London: Seorang lelaki David Taylor bersedia menyiarkan iklan di dahinya bagi membantu menyelesaikan hutang sebanyak 25,000 pound (RM 119,832) yang ditanggung keluarganya.
Dia mengiklankan kesediaannya itu di eBay bagi mendapatkan pengiklan.
Taylor, 30, kehilangan pekerjaan ekoran nahas kereta yang menyebabkan dia mengalami kecelaruan stres pasca-trauma.
Juruteknik dari Grimsby, Lincs itu yang dulu memperoleh pendapatan 40,000 pound (RM191,742) setahun dan mampu bercuti bersama keluarga dan membeli barangan mewah kini hidup melarat. Dia pernah bertugas di luar negara untuk syarikat audio serta menyertai persidangan perubatan berprestij kini cuba menjual kelengkapan rumahnya untuk menyara hidup dan membayar 25,493 pound (RM122,202) hutang kad kredit dan bil telefon keluarga.
Taylor berkata: “Saya sudah cuba semua cara untuk membayar hutang itu. Saya sudah lakukan pelbagai kerja dan membaiki beberapa kereta dalam usaha memulihkan kehidupan saya. “Kemalangan itu menyebabkan saya mengalami kecelaruan stres pasca-trauma dan saya tidak berupaya keluar dari rumah. Ia adalah penyakit yang paling buruk. Saya mendapat serangan keresahan yang teruk. Mereka tidak boleh mengubatinya.” Taylor menambah: “Saya lakukan semua kerja bagi membolehkan keluarga saya terus hidup.” Dia mendapat idea menjual dahinya untuk diiklankan selepas menyaksikan seorang rakyat Amerika memperoleh 10,000 pound (RM47,935) dengan cara itu.
Menurutnya, dia boleh membuat perjanjian dengan mana-mana syarikat tertentu, tetapi turut menimbangkan beberapa firma yang berminat. Taylor berkata, dia akan menghadiri sebarang acara promosi yang diperlukan syarikat terbabit. - Agensi
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿
No comments:
Post a Comment