadi mangsa rogol dua penjenayah dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, dua suspek bertopeng memecah masuk rumah mangsa, dan mengugut mereka menyerahkan wang tunai serta barang kemas.

Ramlah Ahmad (bukan nama sebenar), 59, ketika menceritakan detik cemas dilaluinya itu berkata, dia dan anaknya Mira (bukan nama sebenar) 27, sedang tidur di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek.

“Suspek meletakkan parang ke leher kami dengan ugut akan kelar jika kami menjerit. Kedua-dua tangan dan kaki kami turut diikat dengan wayar pengecas telefon bimbit dan sempat mengambil wang RM200 daripada saya.