Pelik....dan misteri ....kenapa artis bila berubah atau berhijrah mesti jumpa Tuan Guru Nik Aziz.
Kenapa mereka tak cari PM Najib? lalala.......
Terbaru artis Farah Asyikin yang sudah berhijrah juga turut mengunjungi tuan guru. Alhamdulillah,,,,, ulama terus disanjungi.
Sebelum ini artis Diana Amir juga turut menemui tuan guru.
Sebenarnya Farah sudah lama berhijrah, sejak Feb 2012 lagi. Jom kita baca kisah penghijrahan beliau...
Cerita Farah Asyikin, beliau ingin memakai tudung secara tiba-tiba apabila sudah selesai solat taubat. Sesudah dia selesai solat tiba-tiba guruh dan hujan turun dengan lebatnya.
Farah asyikin takut azab Allah
“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.
Hadis
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya.
Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.
Riwayat Bukhari Muslim.
Riwayat Bukhari Muslim.
Apa yang kita lakukan bergantung kepada niat dan tujuan kita, jika niat baik maka dapatlah kebaikan dan ganjaran kepada kita.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿
No comments:
Post a Comment