Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

video- lelaki berlakon 'buta' untuk raba wanita lalu lalang

Seorang lelaki dari Chongqing China telah dirakamkan aksinya yang cuba meraba beberapa orang gadis dijalanan ketika beliau sedang berjalan.
Apa yang menarik mengenai lelaki tersebut, beliau berlakon sebagai orang buta bagi mendapatkan peluang untuk meraba punggung wanita yang sedang berjalan ke arahnya.
Lihat video dibawah.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Lu, terserempak dengan lelaki berkenaan yang melakukan perkara tidak senonoh itu dan mula merakamkan aksi-aksinya. Sepanjang 17 minit rakaman video tersebut, Lu berjaya merakamkan lelaki 'buta' itu telah meraba berdozen wanita dari punggung hinngalah ke peha mereka. Lelaki yang didakwa Lu sebagai buta itu berjaya melepaskan diri di dalam lautan orang ramai sambil sempat menjeling mencari arah untuk berjalan. ✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Video- Rachel Corrie mati digilis bulldozer kerana mempertahankan kediaman rakyat Palestin

Rachel Corrie  aktivis  yang terbunuh digilis oleh jentolak Isarel pada tahun 2003 tidak mendapat pembelaan apabila  mahkamah memutuskan kejadian itu adalah tidak sengaja dan akibat dari kecuaian aktivis itu sendiri.Israel tolak tuntutan keluarga Rachel Corrie Sarah, Craig dan Cindy (kanan) Corrie, kakak dan ibu bapa aktivis Rachel Corrie yang terbunuh digilis jentolak Israel semasa menyertai demonstrasi di Gaza pada 2003, keluar dari bangunan Mahkamah Daerah Haifa di Haifa, Israel, semalam. - AFP HAIFA 28 Ogos - Mahkamah Israel semalam menolak saman yang dikemukakan terhadap tentera rejim Zionis itu, oleh keluarga aktivis Amerika Syarikat (AS), Rachel Corrie (gambar) yang mati digilis jentolak tentera Israel dalam satu demonstrasi pada 2003. Mahkamah memutuskan tentera Israel tidak bersalah atas kematian aktivis tersebut. Pemandu jentolak itu berkata, dia tidak sedar kehadiran aktivis pro-Palestin, Corrie, 30, yang cuba menghalang kenderaan tersebut dalam satu demonstrasi membantah rum…

Ngeri - Mayat kepala putus, kaki dan tangan dikerat ditemui

NIBONG TEBAL: Mayat lelaki dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya terputus dipercayai dipenggal manakala kedua-dua kaki serta lengannya dikerat ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Parit Paya Kemian, Jalan Sungai Kechil di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh berkata mayat lelaki yang turut dibakar itu dipercayai berusia lingkungan 30-an ditemui oleh orang awam pada pukul 9.45 pagi ini. 
Beliau berkata orang awam yang melalui kawasan berkenaan ternampak unggun api di tepi lorong ladang terbabit dan menghampirinya sebelum ternampak mayat yang telah dikerat itu.

Lelaki itu dipercayai dibunuh dan mayatnya dikerat di tempat lain sebelum dibawa ke ladang yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan besar untuk dilupuskan, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
"Lelaki itu dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal manakala kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut dan tangannya dikerat …

Kasihan Budak Tahfiz ni terpaksa sentuh tangan Rosmah Mansor

Sian adik ni... teragak-agak dia nak hulur tangan bersalam dengan Datin  Seri  salam haram tak salam tak de adab  Adoiiii kenapalah dengan bini PM ni tak  tau ke hukum bersentuhan lelaki perempuan yang bukan mahram ni HARAM main belasah je  Ya Allah berilah taufik hidayah kepada first lady Malaysia ni.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151228668552189&set=a.345091282188.188366.345034017188&type=1&theater


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Jalur Gemilang Pulut Perkasa Punya Rupanya....

