31.5.14

4 CEDERA DIPIJAK BEREBUT MAHU TINJAU DALAM KAABAH

Polis Mekah menafikan khabar angin di media sosial kononnya tiga jemaah terbunuh dalam insiden rempuhan yang berlaku di Masjidil Haram, semalam.
Sebaliknya empat orang disahkan cedera dalam insiden berkenaan.
“Tiga daripada mereka – kesemuanya perempuan – dirawat di tempat kejadian manakala seorang lagi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata jurucakap polis Mekah, Aati Al-Qurashi.

Menurut sumber, lelaki yang dibawa ke hospital itu mengalami kecederaan parah di kepala apabila terjatuh ketika keadaan sedang huru hara.
Kejadian yang dirakamkan CCTV mencetus keadaan bertolak-tolak antara jemaah bermula apabila pintu Kaabah dibuka untuk menjalani upacara mencuci di bahagian dalam.
Jemaah yang teruja melihat pintu Kaabah dibuka kemudiannya berasak-asak mahu melihat bahagian dalam Kaabah hingga keadaan menjadi tidak terkawal buat seketika.
Upacara membersihkan bahagian dalam Kaabah yang dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Shaaban disempurnakan sebelum insiden berlaku oleh Putera Raja Abdullah, Putera Mishaal.
Baginda yang diiringi oleh Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais serta Mohammed Al-Khozaim melakukan upacara ini menggunakan air zamzam yang dicampurkan air ros dan pewangi gaharu. - MYNEWSHUB.MY


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ D

2 comments:

ietams said...

alahaiii.. bile bersesak2 mmcm tu .. bahaye juga

cahayahidupku.blogspot.my said...

Payah nak diatur bangsa Arab ni.. aiyang..masa akak pergi umrah dulu.. kita elok je beratur nak cium hajar aswad.. tiba2 puak Arab ni dtg merempuh... Aduh.. Alhamdulillah masa tu akak dah siap menciumnya..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...