23.9.13

Tegar dulunya penghidu gam tegar rupanya

sedih juga membaca kisah hidup penyanyi cilik dari Indonesia ini.... apa pun dia sungguh bertuah kerana mendapat peluang untuk mengubah dirinya dan kehidupannya kpd yang lebih baik... semoga terus sukses ye dik!


Nama Tegar Septian kini semakin popular menerusi lagu Aku yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Lagu yang berkisar pasal kehidupannya sebagai memuzik jalanan cilik itu mendapat sambutan ramai. Dia kini sudah memiliki kehidupan kaya sebagaimana yang diimpikan.
Penyanyi cilik berusia 12 tahun itu seorang yang keciciran dalam pelajaran dan sehingga sekarang belum fasih membaca dan baru belajar menulis. Kehidupann kasarnya di jalanan sejak berusia tujuh tahun membuatkan peribadinya juga agak kasar. Kini dia dalam proses pembelajaran menjalani kehidupan biasa. Dia juga sudah mendapat khidmat guru mengajarnya di rumah.

Tegar juga sudah meninggalkann sedikit demi sedikit amalan buruk yang diperolehi daripada kehidupan jalanan yang keras. Dia pernah menjadi penghidu gam tegar yang menggunakan sebahagian wang daripada pendapatan jalanan untuk membeli gam.
"Dulu kalau dapat wang (daripada menynyi di jalanan) saya buat beli gam untuk dihidu dan khayal. Juga buat beli rokok," kata Tegar semasa ditemui media Malaysia dalam majlis Santai bersama media di Kuala Lumpur semalam.
Tegar mengatakan kegembiraannya kerana sudah mampu membelikan rumah buat ibunya hasil wang daripada kerjaya nyanyiannya yang semakin mendapat tempat di hati peminat. Sebelum ini dia dan keluarga tinggal dalam rumah kotak berukuran 4 X 6 meter di kawasan penempatan miskin di daerah Subang.
Namanya sekarang sudah sebaris dengan penyanyi popular negaranya, Indonesia. Ia berpunca daripada muatan klip nyanyiannya oleh orang yang dihiburkan ke laman sosial youtube. Lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang nyanyiannya ditonton  jutaan orang. Akhirnya dia ke studio rakaman dan merakam kembali lagu itu dalam versinya  sekarang.

Alfas Hermansyah, pengurusnya yang juga bertindak selaku bapa angkat adalah orang yang bertanggungjawab membawanya ke studio rakaman sehingga mencetuskan fenomena baru di Indonesia tahun ini. Tegar bernaung di bawah mumbung Harpa Records.
"Bukan senang nak menjaga Tegar sebab dia menjalani kehidupan keras di jalanan. Kita kena pandai melayan karenahnya. Alhamdulillah saya dapati dia seorang anak yang mudah dibentuk. Tambahan pula dia ada keinginan yang tinggi untuk belajar dan mengubah diri menjadi lebih baik. Hanya dalam masa tiga bulan sahaja Tegar sudah boleh tinggalkan tabiat merokok dan menghidu gam.
"Alhamdulillah sebab dia belum sampai ke tahap mengambil dadah. Sebab itulah tak payah nak membentuknya," kata Alfas.
Sementara itu album Tegar berjudul  Tegar Dan Sahabat turut dipasarkan di Malaysia oleh Rusa Music. Album itu memuatkan lima lagu Tegar iaitu Aku Yang Dulu Bukan yang Sekarang, Sekolah, Rindu Ibu, Bnegawan Solo dan Sahabat Tegar. Lagu Rindu Ibu ciptaan Tegar sendiri yang sudah popular di youtube dengan judul Temanku Ini Mabok Cinta. Lagu itu dijuatkan di youtube daripada aksinya semasa menyanyi di jalanan.
Berlakon filem
Tegar juga akan berlakon sebuah filem yang berkisar kehidupan sebebarnya daripada zaman miskin sehingga mencapai kejayaan hari ini.
"Bulan depan Tegar akan memulakan penggambaran filem. Tapi kami belum lagi meletak judul filem Tegar ini," kata Donald Dewa Kusumo dari Harpa Records.
sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...