Jalur Gemilang Perkasa

Selepas berhempas pulas selama 12 jam, akhirnya replika Jalur Gemilang daripada pulut berjaya dihasilkan oleh 50 penduduk di 22 peti undi To Uban, semalam. Ini mencipta sejarah pertama seumpamanya di daerah ini, apabila mereka berjaya menyiapkan Jalur Gemilang Perkasa, menggunakan pulut sebanyak 2.5 tan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, Jalur Gemilang yang dihasilkan dari pulut itu sepanjang 9.2 meter itu dan lebar 1.3 meter, menggunakan kos berjumlah RM20,000 hasil sumbangan pelbagai pihak.


Beliau mengucapkan rasa bangga kepada semua yang terlibat, kerana sanggup bersengkang mata selama hampir 24 jam, bagi menyiapkan Jalur Gemilang berkenaan.


Ibrahim turut percaya, sejarah negara tercipta apabila pulut digunakan untuk membuat jalur gemilang, sempena sambutan Kemerdekaan kali ini.


“Ia juga mencerminkan perpaduan rakyat, semangat jati diri dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi. Sekarang, sambutan bukan setakat dengan melaungkan kata-kata semangat…

DEKLAMASI SAJAK A. SAMAD SAID - JANJI DEMOKRASI (AMBANG MERDEKA 2012)

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara. Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah. Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!


Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang; dan seragam gelombang kuning -- diri kita yang sejati -- menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!


Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran; di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan. Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi. Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!" sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!


Pak Samad 28 Ogos 2012

wahhh..... bangga aku tengok budak panjang yang berdiri kat belakang A Samad Said tu.... dah berdiri di atas pentas nampaknya dia... tahniah dikkk.....akak doakan kau berjaya capai cita-cita nak menegakkan Islam di bumi Malaysia…

2,500 kg pulut untuk siapkan Jalur Gemilang - Gila Membazir!!!

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Ibu-ibu.... bapak-bapak yang ada anak perempuan sila ambil perhatian dan langkah keselamatan yang sewajarnya kerana mulai sekarang jika anak kecil anda dirogol belum tentu lagi anda akan dapat melihat pelakunya diberi hukuman yang setimpal.

Ibu-ibu.... bapak-bapak yang ada anak perempuan sila ambil perhatian dan langkah keselamatan yang sewajarnya kerana mulai sekarang jika anak kecil anda dirogol belum tentu lagi anda akan dapat melihat pelakunya diberi hukuman yang setimpal. 
Dan sekali lagi gadis-gadis di luar sana sila ambil perhatian..... perhatikan wajah dua lelaki durjana perosak masa depan gadis ini baik-baik. Ada sesiapa yang nak buat jadi suami? Makcik2 ada yang berkenan buat menantu? Suka hati.......!!!

Bebas Perogol Kanak-Kanak Bawah Umur Mahkamah perlu Dipersalahkan  

Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaannya yang ke 55 menjelang malam ini. Tapi sistem perundangannya masih dalam tidak karuan.

Hakim di mahkamah Malaysia boleh buat undang-undang ikut suka hati masing-masing dan tidak payah ikut buku. Kalau macam itu, siapa-siapa pun boleh jadi hakim. 

Di bawah undang-undang Malaysia , hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggap sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak d…

Samsung Bayar Denda $1 Billion kepada Apple dengan menggunakan duit syiling 5 sen yang diangkut dengan 30 lori???

Biar betul berita ni.... lol baca sampai habis tau......!

This morning more than 30 trucks filled with 5-cent coins arrived at Apple’s headquarters in California. Initially,  the security company that protects the facility said the trucks were in the wrong place, but minutes later, Tim Cook (Apple CEO) received a call from Samsung CEO explaining that  they will pay $1 billion dollars for the fine recently ruled against the South Korean company in this way. the funny part is that the signed document does not specify a single payment method, so Samsung is entitled to send the creators of the iPhone their billion dollars in the way they deem best. This dirty but genius geek troll play is a new headache to Appleexecutives as they will need to put in long hours counting all that money, to check if it is all there and to try to deposit it crossing fingers to hope a bank will accept all the coins. Lee Kun-hee, Chairman of Samsung Electronics, told the media that his company is not going to be int…

SUSULAN KES BUNUH DI HADAPAN KELAB MALAM MADURAI - POLIS CARI ORANG DALAM GAMBAR!

