27.4.12

Lelaki Misteri Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid di Syria -video


Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. 


Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya tentera bersenjata.



Kelihatan dia mengangkat pemuda yang telah syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.



Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan...


Adakah dia malaikat yang diutuskan oleh Allah ? Wallahuaklam......


“ (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 

( Surah al – Anfaal : Ayat 9 – 10 ) 

Firman Allah swt lagi : 

“ (ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang Yang kafir Dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka" (perintah) Yang demikian ialah kerana Sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa Yang menentang Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.” 




No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...