27.12.11

Ohhhh....ternyata suamiku memang curang



KISAH: Seorang suami telah dimainkan oleh isterinya sendiri kerana si isteri ingin mencungkil perihal kecurangan suaminya ketika berada di tempat kerja. Ikuti kisah selanjutnya.

"Hai!" ini adalah sms pertama daripada isteri kepada suaminya, dengan mengunakan nombor baru yang sememangnya tidak pernah diketahui oleh suami tercinta.

Agak lama dia menunggu, "hai... awak sapa?" balasan sms daripada si suami tadi. Dia tersenyum. Rasa kelakar juga kerana ber sms dengan suami. Sedangkan selama ini, mereka berdua jarang sekali untuk ber sms seperti ini. Cuma, suaminya akan terus call untuk berkatakan sesuatu yang penting saja.

Isteripun balas, "saya peminat awak"

Lama menunggu, bukan sms yang dihantar ke telegon miliknya. Tapi, suaminya terus call. Aduh! Gawat-gawat! Macam mana ni, si isteri masih termangu-mangu dan serba salah mahu menjawap panggilan telefon itu. Dia dapat satu akal. Lalu tersenyum sambil mencapai kain batik yang sedia bersidai di kepala katil.

Isteripun menekan punat hijau,setelah memberi salam. 'Ya saya." si isteri memulakan bicara sambil mengontrolkan suaranya agar tidak ketahuan oleh suaminya.

"Kau sapa ye?"soal suami.

"Saya orang sabah. Bekerja di Shah Alam."

"O, orang jauh rupanya. nama siapa?"

"Erm... Ana. Ya Ana...." jawap si isteri tergagap-gagap sambil mengaru kepala. dengan dada yag berdebar-debar. dia menahan perasaan amarahnya. Dasar gatal, bisiknya dalam hati.

"Oh, Ana. Sedap nama tu. Bole kita jumpa," ujar si suami.

Mata si isteri terbuntang. Dada rasa nak pecah. Rasa nak dibaling telefontu ke lantai, biar pecah berderai.

"Tak apa lah. Saya ada kerja ni,maaf ye." si isteri beralasan.

"Kalau macam itu, bila awak tak kerja kita jumpalah kat mana-mana." tanpa jemu memujuk agar mereka boleh bertemu.

"Saya setuju kalau bawa orang rumah sekali,"

"Gila ke. Nanti dia mengamuk macam mana?"

"La, mana saya tahu. itu kan isteri awak."

"Kita jumpa je. bukan nak buat apa-apa."

"Erm.. tengoklah macam mana nanti. Dah lah, saya ada kerja ni. bye!" sebelum suami membalas. Si isteri terus matikan telefon. Dia tak sanggup lagi mendengar suara suaminya. Hati yang sedia terluka menjadi semakin parah. "sampai hati kau bang!"

Moral: jangan sesekali sakitkan hati isteri kerana doa seorang isteri sangat mustajab. Lebih-lebih lagi daripada seorang yang teraniaya. Kerana TUHAN wujud antara kita.

ps: terima kasih KAK CT AZHAR kerana memberi keizinan memasukkan bahan ini ke dalam blog

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...