7.8.12

Gambar & video manusia jatuh dari WTC pada tragedi 11 September 2001





NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001, lapor sebuah akhbar semalam.


Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.
Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang memalukan.
Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.
"Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen McArdle-Schulman.
"Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya.
Menurutya, dia turut berang dengan tindakan sebahagian individu tidak berhati perut di lokasi kejadian yang merakam mangsa- mangsa itu terjun.
Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah.







✿*~ tekan like jika suka dengan apa yang anda baca....tq ~*✿

1 comment:

aswadz said...

ngeri nak tgk.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...