26.4.12

Hakim arah menteri jelaskan pengharaman BERSIH 2.0





Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.


NONEHishammuddin (kanan) kemudiannya bertukar pendirian apabila membenarkan BERSIH 3.0 atas alasan ia bukan ancaman kepada keselamatan, berbeza dengan keadaan sebelum 9 Julai apabila perhimpunan seumpamanya dianjurkan.


Hakim Datuk Rohana Yusof meminta penjelasan itu daripada hakim kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan mengarahkan menteri berkenaan supaya memfailkan afidavit berhubung perkara itu sebelum 10 Mei.


Rohana akan menyampaikan keputusan terhadap permintaan BERSIH pada 15 Mei untuk memeriksa balas Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan untuk mendapatkan 1,706 laporan polis yang difailkan terhadapnya sebelum perhimpunan tahun lalu.


Peguam Aston Paiva, yang mewakili BERSIH dalam mencabar pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas beliau dan Azizan bertemu hakim di kamar. mk

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...