30.4.12

Tolong siasat siapa potong kawat duri di Dataran Merdeka




Pemotong kawat duri macam profesional
 


KUALA LUMPUR : PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...