Kisah ini tersebar meluas di fb. Ayah bagilah tangan Ita balik, memang sedih ceritanya. Rupa-rupanya cerita tu hanya bohong.
“Saya minta pihak tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar anak saya dalam laman sosial Facebook yang kini tersebar luas kononnya tangan kirinya dipotong kerana didera supaya menarik balik gambar terbabit kerana itu satu pembohongan dan kami tiada kaitan,” kata Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37, yang menyedari gambar anaknya perempuannya, Ameera Danii berusia lapan tahun disalah gunakan sehingga mengaibkan keluarganya.
Dia yang menyedari penyebaran gambar anaknya itu selepas diberitahu adiknya semalam berkata, kisah yang dipaparkan dengan tajuk ‘Ayah bagilah tangan Ita balik’ dengan memuat naik gambar Ameera perbuatan melampau sedangkan anaknya itu tidak pernah mengalami nasib seperti tajuk dipaparkan.
“Dalam Facebook itu, digambarkan kononnya seorang kanak-kanak dikenali sebagai Ita dipotong tangan oleh bapanya kerana tidak minat melukis.
“Dalam kes anak saya ini, tangannya terluka ketika bergayut pada sinki rumah kami pada Ogos tahun lalu selepas sinki itu pecah menyebabkan urat tangan anak saya putus. Kami menghantarnya ke Hospital Ampang Putri untuk menerima rawatan dan Alhamdulillah anak saya terselamat, malah tangan kirinya juga tidak dipotong seperti didakwa dalam cerita yang tersebar itu,” katanya ketika hadir membuat aduan di pejabat Harian Metro, semalam.
Mohamad Yazwin berkata, kemungkinan gambar anaknya itu diambil tanpa kebenaran melalui blog milik isterinya yang memuat naik gambar anak mereka ketika menerima rawatan di hospital.
“Saya rasa mereka mengambil gambar itu dan membuat cerita seolah-olah kejadian menimpa kanak-kanak terbabit adalah anak saya sedangkan nama kanak-kanak itu Ita.
“Kemungkinan apa yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit yang mendapat komen ratusan orang memang berlaku namun perbuatan menggunakan gambar anak saya adalah tidak bertanggungjawab,” katanya.
Sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

ps: bila lihat gambar lelaki di atas sy macam pernah lihat sebelum ini. Beliau dikenali En. Win.... isteri beliau Elly seorang blogger dan mmg sy selalu juga melawat ke blog beliau - happy family. Cerita ita tu pula setahu sy sudah lama...(boleh goggle). bagaimana mereka2 ini sesuka hati mencuri gambar dan mengaitkannya pula dengan cerita yang tidak berkaitan. sabooo je lahhhh.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿
4 comments:
Ish..macam2 kerenah manusialah.. ada jerk akal dorang nak buat fitnah!
manusia bila buat sesuatu tak fikir apa akibatnya sampai sanggup mengaibkan orang janji dia boleh dapat perhatian dari orang ramai .
cuba check. ntah2 blog awak sendiri pun selalu share cerita2 merapu yg belum tentu sah ni.. jangan marah, ini teguran je. kalau marah, maknanya awak sama je mcm golongan yg share cerita tangan ita ni.
Hai, kenapalah suka memberi maklumat yang tidak benar? Takkan ia menyusahkan orang
Post a Comment