20.12.11

Video - keganasan di Mesir : wanita dipukul hingga separuh bogel



Dalam sebuah video yang beredar di internet, pasukan keselamatan anti rusuhan negara itu kelihatan mengejar seorang perempuan dan memukulnya berkali-kali dengan batang logam hingga terjatuh ke tanah dan menyebabkan wanita tersebut setengah telanjang. Setelah jatuh, perempuan itu ditendang berkali-kali. Perempuan itu tergeletak tidak berdaya di tanah, bajunya terbuka, bra-nya jelas kelihatan. Seorang lelaki menendang dengan kekuatan penuh ke arah dadanya yang terbuka itu.

Beberapa saat sebelumnya, dia dipukul berkali-kali di kepala dan badan dengan tongkat logam. Seakan tidak puas hati dengan pemukulan brutal yang dilancarkan rakan-rakannya sesama tentera, seorang tentera menginjak kepalanya berkali-kali. Perempuan itu dengan lemah cuba utuk melindungi kepalanya dari pukulan tanpa henti itu dengan tangannya. Namun dia kemudian tidak sedarkan diri dalam serangan yang memalukan itu dan dibiarkan tergeletak tidak bergerak.

Sebelum dia diserang pegawai, tiga lelaki kelihatan menariknya ketika mereka cuba melarikan diri dari tentera yang menghampiri mereka. Namun mereka terlalu lambat dan tentera mengejar mereka, menangkap perempuan itu dan menjatuhkan salah seorang lelaki itu ke tanah. Dua lelaki lain terpaksa meninggalkan mereka dan terus berlari. Dua lelaki yang terlepas itu tidak berdaya melihat ke arah dua rakan mereka yang ditinggalkan dan terus-menerus dipukul ketika mereka sudah berbaring di tanah.

Perempuan yang tidak disebutkan namanya itu  tidak mahu tampil kerana merasa malu dengan perlakuan yang dialaminya. Rakaman video dan fotonya ketika dipukul, ditendang dan akhirnya tersungkur di tanah di Tahrir Square, Kaherah itu telah menjadi berita utama di seluruh dunia

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...