Aku keluar dari bilik bila terdengar bunyi bising di dapur. Alangkah terkejutnya aku bila melihat sebuah kereta yang dipandu oleh kekasih suami ku sedang cuba melanggar rumahku. Dengan perasaan cemas aku memanggil anak-anakku. Aku bertambah ketakutan apabila dua orang lelaki India yang di upah oleh kekasih suamiku muncul. Suasana semakin kalut dan cemas. Perempuan itu pula semakin aggerasif.
Tiba-tiba keadaan sunyi. Aku cuba keluar dari rumah. Sebaik aku membuka pintu alangkah terkejutnya aku apabila melihat suamiku sedang membelai perempuan tersebut sambil memujuk-mujuk lembut. Aku menjerit.....aku rasa marah melihat kelakuan mereka. Dua orang lelaki India itu pula terus setia mengawasi. Tiba-tiba jiran hadapanku membuka pintu, mungkin kerana terdengar bunyi bising di luar. Pantas sahaja aku memanggil jiranku agar melihat apa yang suami aku lakukan. Aku mahu dia menjadi saksi perlakuan sumbang suamiku. Tapi entah mengapa seakan tidak mahu mencampuri urusan orang lain jiran ku terus sahaja menutup pintu.
Aku rasa sangat kecewa. Hatiku sakit bagai dihiris-hiris. Jantungku berdegup tidak karuan. Aku tidak tahu anak-anak di mana saat itu. Mungkin mereka bersembunyi ketakutan. Kekecewaan dan kelukaanku bertambah parah apabila suamiku mengajak kekasihnya masuk ke dalam rumah. Wajah kepuasan jelas terpamer diwajah perempuan itu. Rupa-rupanya mereka secara senyap-senyap sudah bernikah dan perempuan yang kusangkakan kekasih suamiku itu sedang hamil.
Gila!!! Ini benar-benar gila. Sampai hati suami ku menipu aku dan anak-anak. Aku langsung tidak menyangka sampai begitu sekali perbuatan suamiku. Aku menangis. Hatiku semakin pedih melihat perempuan itu berlagak seolah-olah dialah puan di rumah ini. Akhirnya dengan sayu hati aku meminta agar aku dilepaskan. Aku tidak sanggup untuk menghadapi situasi sebegini. Dan aku tidak menyangka sama sekali dengan mudah juga suami melafazkan perkataan cerai.....ahhhhh......sampainya hatimu abang!!
Aku masuk ke bilik perasaan luluh....betapa aku rasa aku tidak lagi diperlukan di sini...di rumah ku yang pernah menjadi syurga buatku dan anak-anak. Aku memanggil anak-anakku. Mereka bertiga akan kubawa sekali. Dan suami juga tidak menghalang. Sambil mengemas apa-apa yang patut aku tidak mengendahkan kehadiran perempuan tersebut yang seolah-olah cuba untuk berbuat baik denganku. Huhhhh.....aku benci kauuuuuuu....aku benciiiiiii kauuuuuuuuuuuu......argggggggggggg
Aku terkejut....aku tersedar...aku terjaga....astagfirullahaladzim.....aku megurut dadaku yang sebak dan berdebar-debar. Dengan terketar-ketar aku bangun dari katil dan keluar dari bilik lalu duduk di sofa di ruang tamu. Ya Allah aku bermimpi rupa-rupanya. Aku lihat jam waktu itu baru nak menghampiri 1.30 pagi. Lantas aku mendapatkan suamiku. Dan macam biasalah suami ku....dia hanya mendengar sahaja cerita mimpiku tak lebih dari tu...yelah dia bukan pakar mentafsir mimpi.....ngeeeeee~~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA
Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan? Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...
-
Allahuakbar bertuahnya mereka ada Sultan begitu Malaysia? ✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿
-
Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan? Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...
-
sedang memotong kemaluan sanggup dia buat macam ni...euuwww TOKYO: Seorang lelaki menjalani pembedahan membuang kemaluannya sebelum memas...
No comments:
Post a Comment