27.2.13

Macam2 - Inilah akibatnya keluar dari bilik hotel berbogel

Inilah yang berlaku sekiranya keluar dari bilik hotel tidak berpakaian, Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai.

Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian.



Disebabkan terleka, pintu bilik hotel itu tertutup sendiri dan dia tidak memiliki kunci untuk membukanya. Dalam keadaan bogel, lelaki terbabit merayau ke sana-sini di sekitar hotel sambil cuba pergi ke kaunter penyambut tetamu.

Tanpa sesuatu untuk melindungi kemaluannya, dia cuma bergantung kepada dulang makanan yang menjadi punca masalahnya sementara dia berjalan mencari penyelamat.

Namun, sebelum sampai ke kaunter penyambut tetamu, lelaki terbabit terpaksa berdepan dengan ramai pelawat hotel berkenaan.


GELAGAT seorang lelaki berbogel yang terperangkap apabila pintu bilik hotelnya tertutup secara automatik.

Seorang ibu dan anak lelakinya pula terpaksa berkongsi lif dengan lelaki terbabit dan reaksi mereka ternyata kurang menyenangkan. Walaupun amat terdesak, lelaki malang itu masih terpaksa bersusah-payah mendapatkan bantuan daripada petugas di situ kerana mereka tetap mahukan dia menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan sebelum kunci baru diberikan.

Sehingga semalam, rakaman video itu ditonton lebih 50,000 kali. Bagaimanapun, sebahagian besar penonton curiga terhadap kesahihan insiden itu dan yakin, ia dirancang lebih awal. 


ps; Video??? sorry tak sanggup nak share video kat sini.... ngeheehee

sumber: http://taotauajer.blogspot.com

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

8 comments:

mangchikla said...

wakakakakaka ate akemende nye yob, punei terselindung bagi je ler link. teman penah kene camni tapi idak ler sampei bogel lak, tapi pakai kain pelekat , hotel di colarado USA. gi lawat bilek kwn sebelah alih2 balik baru tingat kunci kat dalam, kunci jenih pakai jolok kad. slumber rock je ler teman call receptionist, die senyum je wakakakakakak

Sari said...

errr..... hehe....

Unknown said...

macam babak cerita mr bean kat hotel je

mangchikla said...

weiiii ni 'yong' ke 'yob'..... ;D

Unknown said...

aiyang dah tukar wajah.. :)

Sari said...

cantik tak...hehe

Sari said...

aa ahh kan.....

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam kenal & follow #667

Alahai .. kesiannya lelaki itu... tapi apa lah motif dia berbogel hehhehe...

Jemputlah ke blog akak cahayahidupku2569.blogspot.com.
Terima kasih :D

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...