Bermula sudah episod kita untuk mengembara di 10 malam terakhir Ramadan. Semoga Allah membantu hamba-hamba-Nya untuk tunduk dengan rendah hati, tanpa jemu dan tak pernah henti. Alhamdulillah kita antara yang insan terpilih untuk memasuki kemuncak Ramadhan.. Apa persediaan kita? Teruskan berzikir. Teruskan membaca / tadabbur Al-Quran. Teruskan solat wajib, tarawih, solat witir dan solat sunat yang lain. Teruskan bersedekah. Teruskan berbuat baik kepada ibubapa dan ahli keluarga. Teruskan melaksanakan tugas harian di rumah sambil bertasbih. Teruskan bekerja / belajar dengan niat kerana Allah, mengikut etika yang diredhai Allah, mengikut etika yang ditetapkan oleh majikan sambil berzikir dalam hati dan bermuhasabah diri. Teruskan berbuat baik sesama insan dan makhluk lain. Ringkasnya, FOKUS SEMUA niat / fikiran / ibadah / perbuatan / aktiviti hanya kerana Allah swt dan berakhlak baik pada setiap saat, di mana jua kita berada untuk sepanjang 10 hari terakhir Ramadan ini.
Mari kita sama-sama berusaha. Mudah-mudahan dengan usaha amalan ini, kita meraih Lailatul Qadr yang dijanjikan "terlebih baik daripada amalan seribu bulan (surah Al-Qadr ayat 3)". Pada MALAM tersebut, malaikat Jibrail dan semua malaikat turun beramai-ramai ke bumi serta memberi salam, berjabat tangan dan mengucapkan amin atas segala doa kepada setiap orang yang sedang melakukan ibadah kepada Allah swt samada sedang berdiri, duduk, bersolat dan berzikir hingga TERBIT FAJAR.
1000 bulan = 83 tahun 4 bulan (83.33 tahun)
Jika umur kita sampai 60 tahun, bermakna kita mendapat pahala amalan baik untuk selama 83.33 tahun dengan lebihan 23.33 tahun. Bukankah itu jauh lebih baik dan menggembirakan daripada segala bonus / harta yang ada di dunia? Moga kita semua menjadi insan terpilih untuk meraih Lailatul Qadr.
Kata Imam Nawawi malam lailatul qadar itu berpindah-pindah pada setiap tahun. Ia tidak tetap pada sekian haribulan dan sekian hari [al-Majmu', 6/450].
Umat pun dinasihatkan agar menggunakan kesempatan ini untuk memperbanyakkan ibadat dan berdoa. Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Nabi s.a.w., "Sekiranya aku berada pada lailatul qadar, apa yang aku perlu buat?"
Jadi baginda menjelaskan supaya kita beriktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadan di mana fadilatnya lebih banyak dari hari-hari biasa. Iktikaf tadi adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
IKTIKAF
Nabi s.a.w. beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan. Isteri-isteri baginda juga ikut iktikaf. Jadi, nak iktikaf kena berniatlah nak iktikaf. Tidak sah melainkan dengan berniat. Iktikaf hanya boleh dibuat di masjid. Seseorang yang nak iktikaf hendaklah masuk ke masjid sebelum mentari terbenam ke-20 Ramadan [Panduan Puasa Ramadhan, Jakim, cetakan.2007].
Apa nak buat ketika iktikaf?
- solat sunat
- baca al-Quran
- bertasbih, bertahmid, bertakbir
- beristighfar, berselawat dan berdoa
- mengikuti majlis ilmu
- mengulangkaji hadis-hadis
- membaca tafsir
- membaca sirah nabawi.
Itikaf Lailatul Qadar
Itikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’. Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjd sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan dan waktu tamat iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan. Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.
Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW. mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: “Dan janganlah dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf di dalam masjid.” (Al-Baqarah: 187)
Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” (Muttafaqun alaih)
Daripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian diteruskan isteri-isteri baginda.. ( muttafaqun alaih)
Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : “Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” ( Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah).
Amalan Tengah Malam Lailatul Qadar
Di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa Qiamullail, iaitu mulai 12.00 tengah malam ialah;
1. Mengambil wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
2. Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
5. Membaca Al-Quran.
6. Beristighfar dan berzikir
7. Bertasbih dan berselawat
8. Bersolat sunat
Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
Solat Sunat Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
Solat Sunat Witir –
Solat Penutup
BERDOA
Saat Makbul Doa
Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah. Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa pada malam itu, khususnya pada:
1. Masa berlalunya separuh malam.
2. Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
Ulama tasauf dan fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”
Doa Bertemu Lailatul Qadar
Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca: .
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab:
“Bacalah: اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.
“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.
http://dirihamba.blogspot.com/
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
1 comment:
wah..terasa sekejap je ramadhan kali nie ye..~
Post a Comment