9.12.11

GERHANA BULAN ESOK

Salam Jumaat, fenomena gerhana bulan penuh kali kedua akan berlaku di angkasaraya Malaysia untuk tahun 2011 pada 10/12/2011 (esok) pada jam 10.05 mlm – 10.57 mlm setelah berlaku kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 pagi – 7.00 pagi. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.

3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. Fenomena gerhana bulan juga sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena Supermoon, semuanya untuk kita berfikir.

Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh dengan mengerjakan solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf.
(kredit:denaihati.com) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Jkkk Fan Club Prof Dr MuhayaProud Be Muslim TARBIYYAH, DAKWAH , SIASAH NaHdAH MuSlIm ISLAMIC DEFENDERS FRONT TEAM



No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...