Rachel Corrie aktivis yang terbunuh digilis oleh jentolak Isarel pada tahun 2003 tidak mendapat pembelaan apabila mahkamah memutuskan kejadian itu adalah tidak sengaja dan akibat dari kecuaian aktivis itu sendiri.
Israel tolak tuntutan keluarga Rachel Corrie
HAIFA 28 Ogos - Mahkamah Israel semalam menolak saman yang dikemukakan terhadap tentera rejim Zionis itu, oleh keluarga aktivis Amerika Syarikat (AS), Rachel Corrie (gambar) yang mati digilis jentolak tentera Israel dalam satu demonstrasi pada 2003.
Mahkamah memutuskan tentera Israel tidak bersalah atas kematian aktivis tersebut.
Pemandu jentolak itu berkata, dia tidak sedar kehadiran aktivis pro-Palestin, Corrie, 30, yang cuba menghalang kenderaan tersebut dalam satu demonstrasi membantah rumah milik rakyat Palestin di Genting Gaza dimusnahkan oleh tentera rejim Zionis itu.
Tentera Israel mengisytiharkan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja, namun ibu bapa Corrie tidak berpuas hati dengan siasatan tentera tersebut dan memfailkan saman sivil pada 2005.
Hakim Oded Gershon berkata, Corrie meletakkan dirinya dalam situasi bahaya dan menyifatkan kematian aktivis itu akibat tindakan yang diambil oleh wanita tersebut sendiri.
Beliau berkata, tentera melaksanakan siasatan yang sempurna dan menolak permohonan keluarga Corrie tuntutan pampasan dan kos undang-undang simbolik berjumlah AS$1 (RM3.10).
Peguam keluarga Corrie, Hussein Abu Hussien berkata, keputusan tersebut menyalahkan mangsa.
''Corrie maut ketika menyertai demonstrasi membantah pemusnahan rumah (penduduk Palestin) secara aman di Gaza dan hari ini mahkamah membenarkan amalan dan undang-undang yang gagal melindungi kehidupan orang awam,'' katanya. - AGENSI
rakaman 2 hari sebelum beliau mati digilis ....
No comments:
Post a Comment