13.9.13

Malang Kanak-kanak Terjatuh Dalam Lubang Najis

Maaf gambar yang dikongsikan amat kurang menyenangkan dan bisa membuat anda tidak lalu makan tapi ini adalah kisah yang benar-benar berlaku.

Kanak-kanak malang dari Yanji, di wilayah Jilin, China, terjatuh ke dalam lubang najis selepas hilang keseimbangan.

CHINA - Seorang kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan terjatuh jatuh ke dalam lubang kumbahan najis selepas cuba untuk belajar menggunakan tandas awam. Anggota bomba kemudiannya telah dihubungi bagi menyelamatkan kanak-kanak malang itu selepas terjatuh di dalam lubang najis dalam kejadian yang berlaku di Yanji, timur laut China.

Tandas di China biasanya menggunakan sistem lubang najis di dalam tanah. Kanak-kanak yang masih kecil ini sedang berlatih untuk menggunakan tandas, bagaimanapun telah hilang imbangan dan menjerit memanggil ibunya ketika terjatuh ke dalam kolam kumbahan.

Kanak-kanak lelaki ini meraung dan menjerit dalam usaha untuk tidak tenggelam di dalam lubang najis tersebut. Dalam usaha terdesak untuk membantu anaknya, ibunya menghulurkan satu jeriji besi supaya ia dapat berpaut dan mengekalkan keadaanya tida tenggelam.

Salah seorang anggota bomba terpaksa berusaha masuk ke dalam jurang najis yang sempit sambil memakai topeng pernafasan untuk mencapai kepada kanak-kanak malang ini. Sebaik saja berjaya turun, beliau berjaya membawa kanak-kanak ini naik dan disambut oleh anggota bomba lain untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.

Ketakutan: Kanak-kanak ini meraung sambil berusaha mengekalkan badannya daripada tenggelam ke dalam lubang kumbahan sambil menunggu bantuan kecemasan.

Pasukan bomba dipanggil untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Mereka terpaksa melepaskan diri masuk melalui jurang yang kecil.

Kanak-kanak itu kemudiannnya dibawa ke tepi jalan dan telah dibersihkan sebelum dibawa ke hospital. Selain daripada mengalami trauma, hospital mengesahkan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian itu.

Di China, kanak-kanak sering dipakaikan seluar crotchless (ada bukaan di bahagian sulit) sebelum mereka dewasa bagi memudahkan mereka menggunakan tandas. Bagaimanapun oleh kerana sifat tandas orang dewasa yang agak besar, ia adalah sukar bagi kanak-kanak untuk mengekalkan keseimbangan mereka.

Kanak-kanak ini berada dalam keadaan terkejut setelah terendam lama di dalam takungan najis.
Bersihkan: Ibunya yang histeria cuba sedaya upaya untuk membersihkan anaknya dan mengeluarkan sisa najis dari hidungnya.


Mereka cuba untuk membersihkan dan mengeluarkan seberapa banyak najis daripada dalam mata dan mulutnya sebelum dibawa ke hospital


sumber: pulakdah.blogspot.com

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...