Tahniah kami ucapkan kepada Pierre Andre kena selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis yang berasal daripada Johor yang bernama Nurhidayah.
Daripada gambar yang dikongsi oleh MIG Online, jelas terserlah kemeriahan majlis pertunangan Pierre dan Nurhidayah. Semoga segala perancangan mereka untuk mendirikan rumahtangga akan dipermudahkan selepas ini.
Khatijah Tan tentulah manusia yang paling gembira dengan berita ini kerana anaknya bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Tersenyum lebar Khatijah Tan bergambar di sebelah bakal menantunya.
Kepada Pierre Andre dan Nurhidayah, tahniah diucapkan. Cepat-cepatlah naik pelamin. Kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿
No comments:
Post a Comment