PADA 26 HB OGOS, 2012 JAM LEBIH KURANG 05.07 PAGI PIHAK POLIS TELAH MENERIMA MAKLUMAT MENGATAKAN PERGADUHAN DIANTARA KUMPULAN LELAKI MELAYU DENGAN KUMPULAN LELAKI INDIA DI HADAPAN KELAB MALAM MADURAI JALAN DORAISAMY KUALA LUMPUR.


BERTINDAK DARI MAKLUMAT ITU SEPASUKAN POLIS TELAH DIKEJARKAN KE TEMPAT KEJADIAN DAN MENDAPATI DUA MANGSA PERGADUHAN TELAH MATI TERKENA TEMBAKAN. KES INI DIKLASFIKASIKAN SEBAGAI KES BUNUH DAN DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN. 

SEHUBUNGAN DENGAN ITU PIHAK POLIS INGIN MENGHUBUNGI PEMANDU KENDERAAN JENIS PROTON WIRA AEROBACK NO PENDAFTARAN BGE 6660 YANG TELAH MEMBAWA SALAH SEORANG MANGSA KE HOSPITAL BAGI MENDAPATKAN RAWATAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN. 
DISAMPING ITU PIHAK POLIS JUGA INGIN MENGHUBUNGI INDIVIDU-INDIVIDU SEPERTI GAMBAR BERIKUT YANG DIPERCAYAI DAPAT MEMBANTU PIHAK POLIS DALAM MENYELESAIKAN KES INI. 
MANA-MANA ORANG YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERKAITAN INDIVIDU TERBABIT DIMINTA MENGHUBUNGI BILIK GERAKAN JSJ D9 IPK KUALA LUMPUR DI TALIAN 03…

Mati tertimbus dalam liang lahad

.TEMERLOH - Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Zailan Hamid, 40, sedang menggali tiang lahad untuk mengebumikan seorang penduduk kampung, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira empat jam sebelum itu.
Rakan sekampung mangsa, Nizri Bakar, 57, berkata, sebelum kejadian, Zailan yang sudah 10 tahun berpengalaman menggali kubur bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Nasir Musa, 44, berada di dalam kubur tersebut bagi menyudahkan liang lahad yang akan menempatkan jenazah Minah.
"Dalam keadaan berdiri, Zailan dan Nasir melakukan kerja-kerja terakhir membaiki liang lahad namun tanpa diketahui puncanya kubur tersebut tiba-tiba tertimbus dengan tanah yang berada di tebing kubur hingga menutupi badan Zailan," kata pemuda itu.
Bagaimanapun, Nasir bernasib bai…

Suasana Gangnam Raya - jelousnya tengok !!!

Dah tengok video kat bawah ni....? Seronokkan tengok keluarga ni  keluarga yang besar, sporting dan harmoni nampak bahagia je...... sangat jelous ai tau.....
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Katak puru dalam lemang.......

Alahmakaiiii....... geliweiiiiii hikhikhik maunya pasni 12 tahun tahun tak makan lemang. kata pemilik gambar ni lemang ni dibeli di Lepar. Sian kat ko katak oiiii mati katak dibakar dalam lemang.....hikhik sumber-  aku anak pahang


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Sedihnya melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya

Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini.


Gambar sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada' yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam.




Gambar kanan pula m
enunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.



Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam.







Lihatlah betapa mulianya akhlak seorang pejuang kebanggaan Rasulullah ini. Video ini menunjukkan seorang mujahidin Syria berusaha menyelamatkan seorang sahabatnya yang terkena tembakan ke tempat yang l…

Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tak kenal - Tun Dr Mahathir

Peribahasa baru ke nih..... (sambil garu-garu kepala) Ada ke syaitan yang baik...... betul ke malaikat pun buat silap? (tarik nafas dalam-dalam) then..... gelak sopan.... opppssss..... apa-apa je lah Tun ni.  ✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

'Rasa nak berbogel' - Sharbinee Allawee

BAWA KELUAR...detik mencemaskan skuad Terengganu apabila Mohd Sharbinee diserang kegatalan. KUALA TERENGGANU: “Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.
Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar. 



Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.



“Selepas…

Neil Amstrong Berjaya Buktikan Kaabah adalah Pusat kepada Planet Bumi?

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.” Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim. Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi Firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7) Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu)…