Wanita koma selepas mewarnakan rambut dengan produk L'oreal Preference

By
Advertisement



LONDON: Seorang ibu yang rebah dan berhenti bernafas beberapa minit selepas mewarnakan rambut di kediamannya berada dalam keadaan koma malam tadi dan dikatakan mempunyai lapan peratus saja peluang untuk hidup.
Julie McCabe, 38, mungkin mengalami tindak balas alahan terhadap bahan kimia produk L’Oreal Preference yang dipakainya itu.
Dia masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, tiga minggu selepas menggunakan pewarna rambut itu. Doktor memberi amaran kepada suaminya, Russell walaupun dia sedar semula dia bakal menghadapi kerosakan otak secara kekal. Belum ada kaitan dibuat dengan produk L’Oreal itu tetapi doktor yang merawat Julie, seorang ejen hartanah meminta sarung tangan dan bahan pewarna rambut yang digunakannya supaya ujian dapat dilakukan. L’Oreal menawarkan untuk membantu kakitangan perubatan dengan menyalurkan maklumat yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa Julie.

Dibimbangi bahan kimia para-phenylenediamine (PPD) yang terdapat dalam 99 peratus pewarna rambut mungkin menyumbang kepada insiden yang menimpa Julie. Keluarganya yang mengatakan Julie mewarna rambutnya setiap enam minggu tidak pernah mengalami kejadian seumpamanya dan menimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah.
Kes Julie berlaku kurang sebulan selepas Tabatha McCourt, 17, rebah dan mati ekoran tindak balas yang terjadi 20 minit selepas dia mewarnakan rambutnya.

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.